Now Reading
Tikam Wanita Di Dobi: Penganggur Dipenjara 7 Tahun & 4 Sebatan

Tikam Wanita Di Dobi: Penganggur Dipenjara 7 Tahun & 4 Sebatan

Penganggur berkenaan dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu kerana perbuatan cubaan merompak dan menikam mangsa di dobi layan diri.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Terdahulu, media melaporkan seorang wanita yang mahu membasuh pakaiannya di sebuah lobi layan diri di Kampung Seberang Takir, Terengganu ditikam oleh seorang lelaki tidak dikenali sekitar jam 3:00 petang pada 30 September.

Menerusi rakaman kamera litar CCTV, mangsa dilihat sedang berjalan ke penghujung dobi sebelum lelaki tersebut secara tiba-tiba berlari dari arah belakang dan menikamnya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Wan Mohd Zaki Wan Ismail memaklumkan suspek telah ditahan pada 1 Oktober kira-kira jam 3:30 petang di Kampung Mengabang Telipot, Kuala Nerus , Terengganu.

Baca Artikel Berkaitan: [Terkini] Suspek Tikam Wanita Guna Gunting Di Dobi Layan Diri Telah Ditahan Polis


Lelaki Tikam Wanita Dikenakan Hukuman 7 Tahun Penjara & 4 Sebatan

Terkini, lelaki berkenaan yang juga seorang penganggur telah dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada semalam (10 Oktober).

Hakim Nooriah Osman menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh Muhammad Faiz Radzali, 25 mengaku bersalah kerana perbuatan cubaan merompak dan menikam mangsa yang berusia 31 tahun di dobi layan diri.

Muhammad Faiz telah didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Mahkamah bagaimanapun memerintahkan hukuman penjara terhadap tertuduh bermula daripada tarikh dia ditahan iaitu pada 1 Oktober lalu.

Untuk makluman semua, pendakwaan kes berkenaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Hanis Nabihah Hizamul-Din manakala tertuduh pula tidak diwakili mana-mana peguam.

Sumber: Sinar Harian

Wanita Kena Tikam Dengan Gunting Mengalami Kecederaan

Terdahulu, pihak polis memaklumkan mangsa kejadian mengalami kecederaan di bahagian belakang badan.

Selain ditikam menggunakan gunting, wanita tersebut turut dipukul dan ditendang sebelum ditinggalkan dalam keadaan kesakitan oleh suspek.

Sejurus itu, mangsa telah dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) bagi menerima rawatan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Baca Artikel Berkaitan: Kes Tikam Orang Awam Secara Rawak Di Korea Selatan, Pihak Polis Perketat Tahap Keselamatan

Baca Artikel Berkaitan: Perompak Tikam Remaja Dengan Pemutar Skru Hingga Cedera Kini Diburu Polis

Sumber: Astro Awani


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd