Now Reading
Pameran Van Gogh, Big Bad Wolf & Banyak Lagi Acara Menarik Sekitar Lembah Klang Weekend Ini

Pameran Van Gogh, Big Bad Wolf & Banyak Lagi Acara Menarik Sekitar Lembah Klang Weekend Ini

Bukan sahaja ada pameran buku dan juga seni, konsert daripada kumpulan Indonesia terkenal pun ada ya bulan Disember ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Tak tahu nak buat apa ‘long weekend’ ketika cuti perayaan Krismas? Jangan risau, kami boleh bantu anda kerana ada banyak aktiviti menarik yang diadakan hujung minggu ini.

Sesetengah aktiviti itu hanya berlangsung selama sehari dan ada juga yang dilakukan sehingga satu bulan.

Antara aktiviti menarik yang boleh anda lawati adalah:

1. Big Bad Wolf (BBW) @ MIECC

Selama dua minggu bermula 20 Disember 2022 sehingga 2 Januari 2023, penggemar buku boleh berkunjung ke pesta buku BBW yang dibuka dari 10:00 pagi sehingga 2:00 pagi.

Diskaun sehingga 95% ditawarkan kepada semua jenis buku yang dijual. Bukan setakat ada potongan harga, malah ada macam-macam lagi promosi serta peraduan untuk para pengunjung.

Mereka mempunyai lebih 3.5 juta buku termasuklah kategori kanak-kanak, novel cinta, buku motivasi dan banyak lagi.

BACA JUGA: BBW Is Back With Discounts Up To 95% This December

2. Avatar: Way Of Water Installation @ Lot 10

Filem sekuel Avatar terbaharu iaitu Avatar: The Way Of Water yang ditunggu-tunggu selama 13 tahun akhirnya berada di pawagam!

Kepada peminat Avatar, anda wajib datang ke pameran yang berada di hadapan Pusat Beli-belah Lot 10 dan diadakan selama dua minggu dari 14 Disember 2022 sehingga 2 Januari 2023.

BACA JUGA: Avatar: The Way Of Water Is A Visual Spectacle That Makes One Reflect On Some Things [Review]

3. Pameran Van Gogh Alive @ Pavilion Bukit Jalil

Buat penggemar seni Van Gogh di Malaysia, anda berpeluang untuk menghadiri sebuah pameran multimedia ‘Van Gogh Alive’ yang bakal dilancarkan di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Pameran ini dibuka setiap hari kepada orang awam bermula 17 Disember 2022 ini sehingga 16 Mac 2023.

Pameran seni digital ini akan mempamerkan karya-karya seni Van Gogh menerusi projektor termasuklah lukisan The Starry Night dan juga Sunflowers.

BACA JUGA: Pameran ‘Van Gogh Alive’ Di KL Dibuka 17 Disember Ini

4. Festival Lampu ParkCity Year End @ Desa ParkCity

Nak lepak waktu malam tapi nak ber-OOTD juga? Jom pergi Central Park di Desa Parkcity. Pameran lampu yang diilhamkan dari cahaya Aurora Borealis ini dibuka pada hujung minggu dari jam 8:00 malam sehingga 9:00 malam.

Hiasan Krismas juga ada di sana sehingga 28 Disember manakala pameran lampu ‘Aurora Borealis’ ini berlangsung dari 1 Disember sehingga 5 Februari 2023.

5. Festival Dessert & Chocolate 2.0 @Bangi Avenue Convection Centre

Siapa yang ‘sweet tooth’ memang rambang mata bila datang ke Festival Dessert & Chocolate 2.0 kerana anda pelbagai jenis manisan yang dijual di sini seperti kek, biskut, coklat, aiskrim, minuman dan banyak lagi.

Malah, lebih 100 vendor akan dibuka serta pelbagai persembahan dari artis tempatan akan memeriahkan majlis seperti Ernie Zakri, Mamat Exist, Drama Band dan banyak lagi.

Dapatkan manisan kegemaran anda di sini dari 23 sehingga 25 Disember ini.

6. Pameran The World Of DC @ Tropicana Gardens Hall Convention Centre

The World Of DC Exhibition merupakan pameran DC pertama dan satu-satunya di Asia dengan pelbagai jenis permainan interaktif, pameran konsep seni serta barangan edisi terhad di Tropicana Gardens Mall.

Tiket untuk kemasukan pameran ini boleh didapati [DI SINI].

7. Konsert 6ixth Sense 7Belas @Panggung Asia, Gombak

Kalau anda membesar dengan lagu-lagu Indonesia popular dari zaman 2000 sehingga awal 2010, anda pastinya tidak mahu terlepas konsert 6ixth Sense yang pertama kali mengadakan konsert ‘7belas’ di Kuala Lumpur pada 24 Disember ini.

Konsert tesebut diadakan bagi meraikan 17 tahun kumpulan popular ini berada dalam industri muzik.

Antara lagu yang menjadi pujaan ramai adalah Tanpa, Khatimah Cinta, Tak Bisa Memilihmu dan banyak lagi.

Kepada anda yang belum membeli tiket, boleh klik [DI SINI].

8. Sarkas Great British @ Plaza Arkadia, Desa ParkCity

Kalau anda sukakan pertunjukan sarkas yang dipersembahkan oleh manusia tanpa melibatkan haiwan, jom pergi ke Sarkas Great British ini di Desa ParkCity.

Antara pertunjukan yang bakal dilakukan dalam acara ini adalah persembahan akrobatik, pertunjukan silap mata, aksi badut yang menghiburkan dan banyak lagi.

Pertunjukan ini berlangsung dari 19 November 2022 sehingga 1 Januari 2023 bermula jam 5:30 petang dan 8:30 malam.

Maklumat lanjut tentang pertunjukan boleh didapati di laman web mereka manakala pembelian tiket pula boleh ditempah [DI SINI].

9. Pameran Seni Digital iNyala @ Fahreinheitt88

Di pameran seni digital ini, anda boleh menghayati 17 karya seni yang bertemakan 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Pameran ini diadakan bermula 26 November sehingga 25 Disember ini.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web mereka [DI SINI].

10. Konsert Ulang Tahun Ungu Ke-26 @ Menara PGRM KL

Satu lagi kumpulan artis dari Indonesia yang bakal mengadakan konsert di Malaysia iaitu Ungu! Antara lagu yang terkenal dalam kalangan peminat Ungu adalah Kekasih Gelapku, Cinta Dalam Hati, Tercipta Untukku, Andai Ku Tahu, Percaya Padaku dan banyak lagi.

Konsert ulang tahun ini yang bakal diadakan selama dua hari pada 26 dan 27 Disember ini merupakan tarikh baharu selepas ia telah dijadualkan semula selepas tarikhnya bertembung dengan Pilihanaya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November lalu.

Tiket konsert ini masih boleh didapati di laman web mereka ya.

Acara Lain Yang Bakal Berlangsung Disember Ini

Terdapat beberapa acara lain yang akan diadakan pada bulan Disember ini. Tetapi anda perlu membuat pembelian tiket terlebih dahulu untuk mengikuti aktiviti berikut:

  • Konsert Kugiran Masdo X The ChangeCuters (29 Disember @ Zepp KL)
  • Konsert Rising Festival (1 Januari @ Angkasa Event Space, Cheras)
  • Persembahan Tarian Dancebox December 2022 (29 & 30 Disember 2022) @ KLPAC)
  • Persembahan Teater The Sound Of Music (27 Disember 2022 – 15 Januari 2023 @ Istana Budaya)

BACA JUGA: The Sound Of Music Musical Is Coming To Malaysia This 27 December!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd