Now Reading
[Video] Wanita Buat ‘Presentation’ Depan Family Untuk Pilih Warna Tema Baju Raya

[Video] Wanita Buat ‘Presentation’ Depan Family Untuk Pilih Warna Tema Baju Raya

Dia turut menyenaraikan warna tema baju yang pernah digayakan keluarganya pada raya-raya yang lepas supaya mereka tidak memilih warna yang sama.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tinggal sebulan sahaja lagi hingga puasa Ramadan bermula pada bulan hadapan. Dalam menyediakan diri untuk berpuasa, sesetengah keluarga turut mula melakukan persiapan untuk menyambut hari raya.

Bukan semata-mata kerana tidak sabar untuk raya, tetapi supaya dapat memberikan fokus dalam beribadah ketika bulan puasa kelak.

Antara agenda utama dalam persiapan raya mestilah pemilihan warna tema baju raya kan? Kalau belum pilih warna tema, cepat lakukan supaya ada masa lagi untuk korang tempat baju atau survey baju yang dijual.


Wanita Buat ‘Presentation’ Nak Pilih Warna Tema Baju Raya

Biasanya macam mana korang pilih warna tema pakaian untuk raya? Kalau boleh, mesti nak elakkan warna yang sama pernah dipakai sewaktu hari raya sebelum ini kan?

Seorang wanita menggunakan kreativitinya dalam membuat pemilihan warna tema baju raya bersama-sama keluarganya.

Menerusi akaun TikTok miliknya (@kuahdal), dia dilihat membuat pembentangan pada kaca televisyen di hadapan keluarga. Betul-betul ‘out of the box’!

Dia siap menyenaraikan warna tema baju raya yang pernah digayakan mereka pada tahun-tahun lepas agar tidak terpilih warna yang pernah dipakai. Antara warna tersebut adalah jingga, hijau sage, merah jambu dan hitam.

Sumber: @kuahdal/ TikTok.

Taknak Pilih ‘Colour of the Year’

Dia seterusnya membentangkan warna-warna tema yang dianggarkan menjadi pilihan ramai bagi Aidilfitri 2024 seperti brick orange, burgundy dan lemon yellow.

Menerusi ruangan komen, dia meletakkan slide tersebut pada awal pembentangan supaya mereka tidak terpilih ‘colour of the year’.

Sumber: @kuahdal/ TikTok.

Bukan setakat itu sahaja, dia turut menunjukkan pilihan ‘shade’ warna supaya ahli keluarganya dapat membuat pilihan yang digemari mereka. Antara pilihan warna yang dicadangkan olehnya adalah merah, biru dan kelabu.


Pembentangan Membuahkan Hasil

Selain daripada warna tema, pembentangan tersebut termasuk juga cadangan design lain yang boleh dipertimbangkan seperti warna pastel dan pakaian dengan kain lace.

Dia mengakhiri pembentangan dengan peribahasa “Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh” sebagai kata-kata semangat supaya mendapat undian dan perkongsian idea dari kalangan ahli keluarga.

Rasanya pembentangannya merupakan satu kejayaan kerana mereka telah sepakat memilih warna tema pakaian bagi raya tahun ini!

Sumber: @kuahdal/ TikTok.

Netizen Kongsi Pilihan Warna Tema Baju Raya

Di ruangan komen, orang ramai berkongsi pilihan warna tema baju raya mereka. Nampaknya ramai juga yang pilih warna orange brick, sage green dan emerald green ya untuk tahun ini.

Sumber: @kuahdal/ TikTok.

Dalam masa yang sama, beberapa orang berkata walaupun keluarga dah pilih warna tema baju untuk sedondon di hari raya, bapa mereka memilih untuk pakai sahaja baju yang digemarinya.

Siap komen keluarga nampak macam kumpulan boria. Comel!

Sumber: @kuahdal/ TikTok.
@kuahdal

susah sangat nak pilih

♬ last friday night speed up – speedxur🎧

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd