Kerajaan Anjur Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin Esok, PM Anwar Seru Orang Ramai Turut Serta
Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin anjuran Kerajaan Madani akan diadakan esok (24 Oktober) di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kekejaman tentera Israel telah meragut lebih 4,651 nyawa rakyat Palestin terutamanya kanak-kanak dan wanita serta menghancurkan banyak bangunan di sana.
Tindakan tidak berperikemanusiaan oleh rejim Zionis itu telah ditentang oleh masyarakat seluruh dunia khususnya negara Islam menerusi perhimpunan awam yang dilakukan seperti di Timur Tengah, Indonesia, Turkiye, Korea Selatan serta negara Barat antaranya United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Malaysia juga tidak turut ketinggalan melakukan perhimpunan awam yang disertai oleh ribuan peserta di Dataran Merdeka semalam (22 Oktober).
Artikel Berkaitan: “Kita Tentang Kezaliman” – Tindakan Uncle Ini Sertai Himpunan Solidariti Palestin Dipuji Orang Ramai
Kerajaan Anjur Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin Di Stadium Axiata Arena
Sebagai tanda sokongan kepada perjuangan Palestin, kerajaan Malaysia akan menganjurkan Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin (Malaysia Stands With Palestine Rally) di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil.
Perhimpunan tersebut bakal diadakan esok (24 Oktober) pada jam 7:30 sehingga 10:30 malam.
Menerusi ciapan yang dimuat naik di laman X (Twitter @anwaribrahim), Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyeru rakyat Malaysia untuk hadir menyertai perhimpunan berkenaan sebagai tanda solidariti bersama rakyat Palestin.
Ayuh seluruh rakyat Malaysia turun ke Axiata Arena, Bukit Jalil esok malam sebagai tanda solidariti kita bersama rakyat Palestin! pic.twitter.com/6VR57ezkZ8
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) October 23, 2023
Orang Ramai Beri Sokongan Kepada Perhimpunan Ini Untuk Bersolidariti Bersama Palestin
Penganjuran himpunan yang bakal berlangsung esok ini mendapat sambutan positif dari masyarakat Malaysia yang mahu turut serta memberi sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin.
Namun ada juga sesetengah netizen yang bertanya sekiranya perhimpunan ini mempunyai sebarang protokol seperti mana yang berlaku di perhimpunan aman anjuran Viva Palestina Malaysia (VPM) semalam (22 Oktober).

Kepada korang yang ada masa terluang esok malam, jom sama-sama memenuhi Stadium Axiata Arena untuk menyokong perjuangan Palestin serta menentang kekejaman tentera rejim Zionis Israel.
Artikel Berkaitan: Diperli Dapat Layanan VIP Di Perhimpunan Solidariti Palestin, Respon Fahmi Fadzil Buat Netizen Kurang Senang
Artikel Berkaitan: Digelar Zionis Oleh Penganjur, Pemegang Sepanduk ‘War Criminal’ Di Himpunan Solidariti Palestin Luah Rasa Kecewa
Artikel Berkaitan: “Meta Tidak Sekat Hantaran Mengenai Palestin Di Facebook” – Fahmi Fadzil
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.