Now Reading
Festival Kimchi Korea Perkenal Pelbagai Makanan Tempatan Korea, Siap Boleh Buat Kimchi Sendiri!

Festival Kimchi Korea Perkenal Pelbagai Makanan Tempatan Korea, Siap Boleh Buat Kimchi Sendiri!

Festival Kimchi Korea diadakan selama dua minggu di K Plus Food Market, The Curve, Mutiara Damansara untuk anda mempelajari tentang budaya Korea.

korea kimchi festival

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Festival Kimchi Korea yang julung kali dianjurkan di Malaysia telah dirasmikan oleh Menteri Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar Korea ke-66, Chung Hwang-keun bersama Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Datuk Dr. Mohamad Zabawi bin Abdul Ghani di K PLUS Food Market.

Festival Kimchi Korea tersebut dianjurkan bagi mengukuhkan platform kepada rakyat Malaysia untuk menikmati pengalaman kebudayaan Korea dan menghayati “gaya hidup rakyat Korea”.

Festival Kimchi Korea merupakan usahasama di antara pasar raya Korea berjenama tempatan yang pertama dan terbesar di Malaysia – K PLUS Food Market dan Korea Agro-Fisheries & Food Trade Corp (aT).

aT merupakan sebuah agensi kerajaan Korea yang mensasarkan untuk mendidik rakyat Malaysia tentang kelestarian alam sekitar dan faedah-faedah kesihatan yang didapati dari produk dan makanan seperti kimchi.

Cawangan aT yang bertapak di Kuala Lumpur sejak Julai 2022 bertujuan untuk menerajui pasaran makanan Halal Korea di Malaysia khususnya untuk rakyat beragama Islam.

Sejak penubuhannya pada 1967, aT telah merangsang eksport hasil pertanian Korea dengan mengusahakan rangkaian eksport global untuk mengalakkan kerjasama dan menganjurkan acara-acara promosi bersama pengedar-pengedar luar negara seperti KMT Group, syarikat induk K PLUS Food Market.

Chung Hwang-keun mewakili rakyat Korea meluahkan rasa teruja melihat rakyat Malaysia menikmati budaya Korea.

Pada waktu dahulu, Kimchi dibuat untuk rakyat Korea mengharungi kondisi musim sejuk melampau dan kini telah menjadi faktor yang memacu interaksi sosial dan menghimpunkan semua orang untuk bersama-sama seperti Festival Kimchi Korea ini. Dengan Malaysia sebagai hub makanan yang pelbagai, Korea bersedia untuk mempromosi lebih banyak budaya yang sihat melalui makanan sebagai medium untuk menyatukan orang ramai.

Menteri Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar Korea ke-66, Chung Hwang-keun.
Menteri Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar Korea ke-66, Chung Hwang-keun. (Sumber: Farahin Fadzil/TRP)

Pengerusi dan pengasas KMT Jaya Sdn Bhd iaitu Datuk Matthew Lee telah dianugerahkan dengan Anugerah JangBoGo oleh Kementerian Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar pada November 2022 di atas sumbangan beliau meningkatkan kesedaran dalam kepentingan produk Halal untuk pasaran pengguna Islam global.

Beliau turut diiktiraf di atas usaha beliau untuk memperoleh sijil Halal dan mengedar produk-produk makanan Korea di Malaysia.

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Datuk Matthew Lee menjelaskan permintaan produk buatan Korea yang meluas dan meningkat di Malaysia merupakan faktor utama untuk K Plus Food Market mengimport lebih banyak produk dengan pengkhususan kepada produk pertanian dan masakan berstatus halal bagi memanfaatkan kesihatan pengguna dengan pelbagai cara.

Inisiatif seperti ini merupakan sebab utama saya meneraju perniagaan pengeksportan produk Korea ke Malaysia. Perkongsian budaya merupakan satu keperluan terutama sekali untuk negara yang berbilang kaum. Tetapi yang paling penting, kami berharap untuk memberi aspirasi kepada rakyat Malaysia supaya mempunyai komposisi pemakanan yang lebih sihat.

Pengerusi dan pengasas KMT Jaya Sdn Bhd, Datuk Matthew Lee.
Pengerusi dan pengasas KMT Jaya Sdn Bhd iaitu Datuk Matthew Lee. (Sumber: Farahin Fadzil/TRP)

Datuk Dr. Mohamad Zabawi bin Abdul Ghani pula berkata, “Kami menghargai inisiatif yang diambil oleh KMT Group dalam membantu jenama-jenama terkenal Korea yang mempunyai permintaan tinggi untuk memperoleh sijil Halal, di mana ia merupakan kriteria penting bagi kita di Malaysia. Ini menunjukkan KMT Group menghormati dan memahami keperluan dan sensitiviti pengguna Islam”.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Datuk Dr. Mohamad Zabawi bin Abdul Ghani. (Sumber: Farahin Fadzil/TRP)

Pelbagai Aktiviti Menarik Dianjurkan Di Festival Kimchi Korea

Dianjurkan selama dua minggu, Festival Kimchi Korea akan mengadakan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan kepada para pengunjung dari setiap lapisan umur seperti kelas memasak Kimchi dan Bulgogi.

Sumber: Farahin Fadzil

Kepada anak-anak kecil, aktiviti seperti mencari harta karun, teka nama dan pertandingan mewarna dianjurkan untuk mendidik mereka tentang resipi dan bahan masakan Korea.

Pada 27 Mei nanti, pertandingan makan paling pantas akan dianjurkan kepada penggemar makanan Korea untuk menikmati juadah kegemaran mereka dalam tempoh singkat.

Di majlis pelancaran tersebut, cef selebriti Malaysia merangkap duta jenama makanan Korea, Jongga dan Nongshim Farmer’s Heart, Datuk Dr. Chef Wan turut mengacarakan kelas membuat Kimchi.

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Sebagai Pakar Pembuat Kimchi yang diiktiraf Akademi Kimchi Seoul, Datuk Dr. Chef Wan menerangkan faedah-faedah Kimchi dan keperluan rakyat Malaysia untuk menikmatinya sebagai makanan harian. 

Kepada anda yang ingin menerokai lebih banyak makanan dan budaya Korea, boleh berkunjung ke Festival Kimchi Korea yang berlangsung dari 12 sehingga 21 Mei 2023 di K Plus Food Market, The Curve, Mutiara Damansara.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web mereka atau klik [DI SINI].


Kongsi cerita viral dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd