Now Reading
Gaji Ciput Tapi Tips Simpan Ribuan Ringgit Ini Memang Efektif. Cuba Dulu!

Gaji Ciput Tapi Tips Simpan Ribuan Ringgit Ini Memang Efektif. Cuba Dulu!

Kalau nak cuba, perlu sentiasa berdisiplin dan konsisten. Nanti nampak hasilnya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Perkara paling susah dan liat untuk dilakukan adalah bangun awal pagi dan menyimpan duit. Memang tidak dinafikan, dua perkara ini susah betul nak terjadi.

Sebab itu kena praktis, train diri supaya jadi lebih berdisiplin.

Lama kelamaan, akan nampak hasilnya.

Kredit: Envato

Perlu diingatkan juga buat anak muda yang baru mula bekerja di luar sana untuk tidak bersikap boros. Sikap seperti ini amat dikhuatiri kerana wang yang anda peroleh daripada hasil bekerja seharusnya disimpan buat penggunaan masa hadapan.

Bukannya berbelanja tak ingat dunia.

Tak tahu formula simpan duit?

Mungkin ada segelintir individu yang masih tidak tahu formula terbaik untuk menyimpan duit. Bila dapat gaji, tak tahu nak simpan berapa peratus dan tak tahu nak guna berapa peratus.

Yang penting, jangan guna kesemuanya untuk spending spree. Perlu ada yang ditolak tepi juga.

Seorang pengguna Facebook iaitu Nur Aliah telah berkongsi cara untuk mula menyimpan wang sehingga ribuan ringgit walaupun gaji bulanan ‘ciput’.

Kredit: Nur Aliah Mohd Nor/Facebook

Untuk memudahkan anda, kami breakdown terus cara yang lebih detail di bawah:

1. Terima gaji, asingkan terus untuk simpanan dan selebihnya baru digunakan untuk berbelanja.

Bila anda harus asingkan untuk wang simpanan? Ikuti formula di bawah:

10% – Simpanan
10% – Takaful
10% – Emergency fund
70% – Belanja

Simpanan biar 10% atau lebih, jangan sesekali kurangkan. Manakala, jika anda ingin berbelanja pastikan biar maksimum sebanyak 70%.

Kalau boleh kurangkan menjadi 50%-60% sebenarnya lebih baik.


2. Simpan duit di tempat yang susah untuk dikeluarkan.

Taktik ini sangat berguna lebih-lebih lagi untuk anda yang jenis boros.

Boleh mula menyimpan duit di tempat yang tak boleh guna kad untuk keluarkan duit. Contohnya, Tabung Haji, ASB, dan Emas.

Sebut tentang emas, tahu tak bahawa orang dulu-dulu tak simpan duit kertas, tapi mereka simpan kekayaan dalam bentuk harta sebenar macam tanah kebun, EMAS ataupun rumah-rumah sewa?

Sebab menurut orang tua-tua, bila dapat duit – tukar duit ke dalam bentuk harta sebenar seperti emas, tanah dan sebagainya. Sebab semua itu akan membuatkan anda kaya dan juga boleh menjana hasil daripada harta-harta yang ada.

“Kalau berkerja, letak matlamat nak kumpul harta. Bukan sekadar cari makan”.


3. Tambahkan side income atau pun source of income.

Zaman millennial sekarang sangat mudah untuk buat duit. Baik yang buat online atau offline. Janji ada ilmu dalam dunia perniagaan supaya tak ketinggalan.

Mana tidaknya, abang jual burger tepi jalan pun mampu untuk menjana income ribuan ringgit.

Apatah lagi jika anda menjual barang kosmetik, perfume dan lain-lain.

Oleh itu, dari duit bisnes yang anda dapat bolehlah tambahkan simpanan. Apabila bisnes sedang mencanak naik, itu tandanya adalah waktu terbaik untuk simpan lebih banyak duit.


4. Potong segala jenis kad kredit.

Antara cara lain adalah hentikan serta merta segala penggunaan kad kredit. Terutamanya jika anda mempunyai nafsu yang tinggi untuk berbelanja kehendak.

Untuk pengetahuan anda, penggunaan kad kredit sebenarnya sedang menggunakan duit masa depan anda. Bahaya.

Jadi, berbelanjalah mengikut keperluan dan bukannya kehendak.


5. Perbanyakkan bersedekah, “The more you give, the more you get.”

Rezeki datang dari Tuhan. Dia juga sudah berjanji bahawa jika satu kali anda bersedekah, 10 kali ganda Allah akan ganti.

Jika tengah susah, tengah sakit, tengah sedih, buntu dan sebagainya, jalan yang terbaik adalah bersedekah.

Waktu yang terbaik untuk berbuat sedemikian adalah ketika waktu pagi. Boleh mula dengan bersedekah sekurang-kurangnya RM50 sehari.


6. Perbanyakkan berzakat.

Banyak kepentingan zakat yang mungkin anda masih belum tahu. Antaranya ialah ianya menyucikan harta anda. Ini kerana harta adalah ibarat seperti air, selagi mengalir selagi itulah ia bersih.

Dengan berzakat, Allah akan membersihkan harta anda dari perkara haram dan shubhah.

Jika anda tidak keluar untuk berzakat, semakin bertambah hak orang lain dalam harta anda. Sebab dengan harta yang diperolehi inilah yang akan anda gunakan untuk menampung keluarga yang susah.

Jadi jika harta yang diperolehi tidak bersih, adakah apa yang anda dapat diberkati Allah?


7. Dapat keuntungan, laburkan duit tersebut.

Contohnya melabur di pasaran saham. Jika anda masih tidak tahu, ini merupakan 6 tempat yang boleh anda laburkan duit anda iaitu:

  1. Tabung Haji
  2. Amanah Saham Bumiputera Financing (ASBF)
  3. Emas
  4. Akaun simpanan tetap (fixed deposit)
  5. Unit Trust 
  6. Saham

Itu sahaja. Senang je kan?

Kalau nak cuba, perlu sentiasa berdisiplin dan konsisten. Nanti nampak hasilnya. 🙂


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd