Kod QR, Letak Tanda Harga & 3 Lagi Tips Untuk Peniaga Di Bazar Ramadan Nanti
Ramai yang memberi cadangan agar peniaga bazar Ramadan tahun ini menyediakan pembayaran tanpa tunai (cashless) untuk memudahkan urusan jual beli.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Rasa macam baru sahaja kita menyambut bulan Ramadan kan? Siapa sangka bulan yang penuh dengan ganjaran pahala ini dan diraikan oleh umat Islam seluruh dunia bakal menjelang kurang dari 50 hari lagi.
Jadi, mesti ramai yang sudah mula membuat segala persiapan termasuklah dari segi jadual ibadah, menu juadah berbuka dan sebagainya.
Mereka yang berniaga di bazar Ramdan juga sudah membeli barangan keperluan untuk kembali berniaga sepanjang bulan puasa tahun ini.

Orang Ramai Kongsi Tips Untuk Peniaga Pasar Ramadan Pada Tahun Ini
Menjelang bulan puasa yang tidak lama lagi, pastinya bazar Ramadan akan menjadi lokasi tumpuan orang ramai untuk membeli juadah berbuka.
Demi memastikan kelancaran bazar Ramadan tahun ini, seorang pengguna Twitter (@bukhariramli) mengajukan soalan secara terbuka kepada pengguna media sosial tentang tips untuk peniaga dan pembeli.
Boleh tahan ramai juga netizen yang berkongsi pendapat mereka. Antaranya adalah:
Apa tips untuk peniaga pasar Ramadan?
— bukhariramli (@bukhariramli) January 30, 2023
Sebagai peniaga, apa yang peniaga lain patut tahu?
Sebagai pembeli, apa yang nak cadangkan kepada peniaga?
Jemput reply…
👇👇👇 pic.twitter.com/sx15vrxhrS
Tips Untuk Para Peniaga
1. Menyediakan Kod QR Atau Pembayaran Tanpa Tunai
Sejak adanya teknologi, ramai yang lebih memilih untuk membuat pembayaran tanpa tunai (cashless) kerana tidak suka membawa wang tunai dalam kuantiti yang banyak.
Kalau terlupa bawa dompet pun tak apa bila kita boleh buat pembayaran melalui online banking atau pembayaran menggunakan kod QR.



2. Memastikan Juadah Yang Dijual Itu Sedap
Antara pendapat yang banyak diberikan adalah agar peniaga menyemak kualiti makanan yang dijual kepada pelanggan sama ada ia sedap untuk dimakan.
Malah ada juga yang memberi cadangan supaya peniaga memberi ‘tester’ dahulu kepada jiran-jiran mereka untuk merasakan hidangan yang akan dijual itu.




3. Menjaga Kebersihan Makanan Dan Juga Pekerja
Kebersihan merupakan perkara penting yang menjadi aspek utama dalam pemilihan lokasi mencari makanan.
Kalau makanan sedap tetapi lokasi pula tidak berapa bersih, mesti ramai yang akan ‘turn off’ kan?



Selain itu, para pekerja yang berniaga di bazar Ramadan juga perlu memakai pemakaian yang mengikut etika seperti memakai apron dan sarung tangan. Bukan itu sahaja, mereka juga dinasihati untuk mengambil suntikan Typhoid.

4. Meletakkan Tanda Harga Yang Jelas
Sebagai pelanggan, sudah semestinya mereka mahu membuat pilihan dengan membuat perbandingan harga terlebih dahulu sebelum membeli sebarang juadah untuk berbuka.
Para peniaga dinasihati untuk meletakkan tanda harga makanan yang jelas dilihat untuk para pelanggan bagi memudahkan sebarang urusan pembelian.


Tips Untuk Para Pembeli Di Bazar Ramadan
Selain peniaga, para pembeli di bazar Ramadan juga perlulah mengamalkan etika yang baik dalam urusan jual beli.
Antara tips yang dikongsikan adalah menyediakan wang tunai bernilai kecil yang secukupnya. Susah juga kalau nak beli kuih RM2 tapi cuma ada RM100 sekeping.
Selain itu, pembeli perlulah beratur ketika ingin membeli juadah. Kalau anda tak mahu beratur lama, lebih baik datang awal.
Pada masa sama, ada juga peniaga yang memberi teguran kepada pembeli supaya mereka tidak memegang lauk dan mencucuk sesuka hati dengan alasan untuk melihat kualitinya.


Semoga tips ini dapat membantu peniaga dan pembeli di luar sana dalam membuat persiapan untuk bazar Ramadan akan datang.
Pesanan ringkas dari kami, jangan membazir ketika membeli juadah berbuka di bazar Ramadan kerana membazir itu amalan syaitan.
BACA JUGA: Ini 7 ‘Pro Tip’ Untuk Anda Berkunjung Ke Bazar Ramadan. Cubalah!
Pembayaran Fidyah Sebelum Memasuki Bulan Ramadan
Bulan Ramadan pada tahun ini dijangka tiba pada 23 Mac 2023. Antara perkara penting yang perlu dilakukan sebelum tiba bulan puasa adalah membayar fidyah.
Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada umat Islam yang tidak dapat mengganti puasanya di bulan Ramadan pada sesuatu tahun sehingga tibanya bulan Ramadan tahun berikutnya.
Perlu diingatkan, hukum membayar Fidyah adalah wajib.
Bagaimana caranya mengira Fidyah?
Fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.
Antara golongan yang wajib membayar Fidyah:
- Orang tua uzur dan pesakit yang tiada harapan sembuh. Golongan ini tidak wajib untuk qadha puasa.
- Orang yang telah meninggal dunia. Waris perlu menguruskan bayaran fidyah sebelum pembahagian harta pusaka dibuat.
- Orang yang melewatkan qadha’ puasa sehingga tiba bulan Ramadhan seterusnya.
- Perempuan mengandung atau menyusukan anak dan khuatir akan keselamatan anaknya.
BACA JUGA: Dah Ganti Puasa? Kalau Belum Kena Bayar Fidyah. Apa Itu Fidyah & Cara Kiraannya?
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.