Now Reading
[Video] Gadis Korea Dedah Resepi Kimchi Sebenar. Senang Je Katanya!

[Video] Gadis Korea Dedah Resepi Kimchi Sebenar. Senang Je Katanya!

Bahan utama untuk buat kimchi adalah kubis, serbuk cili, bawang putih dan sos ikan yang boleh didapatkan di pasar raya berdekatan.

KIMCHI TARA

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Anda perasan tak kalau mahu beli makanan Korea di pasar raya, pasti harganya sangat mahal kerana kos importnya yang tinggi.

Untuk pengetahuan semua, banyak juga bahan-bahan korea yang boleh didapati di Malaysia sekarang seperti di Lotte Mart, Top Mart, K Mart, KH Mart dan banyak lagi.

Oleh itu, anda bolehlah belajar untuk memasak sendiri berbanding membeli kerana ianya lebih menjimatkan.


Influencer Korea Kongsi Resepi Kimchi Ibu Dari Kampung Halaman

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok (@tara_choi_), seorang influencer Korea yang menetap beberapa tahun di Malaysia telah berkongsi resepi dari kampung halamannya tentang cara-cara yang betul untuk membuat kimchi.

Video yang dikongsi oleh wanita yang dikenali sebagai Tara telah menyaksikan dia sedang menyediakan bahan-bahan kimchi menggunakan resepi penuh yang diberikan oleh ibunya.

“Senang je nak buat”, ujar Tara dalam video yang sama.

Berikut adalah resepi penuh dan langkah-langkah menyediakan kimchi original daripada Korea.

1. Penyediaan Kubis:

  • Kubis panjang dipotong sebesar satu suapan manakala bahagian hujung kubis yang keras perlulah dibuang.
  • Sediakan satu cawan garam bersama satu cawan air kosong untuk dicampurkan dengan kubis yang dipotong dalam satu besen.
  • Kepada mereka yang tidak suka makanannya terlalu masin, anda juga boleh mengurangkan jumlah garam tersebut mengikut selera masing-masing.
  • Gaul rata tiga bahan berkenaan dan perapkan campuran tersebut dalam tempoh 30 minit. 
Sumber: TikTok (@tara_choi_)

2. Penyediaan Sos Kimchi:

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat sos kimchi adalah:

  • 3 sudu kisar bawang putih. 
  • Gula sebanyak 2 setengah sudu. 
  • Sos ikan 5 sudu. 
  • Air kosong 7 sudu.

Gaul sebati kesemua bahan dalam satu bekas sehingga sebati.

Sumber: TikTok (@tara_choi_)

Jangan lupa, potong juga daun kucai secara panjang- panjang untuk dicampurkan dalam bersama bahan yang tersedia.

Apabila semua bahan telah disediakan, gaul semula kubis yang diperap. Setelah sejam berlalu, basuh kubis sekerap yang mungkin dengan air bersih dan perah air berlebihan daripada kubis tersebut.

Langkah terakhir adalah campurkan kesemua bahan yang telah disediakan daripada awal. Itu sahaja! Senang bukan?


Anda Peminat Makanan Korea? Jom Ketahui Jenis-jenis Kimchi Yang Ada

Kimchi adalah salah satu makanan yang amat popular di Korea Selatan. Rata-rata warga Korea pasti tidak senang duduk jika tiada tiada hidangan sampingan kesukaan mereka setiap kali makan.

Bagi yang tidak tahu, sebenarnya terdapat pelbagai jenis kimchi. Antaranya:

1. Baechu Kimchi

Ini adalah jenis kimchi yang paling dikenali oleh semua orang dan selalu menjadi pilihan orang Korea dan warga tempatan. Antara bahan utama yang terkandung dalam campuran Kimchi itu adalah bawang putih, sos ikan dan serbuk cili.

Sumber: Pexels

2. Nabak Kimchi

Nabak kimchi adalah kimchi yang sesuai untuk mereka yang tidak tahan pedas kerana rasanya yang lebih manis daripada jenis yang lain.

Sumber: Pinterest/KimchiMari

3. Pa Kimchi

Tidak ketinggalan juga kimchi yang disukai ramai ini kerana tekstur yang rangup dan panjang menggunakan daun bawang.

Sumber: Trade Korea

Baca Artikel Berkaitan: Festival Kimchi Korea Perkenal Pelbagai Makanan Tempatan Korea, Siap Boleh Buat Kimchi Sendiri!

Baca Artikel Berkaitan: Promoting Authentic Korean Culture: Gyeongsangbuk-do Aims To Captivate Malaysian Tourists

Baca Artikel Berkaitan: [Video] TikToker Korea Bawa Ibu Bapa Ke Pasar Malam, Teruja Cuba ‘Street Food’ Di Malaysia

Sumber: TikTok (@tara_choi_) | Namsan Korea Course


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd