Now Reading
Kes Tikam Orang Awam Secara Rawak Di Korea Selatan, Pihak Polis Perketat Tahap Keselamatan

Kes Tikam Orang Awam Secara Rawak Di Korea Selatan, Pihak Polis Perketat Tahap Keselamatan

Susulan beberapa kes suspek menikam secara rawak di tempat terbuka yang semakin merisaukan, pihak polis Korea Selatan mengklasifikasikan ia sebagai ‘kecemasan segera’.

Kes Tikam Orang Awam Secara Rawak Di Korea Selatan Cetus Rasa Bimbang, Pihak Berkuasa Perketat Keselamatan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Baru-baru ini, penduduk Korea Selatan digegarkan dengan insiden serangan oleh individu tidak dikenali yang bertindak kejam menikam orang awam menggunakan pisau.

Lebih membimbangkan lagi, kes tersebut telah berlaku beberapa kali dan dipercayai semakin kerap terjadi sejak akhir-akhir ini.

Antara lokasi yang menjadi tumpuan suspek untuk menikam mangsa adalah di sekitar pusat membeli-belah dan stesen kereta api.


Ramai Mangsa Yang Terbunuh Selepas Ditikam Oleh Suspek Dalam Insiden Yang Berlaku Di Korea Selatan

Insiden terawal ini dipercayai mula berlaku pada 21 Julai lalu apabila suspek melakukan serangan bersenjata di Daejun, Korea Selatan sehingga mengakibatkan seorang mangsa terbunuh manakala tiga lagi mengalami kecederaan.

Memetik laporan Yonhap, satu lagi insiden berlainan dilaporkan berlaku di dalam sebuah pusat membeli-belah sekitar Seongnam pada Jumaat lalu (4 Ogos).

Suspek dikenali sebagai Choi berusia 20 tahun dikatakan telah melanggar pejalan kaki di luar bangunan menggunakan kenderaan sebelum keluar dan bertindak menikam beberapa pengunjung secara rawak menggunakan sebilah pisau yang dipegang di tangannya.

Kes tersebut merekodkan 14 orang mangsa di mana 12 orang daripadanya mengalami kecederaan serius apabila sembilan mangsa ditikam dan lima lagi dilanggar dengan kereta di ruang pejalan kaki.

Sumber: Yonhap News

Pihak Polis Korea Selatan Tingkatkan Kawalan Keselamatan Di Kawasan Terbuka

Susulan insiden tersebut, Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol berkata beliau tidak teragak-agak untuk mengarahkan pihak polis menggunakan senjata api bagi tujuan keselamatan rakyat serta untuk menangani keganasan yang berlaku.

Memetik laporan The Star, pihak polis Korea Selatan juga diarahkan untuk meningkatkan kawalan keselamatan mereka bagi mengelakkan kes sama berulang.

Serangan yang menggunakan pisau di Stesen Seohyeon adalah satu tindakan keganasan terhadap rakyat yang tidak bersalah. Kerajaan mesti menggerakkan semua pasukan polis untuk memastikan orang ramai tidak berasa cemas.

Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol.
Sumber: Yonhap News

Dalam pada itu, pihak polis turut mengklasifikasikan situasi ini sebagai ‘kecemasan segera’ dengan melancarkan inisiatif keselamatan khas bagi menangani keganasan melibatkan alatan tajam serta mencegah daripada ia berulang.

Sebagai tindak balas terhadap kejam yang berlaku sejak akhir-akhir ini, Kementerian Kehakiman Seoul juga sedang mempertimbangkan semula cadangan bagi memperkenalkan hukuman seumur hidup dalam undang-undang jenayah.


Netizen Bantu Sebarkan Kesedaran Kepada Pelancong Asing Yang Mahu Melancong Ke Korea Selatan Buat Masa Terdekat

Selepas insiden serangan bersenjata yang membimbangkan ini, ramai netizen di media sosial membantu untuk menyebarkan perkara ini dengan lebih meluas terutamanya kepada pelancong yang mahu bercuti ke Korea Selatan dalam tempoh terdekat ini.

Mereka turut menasihati penduduk di Korea Selatan untuk sentiasa berhati-hati dan lebih baik jika tidak keluar daripada rumah. Ini kerana serangan bersenjata ini boleh berlaku di mana-mana lokasi tanpa dijangka.

Menerusi ciapan yang dimuat naik di laman Twitter (@testingview), berikut adalah senarai beberapa lokasi di Korea Selatan yang dipercayai perlu dielakkan buat masa ini seperti:

  • Stesen Ori
  • Stesen Seohyeon
  • Stesen Jamsil
  • Stesen Daechi
  • Stesen Gangnam
  • Stesen Seomyeon, Busan
  • Stesen Uijeongbu
  • Nonhyeon-dong
  • Apgujeong Hyundai Department Store

Kepada yang anda yang berada di Korea Selatan atau akan ke negara tersebut, jaga keselamatan diri apabila berada di tempat awam.

Sekiranya ternampak mana-mana individu yang mencurigakan, terus bergerak dari kawasan terbabit dan membuat laporan kepada balai polis berhampiran.

Sumber: Yonhap | The Star | AP News | Twitter


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd