Now Reading
Sukarelawan Tegur Beberapa Kekurangan Untuk Diperbaiki Di PPS

Sukarelawan Tegur Beberapa Kekurangan Untuk Diperbaiki Di PPS

Tanpa pengurusan yang baik di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) boleh menyebabkan masalah dari segi kesihatan dan pembaziran berlaku.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Banjir yang berlaku di Selangor sememangnya memberi kesan kepada mangsa kerana segala harta benda tidak sempat diselamatkan. Ketika itu, nyawa lebih penting.

Ketika berlakunya banjir, ramai mangsa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan menunggu bantuan seperti makanan, minuman, pakaian serta barangan asas lain.

Tidak dinafikan ramai rakyat Malaysia memberi sumbangan dari segi barangan dan tenaga untuk membantu mangsa banjir.

BACA JUGA: #DaruratBanjir Didn’t Deter Malaysians Who Stuck Together Through Tough Times

Namun, terdapat beberapa kekurangan yang berlaku di PPS yang perlu diperbaiki bagi mengelakkan masalah lebih besar berlaku.

Seorang pengguna Facebook Tuan Fiqa Mohammad yang merupakan salah seorang sukarelawan banjir memberi sedikit teguran untuk memperbaiki pengurusan di PPS dari beberapa segi.

Antaranya:

1. Perubatan

Di pusat pemindahan mangsa banjir, hanya sukarelawan sahaja dan tiada pembantu perubatan dari kerajaan.

Bantuan dari segi perubatan sangat penting kerana terdapat beberapa mangsa yang demam, mungkin kerana terlalu lama berendam dalam air banjir.

Kredit: eMedicineHealth

Selain itu, terdapat dua kes Covid-19 dilaporkan di PPS berkenaan tetapi pesakit sudah diasingkan. Namun, apa yang merisaukan adalah ahli keluarga pesakit Covid-19 itu tidak dikenal pasti dan mereka tidak diisolasi.

Tanpa tindakan yang pantas, keadaan ini agak membimbangkan sekiranya wabak ini tersebar di dalam PPS tersebut.

2. Sampah

Longgokan sampah yang sudah berbau boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan mangsa banjir di pusat pemindahan.

Pasukan sukarelawan diperlukan untuk membersihkan sampah supaya dapat mengelakkan sebarang penyakit merebak.

Kredit: Tun Fiqa Mohammad

3. Baju terpakai

Sememangnya bantuan pakaian sangat diperlukan oleh mangsa banjir selepas baju mereka sudah hanyut dibawa arus banjir.

Namun sebagai penderma, perlulah menapis dahulu pakaian yang masih elok dan sesuai diberikan kepada mangsa banjir.

Kredit: Tun Fiqa Mohammad

Sebaiknya, kesemua pakaian yang disumbangkan ke PPS diletakkan dalam satu kawasan yang dikendalikan oleh dua atau tiga orang petugas. Jika dibiarkan berlonggok, risau mereka akan berkumpul dan tiada penjarakan antara satu sama lain.

4. Bantuan makanan

Boleh dikatakan banyak NGO yang menghantar makanan. Tetapi bekalan makanan panas yang terlampau banyak telah menyebabkan pembaziran berlaku.

Ada juga makanan yang tidak terusik dan akhirnya dibuang ke dalam tong sampah. Ini akan menyebabkan sampah juga bertambah banyak serta meningkatkan risiko penyakit.

Kredit: Tun Fiqa Mohammad

Cadangan yang terbaik adalah semak bekalan makanan di PPS terlebih dahulu. Jika sudah mencukupi, pastikan setiap individu hanya mengambil satu pek makanan sahaja dan bukannya tujuh ke lapan untuk satu orang.

Wang untuk penyediaan makanan itu kita boleh disimpan bagi membantu mereka membeli barangan seperti alatan elektrik di rumah.

5. Pengurusan dan mentaliti ketika musim pandemik

Pengurusan agak kurang baik kerana tiada sesiapa yang mengawal keluar masuk ke dalam pusat pemindahan, baik penderma atau penerima.

Jadi, keadaan ini agak merisaukan lebih-lebih lagi ketika negara kita masih bergelut dalam pandemik Covid-19.

Cadangannya, perlu ada seseorang untuk memantau pergerakan di PPS dan memaklumkan sekiranya bantuan sudah mencukupi atau masih diperlukan.

Kredit: Tun Fiqa Mohammad

6. Kerjasama

Agensi dan NGO saling memerlukan.

Kredit: Berita Harian

Apa yang diperlukan adalah penyelarasan dan kerja berpasukan. Agensi perlu menyelaras dengan lebih baik, kerana NGO dilihat bekerja lebih cepat.


Pengalaman mematangkan kita.

Diharapkan kesemua pihak yang terlibat dalam memberi bantuan kepada mangsa banjir untuk memperbaiki kekurangan.

Ini merupakan kali pertama Selangor dilanda banjir teruk, jadi kekurangan seperti ini boleh menjadikan kita lebih baik pada masa akan datang.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd