“Dah Tua Baru Nak Beramal?” – Lelaki Ini Kritik Tabiat Keluar ‘Berjimba’ Setiap Minggu
Lelaki ini menganggap tabiat keluar berjalan pada setiap hujung minggu sebagai satu penyakit.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Bila tiba hujung minggu, mesti ramai yang sudah ada rancangan untuk berjalan ke sana sini dengan ahli keluarga atau rakan-rakan. Biasalah, waktu inilah yang paling sesuai untuk merehatkan minda selepas satu minggu menghadap kerja di pejabat.
Ada yang suka ‘food hunting’, membeli-belah, tengok wayang dan sebagainya. Kalau pergi ‘cafe hopping’ pun best juga kan?
BACA JUGA: Ini 5 Kafe Estetik & Instagramable Baharu Di KL. Nak #OOTD Pun Boleh!
Anggap tabiat keluar berjalan setiap minggu perkara sia-sia
Namun lain pula reaksi seorang pengguna Twitter ini (coolservant) yang menganggap bahawa aktiviti seperti ‘food hunting’ dan berjalan-jalan pada setiap hujung minggu adalah suatu penyakit.
Lelaki ini mempersoalkan kepada mereka yang selalu ‘berjimba’ tentang masa untuk melakukan amal kebaikan yang lebih memberi manfaat kepada diri sendiri.
Beberapa aktiviti dicadangkan olehnya untuk menggantikan tabiat yang lain. Antaranya seperti berikut:
- Hadir majlis ilmu
- Menziarahi ahli keluarga atau rakan-rakan
- Buat kerja sukarelawan
- Membaca buku
- Melakukan kerja sosial
- Beriadah
Kegilaan orang melayu setiap kali weekend ja nak berjimba / berjalan / food hunting bagai ini adalah satu penyakit.
— Coolservant (@coolservant) June 10, 2022
Masa lapang hanya diguna utk hiburan semata, konon self reward.
Jadi bila masa nak beramal buat kebaikan? Cuba2 lah cari peluang buat amal semasa weekend.
Pengguna Twitter ini memberi teguran kepada masyarakat supaya hidup dengan adanya wawasan untuk memberi kebaikan kepada orang lain.
Dalam pada masa sama, dia juga memperingatkan netizen tentang nasib umat Islam yang kurang bernasib baik seperti di Palestin, Syria, Ughyur dan sebagainya.
"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain."
— Coolservant (@coolservant) June 11, 2022
(Hadits Riwayat ath-Thabrani)
Sudahlah hari biasa disibukkan dgn kerja, kadang sampai lewat malam.
— Coolservant (@coolservant) June 10, 2022
Tak sempat fikir apa dah, weekend pula masa dihabiskan begitu shj.
Kalau rutin sebegini diteruskan sampai pencen, takkan bila dah tua nanti baru nak beramal?
Netizen kurang senang dengan tegurannya
Namun teguran pengguna Twitter ini membuatkan ramai netizen kurang senang dengan caranya itu.
Rata-rata netizen menganggap membuat kebaikan itu luas caranya dan tidak hanya terkongkong dalam pemikiran perlu beribadah sepanjang masa.




Pendapat yang disuarakan oleh pengguna Twitter ini sememangnya mendapat pelbagai pandangan daripada masyarakat.
Kita tidak boleh menilai seseorang berdasarkan mata kasar kerana mungkin ada sesetengah amal kebaikan yang tidak ditunjukkan secara terbuka kepada orang awam.
Nak beribadah dan membuat kebaikan itu luas dan tidak terhad di atas sejadah sahaja. Senang kata, setiap orang ada cara masing-masing.
BACA JUGA: Sukarelawan Tegur Beberapa Kekurangan Untuk Diperbaiki Di PPS
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.