Ini 5 Kafe Estetik & Instagramable Baharu Di KL. Nak #OOTD Pun Boleh!
Sambil cafe-hopping, bolehlah ambil gambar cantik di ruangan estetik setiap kafe di KL & PJ ini.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Mungkin ada di antara anda yang suka pergi ‘cafe hopping’, kan?
Kadang kala bukanlah nak pergi makan beriya sangat pun, cuma nak terokai ‘hidden-gems’ yang wujud di sekitar ibu kota. Sambil-sambil bolehlah menukmati kopi dan pencuci mulut.
Gambar pun tak dilupakan. #DoItForTheGram, gitu.
BACA JUGA: Kafe Di Bukit Bintang Ini Akan Buat Anda Teruja Dengan Reka Bentuk Dalamannya. Unik!
Kalau anda nak check out kafe-kafe baharu yang menarik dan estetik di sekitar KL – lihat senarai yang kami sediakan di bawah:
1. Three Years Old Cafe


Kediaman dua tingkat yang diubah suai menjadi kafe ini menawarkan satu lagi tempat/ lokasi ‘retreat’ baharu di pusat bandar. Bercakap tentang ‘vibes’ pula, kafe ini membawakan tema 1920-an.
Kalau nak explore sambil menikmati kopi dan kek, datanglah kafe ini.


- Alamat: 1, Jalan Sin Chew Kee, Bukit Bintang, 50150 Kuala Lumpur.
- Waktu Operasi: Rabu hingga Isnin – 8:30am -6:30pm.
2. Mori Kohi


Jika anda sedang mencari kafe yang boleh menggamit memori, boleh cuba ke Mori Kohi. Kafe yang terletak di sebuah banglo ini membawa lima konsep, iaitu:
- Mori Kohi: Kafe berinspirasikan yoshoku yang menyajikan makanan Jepun.
- Bar Moku: bar koktel kasual dengan taman.
- Vegetory: ladang sayur vertical.
- Midorie: galeri runcit tumbuhan.
- Supesu: ruangan minimalis.
Bila digabungkan, konsep ini berusaha untuk membentuk oasis berdaun di dalam hutan bandar dengan hanya lima minit perjalanan dari KLCC.


- Alamat: 11, Jalan Aman, Off Jalan Tun Razak, 55000 Kuala Lumpur.
- Waktu Operasi: Dibuka setiap hari. 10am – 10pm.
3. Hani Eatery, Bangsar


Kafe tersembunyi baharu di Bangsar ini menyediakan ruang yang cerah dan selesa untuk ‘early-birds’ mendapatkan kopi di pagi hari.
Konsep kafe ini pula bercirikan dinding putih brutalis, tingkap lebar untuk pencahayaan semula jadi, kaunter bar kopi dan kerusi ala-ala ‘camping’ sebagai tempat duduk.
Hani Eatery menawarkan variasi pencuci mulut, makanan tengah hari, dan ada juga Don dan Udon di mana anda boleh menikmatinya selepas jam 10 pagi, setiap hari.


- Alamat: 20A, Lorong Ara Kiri 2, Bangsar, Kuala Lumpur.
- Waktu Operasi: Dibuka setiap hari kecuali Rabu. 8am – 6pm.
4. Burrow BSC


Bila sebut je Burrow KL, pasti dalam kepala terus teringat canelés, cakes dan cookies yang dijual di sana. Kafe Burrow ini sememangnya salah satu ‘hidden-gems’ yang ada di Kuala Lumpur.
Ruangan kafe tidaklah besar mana, tapi mampu menarik perhatian ramai orang dengan konsep modern dan ala-ala dalam hutan.
Kalau datang kafe ini, wajib pesan canelés!


- Alamat: GK12, Bangsar Shopping Centre, Kuala Lumpur.
- Waktu Operasi: Dibuka setiap hari. 7:30 am hingga 7:30 pm.
5. Délifrance, Publika

Konsep baharu Délifrance kini telah diperkenalkan iaitu membawa tema ala-ala restoran di Paris, Perancis.

Untuk rekod, Délifrance sebenarnya merupakan salah satu kedai roti zaman kanak-kanak untuk pelanggan tempatan di Malaysia.
Kalau tetiba teringin nak meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan sambil menikmati croissant, kek, pilihan pastri gebu lain, kopi atau teh – bolehlah ke Délifrance, Publika ini.


- Alamat: Publika, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur, KL.
- Waktu Operasi: Dibuka setiap hari. 8 am hingga 8 pm.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.