Now Reading
Event Menarik Sekitar Lembah Klang Hujung Minggu Ini Dari 27 Hingga 29 Januari

Event Menarik Sekitar Lembah Klang Hujung Minggu Ini Dari 27 Hingga 29 Januari

Daripada pameran seni, bengkel hingga ke pasar dan konsert, ada banyak acara menarik untuk orang ramai hujung minggu ini sekitar Lembah Klang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Setiap kali tiba hujung minggu, mesti ramai yang terfikir-fikir nak buat apa kan? Jangan risau, kami akan selesaikan masalah anda.

Sesetengah aktiviti ini hanya berlangsung selama sehari dan ada juga yang berlangsung sehingga satu bulan.

Antara aktiviti menarik yang boleh anda lawati adalah:

Acara Yang Sedang Berlangsung

1. Festival Makanan Halal Malaysia Thailand (MATHAF) @ Lotus’s Mutiara Damansara (27 Januari – 5 Februari)

Di Festival Makanan Halal Thailand Malaysia (MATHAF), anda akan jumpa pelbagai jenis masakan Thailand di sini.

Antaranya ketam goreng, pulut mangga, teh Thai, LokChing, laksa Thai, aiskrim kelapa dan banyak lagi. 

Festival ini berlangsung dari 2 hingga 11 Disember bermula jam 11:00 pagi sehingga 11:30 tengah malam.

Untuk maklumat lanjut tentang festival ini, anda boleh layari Facebook MATHAF.

2. Pameran Seni Taman Poetic Spring @ Kwai Chai Hong (6 Januari – 12 Februari)

Sempena sambutan Tahun Baru Cina, Kwai Chai Hong dihiasi seperti musim bunga serta kaligrafi Cina rumi untuk ditafsirkan oleh orang ramai.

Taman Poetic Spring yang dipenuhi dengan bunga dan dedaunan yang bersaiz besar serta kaligrafi tradisional Cina akan dibuka kepada orang awam bermula jam 9:00 pagi sehingga 12:00 tengah malam.

Layari laman Instagram mereka untuk mengetahui maklumat lanjut.

BACA JUGA: There’s A Poetic Spring Garden Installation In Kwai Chai Hong Until February!

3. Pameran Fotografi Master of Diguise @ Darkroom Gallery, GMBB (Dilanjutkan Sehingga 30 Januari)

Pameran fotografi terbaharuru oleh seorang ahli biologi, pemandu dan jurugambar hidupan liar iaitu Chien C. Lee memberi tumpuan kepada seni yang digunakan oleh hidupan liar.

Pameran ini memaparkan lebih daripada 60 gambar pelbagai jenis penyamaran dan mimikri yang digunakan oleh serangga, reptilia, burung, dan juga tumbuhan.

Lebih mengagumkan lagi, kebanyakan serangga tersebut berasal dari Sabah dan Sarawak di Malaysia.

Menurut GMBB, pameran ini sangat memukau dan mengasyikkan sehingga ia dilanjutkan sehingga 30 April 2023 dan dibuka pada jam 11:00 pagi sehingga 6:00 petang.

BACA JUGA: Catch This Fantastic Nature Photography Exhibit For A Free Fun Time In KL

4. Pameran The World of DC @ Tropicana Gardens Hall Convection Centre (23 Disember – 1 April)

The World Of DC Exhibition merupakan pameran DC pertama dan satu-satunya di Asia dengan pelbagai jenis permainan interaktif, pameran konsep seni serta barangan edisi terhad di Tropicana Gardens Mall.

Tiket untuk kemasukan pameran ini boleh didapati [DI SINI].

5. Pameran Van Gogh Alive @ Pavilion Bukit Jalil (17 Disember sehingga 16 Mac)

Buat penggemar seni Van Gogh di Malaysia, anda berpeluang untuk menghadiri sebuah pameran multimedia ‘Van Gogh Alive’ yang bakal dilancarkan di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Pameran ini dibuka setiap hari kepada orang awam bermula 17 Disember 2022 ini sehingga 16 Mac 2023.

Pameran seni digital ini akan mempamerkan karya-karya seni Van Gogh menerusi projektor termasuklah lukisan The Starry Night dan juga Sunflowers.

BACA JUGA: Pameran ‘Van Gogh Alive’ Di KL Dibuka 17 Disember Ini

6. Festival Lampu ParkCity Year End @ Desa ParkCity

Nak lepak waktu malam tapi nak ber-OOTD juga? Jom pergi Central Park di Desa Parkcity. Pameran lampu yang diilhamkan dari cahaya Aurora Borealis ini dibuka pada hujung minggu dari jam 8:00 malam sehingga 9:00 malam.

Hiasan Krismas juga ada di sana sehingga 28 Disember manakala pameran lampu ‘Aurora Borealis’ ini berlangsung dari 1 Disember sehingga 5 Februari 2023.

27 Januari (Jumaat)

1. Pasar Gadis @ Pasar Seni (27 – 29 Januari)

Hai gadis-gadis cantik di luar sana. Ada pasar fesyen yang menarik untuk anda iaitu Pasar Gadis! Di sini, anda boleh membeli pelbagai jenis pakaian, aksesori dan buku yang menarik sambil menikmati muzik ‘live’ serta jualan makanan di Pasar Seni.

Aktiviti ini bermula jam 10:00 pagi sehingga 8:00 malam.

Layari laman Instagram mereka untuk mengetahui maklumat lanjut.

2. Persembahan Komedi ‘Your Job Is A Joke’ @ The Joke Factory, Publika (27 & 28 Januari)

Persembahan komedi ini menampilkan beberapa pelawak popular di Kuala Lumpur seperti Vishnu, Juliana, James Soo, Raqib dan Sulaiman yang akan menghiburkan hujung minggu anda dengan lawak mereka.

Jualan tiket boleh dilakukan [DI SINI].

3. Pokeman Scarlet and Pokemon Violet Roadshow @Sunway Pyramid Blue Atrium, Bandar Sunway (27 – 29 Januari)

Untuk anda yang gemarkan kartun Pokémon, anda wajib pergi ke Pokémon Scarlet and Pokémon Violet Roadshow ini kerana mereka akan mempamerkan Pokémon Scarlet and Pokémon Violet Video Game Demo Corner untuk anda sendiri mencubanya.

Selain itu, anda juga boleh Meet & Greet bersama Pickachu ya! Menarik kan?

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari [DI SINI].

28 Januari (Sabtu)

1. Konsert Prosa Bunga 2 @ Angkasa Event Space

Sabtu ini, hiburkan diri anda dengan persembahan dari pelbagai jenis penggiat seni wanita warga tempatan yang kreatif pada jam 8:00 malam.

Tiket boleh dibeli [DI SINI]

2. Persembahan Tarian Singa @ RexKL (28 & 29 Januari)

Yi Ming Lion Art (YMLA) bukan sekadar salah satu kumpulan tarian singa terbaik di Malaysia tetapi mereka juga secara proaktif mengatur persembahan, kelas dan aktiviti untuk menyebarkan kesedaran dan penghargaan terhadap bentuk seni tradisional ini.

Ketahui lebih lanjut tentang tradisi yang kaya dan nuansa tarian singa melalui sesi perkongsian selepas itu!

Layari laman Instagram mereka [DI SINI] untuk mengetahui maklumat lanjut.

3. Pasar Kamera Filem 4.0 @ Stellar KL (28 & 29 Januari)

Mesti ramai yang tak pernah pergi ke pasar kamera filem sebelum ini kan? Kepada penggemar fotografi, acara ini adalah untuk anda.

Pengunjung boleh mencari pelbagai jenis kamera ‘vintage’ dan yang paling best, anda juga boleh mendapatkan gambar anda sendiri menggunakan kamera tersebut.

Maklumat lanjut boleh didapati [DI SINI].

29 Januari (Ahad)

1. Konsert Rentak Selangor & Manifestasi Keronchong @ MATIC

Jika anda berada dalam mood untuk pertunjukan kebudayaan Malaysia, anda boleh berkunjung ke MATIC dan saksikan banyak pertunjukan Malam Ahad ini.

Anda boleh menikmati persembahan seperti Kuda Kepang, Tarian Bugis, Cempuling, Keroncong, Gamelan, Tarian Singa dan pelbagai lagi. Terdapat juga persembahan daripada beberapa artis tempatan Malaysia pada malam itu.

Layari Instagram Akses Malaysia untuk maklumat lanjut.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd