Now Reading
Diperli Dapat Layanan VIP Di Perhimpunan Solidariti Palestin, Respon Fahmi Fadzil Buat Netizen Kurang Senang

Diperli Dapat Layanan VIP Di Perhimpunan Solidariti Palestin, Respon Fahmi Fadzil Buat Netizen Kurang Senang

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil telah membalas sindiran Wan Fayshal dengan memuat naik gambar ahli Parlimen Machang itu sedang duduk di atas sofa.

perhimpunan aman palestin viva palestina (3)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Perhimpunan aman ‘Freedom for Palestine’ yang dianjurkan Viva Palestina Malaysia (VPM) dan MyCARE semalam (22 Oktober) di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur telah dihadiri oleh ribuan peserta meskipun berdepan cuaca panas terik.

Turut serta dalam perhimpunan aman itu adalah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Nurul Izzah Anwar dan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Namun kehadiran pemimpin-pemimpin politik ini mendapat reaksi kurang senang dari sesetengah masyarakat selepas mendakwa terdapat perbezaan layanan yang diberikan kepada mereka.


Golongan VIP Disediakan Kerusi Serta Payung Ketika Perhimpunan Aman Solidariti Palestin

Menerusi ciapan dimuat naik oleh pengguna X (Twitter @ZulMZS), satu gambar menunjukkan kehadiran Fahmi Fadzil dan Nurul Izzah Anwar sedang duduk di kerusi khas disediakan oleh pihak penganjur.

Situasi tersebut membuatkan segelintir netizen menganggap layanan istimewa yang diberikan itu tidak sepatutnya berlaku kerana rata-rata peserta lain yang hadir pula bersesak sambil menahan panas ketika perhimpunan tersebut.

Di hantaran yang dimuat naik itu, banyak kecaman yang diberikan kepada mereka termasuklah dari Ahli Parlimen Machang iaitu Wan Ahmad Fayshal.

Wan Fayshal juga dilihat memerli dan membandingkan sikap mereka dengan bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakan sanggup berdiri dan berpanas ketika menyertai sebuah perhimpunan awam sebelum ini.


Reaksi Fahmi Fadzil Selepas ‘Diperli’ Wan Fayshal Terima Pelbagai Reaksi Dari Netizen

Selepas dipercayai ‘diperli’ oleh Wan Fayshal, Fahmi menerusi laman X (Twitter @fahmi_fadzil) membalas ciapan berkenaan dengan memuat naik sebuah gambar menunjukkan ahli parlimen Machang itu sedang duduk di atas kerusi sofa.

Namun, respon yang diberikan oleh Fahmi itu membuatkan netizen kurang senang dengan tindakannya kerana dikatakan tidak mencerminkan sikap ahli politik yang profesional apatah lagi beliau kini berstatus seorang menteri.

Menurut netizen lagi, seorang menteri di pihak kerajaan tidak sepatutnya membuat hantaran sedemikian, sebaliknya perlu bersikap profesional berbanding ketika bergelar pembangkang.

Sumber: X (Twitter)

Difahamkan Fahmi sebelum ini ada memuat naik satu ciapan sewaktu menghadiri program tersebut. Namun, ianya telah dipadam oleh beliau tanpa diketahui apakah puncanya.

Perhimpunan sama turut mencetuskan kontroversi selepas penganjur mengkritik peserta yang membawa plakad bertulis ‘War Criminal’ yang terpampang gambar Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.

Bukan itu sahaja, pihak penganjur juga dikatakan tidak membenarkan peserta untuk melaungkan ‘Allahuakbar’. Namun, baru-baru ini mereka telah menafikan perkara tersebut.

Artikel Berkaitan: Digelar Zionis Oleh Penganjur, Pemegang Sepanduk ‘War Criminal’ Di Himpunan Solidariti Palestin Luah Rasa Kecewa


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd