Now Reading
Pengguna Twitter Dedah Sikap ‘Gen Z’ Boros Berbelanja Dikaitkan Dengan Fenomena Di Korea Selatan

Pengguna Twitter Dedah Sikap ‘Gen Z’ Boros Berbelanja Dikaitkan Dengan Fenomena Di Korea Selatan

Tabiat berbelanja secara berlebihan dikaitkan dengan fenomena ‘Shibal Biyong’ yang berlaku di Korea Selatan apabila anak muda kecewa dengan situasi ekonomi, pasaran hartanah dan peluang pekerjaan.

Pengguna Twitter Dedah Sikap ‘Gen Z’ Boros Berbelanja Dikaitkan Dengan Fenomena Di Korea Selatan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Setiap kali tiba pada hujung minggu, mesti ramai yang sudah ada rancangan untuk berjalan ke sana sini bersama rakan-rakan atau ahli keluarga.

Hari Sabtu dan Ahad memang waktu yang paling sesuai untuk merehatkan minda selepas satu minggu penat bekerja di pejabat.

Sesetengah orang suka melepaskan stres mereka dengan pergi mencuba kafe baharu, tengok wayang, membeli-belah dan sebagainya.


Tabiat Berbelanja Secara Berlebihan Tanpa Mengira Jumlah Baki Wang Simpanan Disamakan Dengan Fenomena Di Korea

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh orang pengguna Twitter (@ammarFRS), dia berpendapat bahawa segelintir golongan muda yang digelar sebagai Gen Z gemar berbelanja seperti ‘tak ingat dunia’.

Antara cara mereka berbelanja secara berlebihan adalah dengan kerap pergi ke kafe hipster dan membeli-belah dan menggunakan alasan ‘You Only Live Once (YOLO)’.

Isu ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah ia dikatakan terjadi hampir di seluruh dunia.

Di Korea, fenomena melibatkan Gen Z ini dipanggil sebagai ‘Shibal Biyong‘. Untuk lebih mudah difahami, maksudnya lebih kepada sikap seseorang yang berbelanja sesuka hati tanpa mengendahkan baki wang di dalam akaun bank.

Sumber: Bank of Baroda

Difahamkan konsep ini mula berlaku apabila golongan muda kecewa dengan situasi ekonomi, pasaran hartanah dan peluang pekerjaan yang sangat menekan mereka.

Kekecewaan ini telah menyebabkan mereka kurang percaya dengan keperluan untuk mempunyai pelaburan dan simpanan jangka masa panjang. Senang kata mereka sudah seolah-olah berputus asa.

Disebabkan itu, mula lah keluar ayat-ayat macam ‘Buat apa nak simpan duit? Bukan boleh beli rumah. Sama je!’ dan ‘Aku dah penat-penat kerja ni, beli je lah baju ni. Mahal sikit je. Ada BNPL’.

Pengguna Twitter, Ammar Faris.

Lelaki ini memberi pandangan bahawa sebahagian generasi muda lebih tertarik dengan ‘instant gratification’ yang membolehkan seseorang mendapat kepuasan dengan cepat.

Lebih malang lagi, ada juga yang sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk menikmati kepuasan terhadap perkara yang tidak diperlukan.

Sebagai contoh:

  • RM30 untuk secawan kopi.
  • RM47 untuk sebatang aiskrim
  • RM78 untuk satu hidangan makanan.

Jika gaji bulanan boleh menampung gaya hidup sedemikian, tidak mengapa. Tetapi jika sebaliknya, tabiat ini boleh membahayakan dari segi kewangan kerana berisiko untuk membuatkan seseorang terdedah kepada sikap berhutang.

Malah sebelum ini juga pernah ada seorang lagi pengguna Twitter (@coolservant) yang mengkritik tabiat sesetengah orang yang gemar ‘berjimba’ pada setiap hujung minggu.

Dalam pada masa sama, dia juga memperingatkan netizen tentang nasib umat Islam yang kurang bernasib baik seperti di Palestin, Syria, Ughyur dan sebagainya.

BACA JUGA: “Dah Tua Baru Nak Beramal?” – Lelaki Ini Kritik Tabiat Keluar ‘Berjimba’ Setiap Minggu


Fenomena ‘Shibal Biyong’ Di Korea Selatan

Memetik laporan Foreign Policy, fenomena Shibal Biyong melibatkan golongan muda di Korea Selatan ini mula muncul pada penghujung tahun 2016 apabila seorang pengguna Twitter memuat naik ciapan berkaitan perbelanjaan yang dia tidak akan keluarkan jika berasa tertekan.

Shibal Biyong ini lebih kepada perbelanjaan yang tidak diperlukan tetapi ia dapat membantu seseorang menempuh hari mereka, terutamanya ketika ‘bad day’.

Antara tabiat Shibal Biyong ini adalah:

  • Mengambil teksi yang lebih berharga lebih mahal untuk pulang ke rumah dengan selesa berbanding menaiki pengangkutan awam.
  • Membeli makanan mahal untuk memuaskan hati.
  • Membeli pakaian mahal tanpa melihat kepada harganya.
Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Concorde Hotel Shah Alam)

Menurut Statistik Korea pada tahun 2015, seramai 7 daripada 10 anak muda percaya bahawa ketidaksamaan (inequality) adalah masalah besar yang menjadi punca.

Perkara ini juga terbukti apabila beberapa negara dalam Organisasi untuk Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) menunjukkan bahawa Korea Selatan berada pada senarai ke-31 daripada 36 buah negara yang mempunyai isu ketidaksamaan dari segi pendapatan.

Pada tahun 2018, masalah pengangguran belia mencapai tahap tertinggi sejak 1999 selepas krisis kewangan Asia 1997.


Apa Yang Boleh Dilakukan Oleh Anak Muda Untuk Mengatasi Tabiat Ini?

Sebagai anak muda, anda sendiri perlulah mengawal diri dalam berbelanja. Memang agak sukar pada awalnya, tapi percayalah apabila sudah lama-kelamaan, sikap itu akan menjadi lebih muda.

Selain dari mencatu wang, cara lain adalah dengan menjana wang sampingan. Antara beberapa cadangan untuk mendapatkan wang sampingan adalah seperti:

  • Menjual produk dengan menyertai program ‘dropship’ dalam mana-mana perniagaan
  • Membuat pekerjaan ‘freelance’
  • Mempelajari ilmu pelaburan
  • Belajar untuk menabung.

BACA JUGA: 5 Tips Jana Pendapatan Dengan Belajar Teknik Copywriting Dengan Betul

BACA JUGA: [Tips] Mula Menabung Dengan Cara Sempoi Ini. Cukup Setahun, Nampak Hasil!

BACA JUGA: Gaji Ciput Tapi Tips Simpan Ribuan Ringgit Ini Memang Efektif. Cuba Dulu!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd