Now Reading
[Video] TikToker Korea Bawa Ibu Bapa Ke Pasar Malam, Teruja Cuba ‘Street Food’ Di Malaysia

[Video] TikToker Korea Bawa Ibu Bapa Ke Pasar Malam, Teruja Cuba ‘Street Food’ Di Malaysia

Antara hidangan yang dibeli oleh TikToker Korea ini bersama ibu bapanya di pasar malam Jalan TAR adalah murtabak, cendol dan pisang goreng cheese.

[Video] TikToker Korea Bawa Ibu Bapa Ke Pasar Malam, Teruja Cuba 'Street Food' Di Malaysia

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Setiap kali pergi pasar malam, confirm akan rambang mata dan rasa macam nak beli semua juadah yang dijual.

Antara menu ‘street food’ yang wajib dibeli setiap kali pergi pasar malam adalah murtabak, apam balik, ayam gunting, keropok lekor, jagung rebus dan macam-macam lagi.

Terliur pula teringat makanan di pasar malam.

Pasar malam bukan sahaja menjadi lokasi tumpuan penduduk tempatan, malah mereka yang bukan warganegara Malaysia pun suka pergi pasar malam.

Mereka pun seronok tengok macam-macam makanan dan minuman yang dijual, harga pun boleh tahan murah juga.

Video-TikToker-Korea-Bawa-Ibu-Bapa-Ke-Pasar-Malam-Teruja-Cuba-Street-Food-Di-Malaysia-4
Sumber: Agenda Daily/ Facebook Pasar Malam Jalan Tuanku Abdul Rahman KL

Wanita Korea Bawa Ibu Bapa Datang Ke Pasar Malam Dan Nikmati Hidangan Di Jalan Tuanku Abdul Rahman

Keterujaan ini turut dirasai oleh seorang pengguna TikTok (@_tara_choi) yang merupakan warganegara Korea menetap di Malaysia.

Wanita dikenali sebagai Tara itu membawa ibu bapanya yang datang melancong ke Malaysia dengan berkunjung ke salah satu pasar malam popular di Lembah Klang iaitu di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Video-TikToker-Korea-Bawa-Ibu-Bapa-Ke-Pasar-Malam-Teruja-Cuba-Street-Food-Di-Malaysia-2
Sumber: TikTok @_tara_choi

Juga dikenali sebagai Jalan TAR, lokasi ini memang terkenal dengan kepelbagaian jenis jualan. Nak beli tudung ada, baju raya ada, makanan minuman pun ada.

Bila melancong ke negara asing, memang wajib cuba ‘street food’ mereka.

Jadi, Tara pun mengajak ibu bapanya untuk mencuba beberapa makanan popular rakyat Malaysia yang dijual di pasar malam Jalan TAR. Antara hidangan yang dicuba oleh mereka adalah:

  • Kuih Peneram
  • Pisang Goreng Cheese
  • Murtabak
  • Cendol
Video-TikToker-Korea-Bawa-Ibu-Bapa-Ke-Pasar-Malam-Teruja-Cuba-Street-Food-Di-Malaysia-1
Sumber: TikTok @_tara_choi

Bila tengok reaksi mereka mencuba beberapa jenis makanan, dapat agak yang mereka memang suka dengan semua hidangan tersebut.

Malah, bapanya juga terkejut dengan harga sebatang sate yang sangat murah iaitu RM 0.70 (200 won) sahaja.

Sebelum pulang ke rumah, mereka sempat membeli beberapa makanan lain untuk dinikmati.

Video tersebut meraih 572,900 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@tara_choi_/video/7204457387904847131

Netizen Pun Teruja Tengok Orang Korea Datang Pasar Malam Di Malaysia

Di ruangan komen video tersebut, ramai yang teruja melihat kecomelan ibu bapa kepada Tara ketika datang ke pasar malam Jalan TAR dan mencuba pelbagai jenis hidangan popular.

Siap ada yang suruh mereka terus tinggal di Malaysia atau berada di negara ini sehingga bulan puasa untuk berpeluang menikmati kemeriahan bazar Ramadan pula.

Selain itu, ada juga netizen yang ‘geram’ mendengar bunyi permainan lato-lato di dalam video tersebut sepanjang mereka berada di pasar malam.

BACA JUGA: Lato-Lato Boleh Mencederakan, Ibu Bapa Cadang Kementerian Larang Permainan Ini Dibawa Ke Sekolah


Antara Pasar Malam Yang Best Sekitar Lembah Klang

Pasar malam akan sentiasa menjadi ‘spot’ kegemaran rakyat Malaysia untuk mencari pelbagai jenis makanan. Dari laksa, nasi briyani, roti john dan sebagainya, semuanya ada dijual.

Selain pasar malam di Jalan TAR, antara lokasi lain di sekitar Lembah Klang adalah:

  • Taman Melawati
  • Keramat AU3
  • Putra Heights, Puchong
  • Taman Greeenwood, Gombak
  • Seksyen 7, Bandar Baru Bangi
  • Seksyen 7, Shah Alam

BACA JUGA: Kod QR, Letak Tanda Harga & 3 Lagi Tips Untuk Peniaga Di Bazar Ramadan Nanti


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd