Now Reading
Christy Ng Kongsi Pengalaman Mula Niaga Dari Rumah, Kini Ada 11 Cawangan Seluruh Malaysia

Christy Ng Kongsi Pengalaman Mula Niaga Dari Rumah, Kini Ada 11 Cawangan Seluruh Malaysia

Perniagaan Christy Ng yang bermula pada tahun 2012 dahulunya hanya menggunakan modal sebanyak RM10,000 sahaja.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kalau anda berjalan di sekitar pusat beli-belah di Malaysia, perasan tak mesti akan ada cawangan jenama tempatan iaitu Christy Ng yang menjual beg dan kasut?

Jenama Christy Ng terkenal dalam kalangan wanita di Malaysia kerana bukan sahaja dijual di kedai, malah perniagaan ini juga turut diniagakan secara atas talian melalui laman web mereka serta platform Zalora dan Shopee.

Ada pelbagai design kasut dan beg yang sesuai digayakan untuk aktiviti harian serta ke tempat kerja. Kalau anda nak tahu, jenama Christy Ng kegemaran ramai ini juga sudah genap 10 tahun bertapak di Malaysia.

Nak tahu latar belakang di sebalik jenama ini? Jom baca perkongsian kami di bawah.

Sumber: Facebook/Christy Ng

Siapakah Christy Ng?

Memetik sumber dari laporan Medium, jenama Christy Ng ini diasaskan oleh seorang wanita rakyat Malaysia yang kini berusia 34 tahun iaitu Christina Ng.

Beliau berasal dari Kluang, Johor dan telah berpindah ke Petaling Jaya, Selangor bersama keluarganya ketika berusia empat tahun.

Sumber: Medium

Juga dikenali sebagai Christy Ng, wanita ini merupakan graduan bioteknologi dari Universiti Industri Selangor (UNISEL).

BACA JUGA: SELGATE Healthcare Lancar Pusat Penjagaan Kesihatan Bersepadu Di Shah Alam

Sebelum membuka perniagaan Christy Ng, beliau bekerja sepenuh masa di sebuah syarikat farmaseutikal pada tahun 2010.

Sumber: Facebook/Christy Ng

Permulaan perniagaan Christy Ng

Semangat dan minatnya yang mendalam terhadap mereka bentuk kasut membuatkan Christy berazam untuk memulakan jenamanya sendiri pada tahun 2010 dan mula berniaga part time menggunakan ruang tamu di rumah keluarganya.

Sumber: TikTok/christyngshoes

Pada awalnya, Christy hanya menunjukkan reka bentuk kasut yang dilukis di laman Facebook dan tanpa disangka Christy Ng Shoes’s Fan Page ketika itu menerima ribuan pengikut dalam bulan pertama.

Kemudian pada Julai 2012 ketika berusia 24 tahun, Christy telah membuka laman web miliknya sendiri untuk menjual kasut dengan hanya menggunakan wang simpanan kurang daripada RM10,000 sebagai modal.

Sumber: Facebook/Christy Ng

Dalam satu video dimuat naik di laman tikTok (christyngshoes), beliau menceritakan tempoh awal perniagaan tidak begitu memberangsangkan sehingga tidak mampu untuk membayar gaji pekerja.

@christyngshoes

Reply to @heeeeedoo_ Part 2 as requested by many. It’a all blood, sweat and tears! Video credit @maukerjaofficial

♬ original sound – Christy Ng – Christy Ng

Dari perniagaan di rumah, kini ada 11 cawangan Christy Ng seluruh Malaysia

Siapa sangka, perniagaan Christy Ng yang dahulunya bermula dari rumah kini telah berkembang maju dengan adanya beberapa cawangan kedai di seluruh Malaysia.

Sumber daripada laman web EY memaklumkan Christy Ng mula membuka cawangan kedai pertama pada tahun 2016 di One Utama dan mendapat pulangan sebanyak tiga kali ganda menjelang hujung tahun 2016.

Sumber: Facebook/ Christy Ng

Sehingga Ogos 2017 pula, syarikat Christy Ng Sdn Bhd telah membuka lima lagi cawangan mereka dan kini memiliki 11 cawangan di beberapa pusat beli-belah seperti:

  1. Jalan Tandang, Petaling Jaya, Selangor.
  2. One Utama, Selangor.
  3. MyTown Shopping Centre, Kuala Lumpur.
  4. Kompleks SOGO, Kuala Lumpur.
  5. Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur.
  6. Sunway Pyramid, Selangor.
  7. Setia City Mall, Selangor.
  8. IOI City Mall, Putrajaya.
  9. AEON Tebrau, Johor Bahru.
  10. Mid Valley Southkey Megamall, Johor Bahru.
  11. Queensbay Mall, Pulau Pinang.
Sumber: Facebook/Christy Ng

Malah dengan adanya pembelian secara atas talian juga membolehkan Christy Ng menerima pelanggan dari luar Malaysia seperti di United Kingdom, Amerika Syarikatm Australia dan Singapura.

Sumber: Facebook/Christy Ng

Kini, jenama Christy Ng sudah rancak dalam pasaran serta dilihat mampu bersaing dengan jenama-jenama antarabangsa.

Tidak mustahil Christy Ng pada suatu hari nanti kita akan tengok cawangan Christy Ng dibuka di luar negara pula kan?

BACA JUGA: Lelaki Ini Kongsi Sejarah Pasar Mini 99 Speedmart Yang Ramai Tak Tahu


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd