Now Reading
Perompak Tikam Remaja Dengan Pemutar Skru Hingga Cedera Kini Diburu Polis

Perompak Tikam Remaja Dengan Pemutar Skru Hingga Cedera Kini Diburu Polis

Suspek yang hanya bersenjatakan pemutar skru telah menikam mangsa sehingga cedera di bahagian perut ketika cubaan merompak sebuah rumah di Seksyen 23, Shah Alam.

Perompak Tikam Remaja Guna Pemutar Skru Hingga Cedera Kini Diburu Polis

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sejak akhir-akhir ini, banyak kes rompakan di kawasan perumahan dilaporkan berlaku dan mula menimbulkan kerisauan dalam kalangan masyarakat.

Terdahulu, kawasan perumahan sekitar Putrajaya didakwa sering dipecah masuk oleh sekumpulan perompak dan mereka menggunakan modus operandi sama kepada setiap mangsa.

Ekoran kes samun yang semakin meningkat itu, pihak polis telah meningkatkan kekerapan rondaan dan juga sekatan jalan raya di kawasan berkenaan.

BACA JUGA: Kes Samun Rumah Di Putrajaya Makin Parah, Polis Kerap Buat Rondaan & Roadblock

Sumber: Facebook/ Info Komuniti Purajaya Cyberjaya

Remaja Cedera Ditikam Oleh Perompak Menggunakan Pemutar Skru

Baru-baru ini, satu lagi kes cubaan untuk merompak rumah dilaporkan berlaku di kawasan perumahan sekitar Seksyen 23, Shah Alam, Selangor.

Memetik laporan Sinar Harian, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun tercedera ketika kejadian selepas dia ditikam oleh perompak menggunakan pemutar skru.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim memaklumkan pada ketika itu mangsa hanya tinggal berdua di rumah bersama seorang lagi abangnya berusia 17 tahun.

Kejadian yang berlaku pada jam 12:10 tengah hari itu berlaku ketika mangsa ingin ke dapur untuk meminum air sebelum terserempak dengan suspek yang sedang bersembunyi di tepi mesin basuh.

Suspek juga dipercayai hanya bersenjatakan pemutar skru untuk membolehkannya mengumpil pintu rumah.

Selepas mangsa menyedari keberadaan perompak, berlaku pergelutan dan suspek bertindak menikam mangsa di bahagian perut menggunakan pemutar skru sebelum sempat melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim.

Sementara itu, mangsa yang cedera ditikam dilaporkan mengalami luka kecil di bahagian perut dan telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk diberikan rawatan.

Sumber: Sinar Harian

Pihak Polis Kini Memburu Suspek

Sehubungan itu, pihak polis kena sedang giat menjalankan usaha bagi mengesan perompak tersebut dan kertas siasatan telah dibuat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Pihak polis turut meminta bantuan orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk terus tampil ke balai berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohamad Zulkifli Mohamad di talian 01116958529.

BACA JUGA: [Video] Rumah Hampir Dipecah Masuk Oleh Perompak. Mujur Ada CCTV!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd