Now Reading
‘Parti’ Taylor Swift & 13 Lagi Aktiviti Menarik Sekitar Lembah Klang Weekend Ini. Jom!

‘Parti’ Taylor Swift & 13 Lagi Aktiviti Menarik Sekitar Lembah Klang Weekend Ini. Jom!

Daripada pameran digital, festival makanan sehingga ke pasar dan bengkel, ada pelbagai aktiviti yang dianjurkan pada hujung minggu ini di sekitar Lembah Klang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Setiap kali hujung minggu, mesti ramai yang terfikir-fikir nak buat apa kan? Jom, kami bantu anda!

BACA JUGA: Bosan Weekend Ni? Jom Sertai Aktiviti Sekitar Lembah Klang Dari 1 Hingga 4 Disember

Pada 8 hingga 11 Disember ini, ada pelbagai jenis aktiviti menarik yang diadakan di sekitar Lembah Klang.

Dari pameran seni, festival makanan sehingga ke pasar dan bengkel seni, memang macam-macam acara yang bakal berlangsung.

Antaranya:


8 Disember (Khamis)

1. Festival Makanan Halal Thailand Malaysia @ Pasaraya Giant Bandar Kinrara, Puchong

Di Festival Makanan Halal Thailand Malaysia (MATHAF), anda akan jumpa pelbagai jenis masakan Thailand di sini.

Antaranya ketam goreng, pulut mangga, teh Thai, LokChing, laksa Thai, aiskrim kelapa dan banyak lagi. 

Festival ini berlangsung dari 2 hingga 11 Disember bermula jam 11:00 pagi sehingga 12:00 tengah malam.

Untuk maklumat lanjut tentang festival ini, anda boleh layari Facebook MATHAF.

2. Persembahan Teater Antara Tiga @ Panggung Sari Istana Budaya

Jika anda meminati persembahan teater tempatan, mungkin anda akan berminat dengan sebuah teater yang dilakukan oleh produksi dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang digelar sebagai Antara Tiga.

Persembahan teater itu mengisahkan tentang perjuangan peneroka Klang pada tahun 1961 dengan mengimbau kembali tiga peristiwa bersejarah utama di Klang pada tahun 1025, 1445 dan 1867.

Teater ini akan dipersembahkan selama tiga hari berturut-turut dari 8 sehingga 10 Disember ini. 

Pembelian tiket untuk persembahan ini boleh dilakukan [DI SINI].

3. Sarkas Great British @ Plaza Arkadia, Desa ParkCity

Kalau anda sukakan pertunjukan sarkas yang dipersembahkan oleh manusia tanpa melibatkan haiwan, jom pergi ke Sarkas Great British ini di Desa ParkCity.

Antara pertunjukan yang bakal dilakukan dalam acara ini adalah persembahan akrobatik, pertunjukan silap mata, aksi badut yang menghiburkan dan banyak lagi.

Pertunjukan ini berlangsung dari 19 November 2022 sehingga 1 Januari 2023 bermula jam 5:30 petang dan 8:30 malam.

Maklumat lanjut tentang pertunjukan boleh didapati di laman web mereka manakala pembelian tiket pula boleh ditempah [DI SINI].

4. Pameran Seni Digital iNyala @ Fahreinheitt88

Di pameran seni digital ini, anda boleh menghayati 17 karya seni yang bertemakan 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Pameran ini diadakan bermula 26 November sehingga 25 Disember ini.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web mereka [DI SINI].

5. Viva Batik Malaysia 2022 @ Pasar Seni 

Sempena Hari Batik Kebangsaan pada 3 Disember, anda boleh mendapatkan semua barangan jenis Batik seperti baju, aksesori, kraftangan dan banyak lagi di Pasar Seni pada 29 November sehingga 11 Disember ini.

Layari laman Instagram rasmi mereka untuk mengetahui maklumt lanjut tentang pameran tersebut.


9 Disember (Jumaat)

1. Anigames Con 2022 @ GMBB KL

Daripada permainan kad strategi kepada permainan ‘role play’ (RPG) dan permainan misteri pembunuhan, terdapat lebih daripada 50 booth dan aktiviti menyeronokkan menanti anda di Anigames Con.

Acara ini akan berlangsung pada 9 sehingga 11 Disember bermula jam 11:00 pagi sehingga 9:00 malam.

Tiket untuk konvensyen ini bermula pada harga RM15 untuk pembelian awal dan RM20 untuk tiket biasa.

Maklumat lanjut tentang acara ini boleh di didapati di laman web Anigames Con

2. Konsert Marcell Dua Dekade @ Zepp KL

Saksikan persembahan dari penyanyi Indonesia Marcell Siahaan sempena tahun ke-20 beliau dalam industri seni.

Konsert ini bakal berlangsung di Zepp KL pada 9 Disember bermula jam 8:30 malam.

Tiket masih dijual dan boleh didapati [DI SINI].

3. Pasar A Gift Of Time @ Aurumn Theater, Gardens Mall

Daripada jualan aksesori fesyen, perhiasan dan barangan penjagaan diri, pasar ini adalah antara lokasi yang sesuai untuk anda mencari hadiah sempena perayaan Krismas yang bakal disambut tidak lama lagi.

Pasar ini berlangsung pada 9 hingga 11 Disember bermula jam 10:00 pagi sehingga 10:00 malam.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman Instagram dan Facebook mereka.


10 Disember (Sabtu)

1. Konsert TuckTau Ska Reggae Party @ Panggung Asia, Gombak

Bagi peminat muzik ska reggae, acara ini menanti anda pada Sabtu (10 Disember) pada jam 12:00 tengah hari sehingga 12:00 tengah malam.

TuckTau Ska Reggae Party yang akan menampilkan 16 kumpulan band yang menakjubkan dan sambil-sambil itu anda boleh juga berlatih kemahiran skanking dan tarian pogo.

Tiket masuk dijual pada harga RM105 untuk bukan ahli dan RM75 untuk ahli kelab Atas Angin. Untuk pembelian tiket, boleh klik [DI SINI].

2. Kabut In The Park 9.2 @ KLPAC, Sentul Park

Dengan lebih daripada 45 vendor KonMari, anda boleh menikmati jualan bertemakan perayaan Krismas ini di KLPAC pada 10 Disember dari jam 9:00 pagi sehingga 2:00 petang.

Macam-macam barangan yang akan dijual di sini seperti baju dan barangan rumah terpakai dengan harga yang murah.

Makanan dan minuman pun ada dijual di sini tetapi pihak penganjur menggalakan orang ramai untuk membawa sendiri bekas makanan sendiri bagi menjaga alam sekitar.

Untuk maklumat lanjut, layari Facebook dan Instagram Kabut In The Park.

3. The Godown Artist Market @ The Godown

Di pasar ini, anda boleh mendapatkan pelbagai jenis hadiah Krismas yang berseni untuk individu tersayang.

Selain itu, acara yang berlangsung pada 10 dan 11 Disember pada jam 3:00 petang hingga 10:00 malam ini juga mengadakan bengkel seni serta persembahan muzik.

Untuk maklumat lanjut, layari Instagram dan Facebook The Godown.

4. Festival PingMin LaLa @Lalaport, KL

Nikmati pertunjukan live, bengkel menarik dan jualan makanan di pasar PingMin pada 10 dan 11 Disember ini pada jam 12:00 tengah hari sehingga 9:00 malam.

Selain itu, ada lebih daripada 300 helai pakaian masyarakat tempatan yang anda boleh ‘tengok-tengok’.

Untuk maklumat lanjut, bleh layari Facebook PingMin Market.

5. Stellar Sessions @ RexKL

RexKL menjemput anda semua orang untuk menikmati kek, kopi dan lagu pilihan oleh Lionel Rizki pada Sabtu ini (10 Disember) dari jam 9:00 malam sehingga 11:00 malam.

Butiran lanjut tentang acara ini boleh didapati [DI SINI].


11 Disember (Ahad)

1. Swiftmas Season 3.0 @ Centre Court, Sungei Wang Plaza

Kepada peminat Taylor Swift, anda wajib sertai aktiviti ini kerana pihak pengajur akan mengadakan ‘parti’ di mana para peminat boleh menyanyikan lagu Taylor Swift bersama-sama.

Mereka juga akan meyambut hari lahir penyanyi tersebut yang ke-33 di sini. Acara ini akan berlangsung selama satu hari pada jam 2:00 petang dan 7:00 malam

Maklumat lanjut tentang acara ini boleh didapati di Instagram dan Twitter pihak penganjur. Untuk pembelian tiket pula, boleh klik [DI SINI].


Acara Lain Yang Bakal Berlangsung Disember Ini

Terdapat beberapa acara lain yang akan diadakan pada bulan Disember ini. Tetapi anda perlu membuat pembelian tiket terlebih dahulu untuk mengikuti aktiviti berikut:

  • Konsert Jackson Wang (17 Disember @ Axiata Arena)
  • Bad Habits x Emo Night Kl Prom Night (17 Disember @ RexKL)
  • Persembahan Tarian Rentak Bumi 2.0 (16 – 18 Disember @ Panggung Bandaraya DBKL)
  • Konsert Gig Tanpa Nama (17 Disember @ Angkasa Space)
  • Konsert Kugiran Masdo X The ChangeCuters (29 Disember @ Zepp KL)
  • Persembahan Teater The Sound Of Music (27 Disember 2022 – 15 Januari 2023 @ Istana Budaya)

BACA JUGA: The Sound Of Music Musical Is Coming To Malaysia This 27 December!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd