Now Reading
Ini Senarai Baju Raya Bawah RM200 Untuk Anda Sempena Hari Raya Aidilfitri Nanti. Murah Je!

Ini Senarai Baju Raya Bawah RM200 Untuk Anda Sempena Hari Raya Aidilfitri Nanti. Murah Je!

Antara jenama baju raya 2024 yang anda boleh dapatkan dengan harga bawah RM200 adalah dari Three Ns dan MC Vogue.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Berbaki kurang dari dua minggu, kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Mungkin ramai juga di antara anda yang masih pening kepala dalam memilih baju raya untuk 1 Syawal nanti. Ada yang cantik, tetapi agak mahal kalau nak dibandingkan dengan bajet anda.

Namun begitu usah risau, sebenarnya banyak sahaja baju raya yang murah di pasaran. Yang penting ia cantik dan dapat jimatkan simpanan duit anda untuk persiapan raya nanti.

Baca Artikel Berkaitan: Tak Beli Kasut Raya Lagi? Ini 9 Jenama Tempatan Yang Sesuai Untuk Para Wanita


Koleksi Baju Raya Bawah RM200

Di sini kami kongsikan beberapa jenama baju raya bawah RM200 yang anda boleh dapatkan. Antaranya:

#1. MC Vogue

Buat anda yang sedang mencari baju simple tetapi dalam masa sama trending, koleksi MC Vogue adalah pilihan yang terbaik.

Bukan sahaja mereka mempunyai baju kurung moden beserta kain jenis pario, malah ada juga kebaya simple yang boleh dipadankan dengan tudung bercorak dengan harga serendah RM129.90 sahaja!

Untuk pembelian, anda boleh walk-in di mana-mana cawangan MC Vogue yang tersedia di seluruh negara iaitu:

  • MyTOWN Shopping Centre
  • Wangsa Walk Mall
  • Melawati Mall
  • Plaza Shah Alam
  • Setia City Mall
  • Mitsui Outlet Park
  • DPULZE Shopping Centre
  • Seremban Prima Mall
  • AEON Kota Bharu, Kelantan
  • A’Famosa Freeport Melaka (MPO)
#2. Three Ns

Three Ns menyediakan beberapa koleksi baju raya bertemakan plain yang boleh menggayakan hari raya anda. Baju-baju raya edisi Three Ns boleh didapati dengan harga serendah RM169 sahaja.

Untuk pembelian kurung ini, anda boleh layari di dua platform berbeza iaitu:

#3. Bajuville

Mungkin ramai di antara kita yang mahukan sedikit kelainan pada tahun ini. Jika terdahulu anda selalu beli baju plain, apa kata tahun ini anda sarungkan baju kurung bertemakan bunga-bunga kecil yang comel.

Paling penting anda boleh simpan duit poket anda daripada perlu menghabiskan duit yang banyak untuk baju kurung raya. Pada pendapat penulis, baju kurung ini juga sesuai dipakai ketika majlis lain sebagai contoh kenduri kahwin.

Dengan koleksi ditampilkan oleh Bajuville, anda boleh dapatkan pelbagai koleksi Blossom Kurung berharga RM129.

#4. TAFA Clothing

TAFA Clothing membawakan baju kurung berkonsepkan minimalis dan anggun untuk anda ber-OOTD bersama keluarga tercinta.

Bukan sahaja bawah RM200, baju kurung bawah RM100 juga boleh didapati daripada jenama ini.

Antara koleksi baju raya 2024 yang murah di bawah jenama TAFA adalah seperti Batina Pareo, Dina Kurung, Qaira Pahang, Shula Sulam, Ahmeera Kebaya dan banyak lagi.

Untuk pembelian atas talian, anda boleh dapatkan di:

#5. Zalia

Zalia menerusi platform ZALORA kini sedang mengadakan potongan harga ‘kaw-kaw’ untuk keluaran baju raya jenamanya. Sekali pandang, baju yang ditawarkan dengan harga bawah RM200 itu sememangnya nampak ‘classy’ dan ‘elegant’.

Antara koleksi baju raya berserta diskaun yang ditawarkan adalah:

  • Lace Pleated Tunic Kurung Set: RM163
  • Embroidery Kebaya Set: RM184
  • Lace Embroidered Kedah Kurung: RM135
  • Embroidery Buttoned Printed Kebaya: RM180
  • Textured Puff Lace Kurung: RM135
#6. Bayu Somerset

Bayu Somerset menawarkan baju raya jenis cotton lembut dengan pelbagai design dan warna yang vibrant untuk anda gayakan di pagi hari raya.

Buat mereka yang sudah biasa membeli pakaian ton warna pastel, inilah masanya untuk membawa sedikit kelainan dengan mencuba warna yang lebih bold pula. Corak jenama ini juga akan mengingatkan anda kepada ‘vibe’ kampung.

Harga baju dari jenama tersebut adalah serendah RM79 ya! Lebih menarik baju plus size juga disediakan.

Untuk pembelian, anda boleh walk-in di mana-mana cawangan Bayu Somerset yang terletak di:

  • Sunway Putra Mall
  • Setia City Mall
  • AEON Shah Alam
  • Sogo KL
  • KL East Mall

Manakala pembelian secara atas talian [DI SINI].

#7. MEQA

Kepada mereka yang sukakan baju raya jenis kebaya atau kebarung, jangan lepaskan peluang ini untuk dapatkan set pakaian anda dari MEQA. Terdapat jenis cotton serta lace yang boleh membuatkan anda rambang mata.

Antara koleksi yang anda boleh dapatkan dengan harga bawah RM200 adalah:

  • Kurung Eyelet-DAHLIA: RM149
  • Kurung Kedah Eyelet-AMEENA: RM179
  • Kurung Pareo-EMBUN: RM169

Untuk pembelian anda boleh layari platform Shopee mereka [DI SINI].


Memang banyak betul baju raya dengan kualiti bagus dan harga berpatutan yang anda boleh dapati. Buat anda yang berminat, cepat-cepat shopping, jangan tunggu last minute pula.

Baca Artikel Berkaitan: Tak Beli Kasut Raya Lagi? Ini 9 Jenama Tempatan Yang Sesuai Untuk Para Wanita


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd