Now Reading
Kempen Pam & Menang ‘Jom Jalan-Jalan’ Petron Malaysia Kembali Lagi!

Kempen Pam & Menang ‘Jom Jalan-Jalan’ Petron Malaysia Kembali Lagi!

Percutian ke Seoul dengan kerjasama Organisasi Pelancongan Korea dan ONE TV Asia akan menanti para pemenang dalam kalangan pengguna Petron Malaysia.

kempen petron malaysia

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kempen Pam dan Menang Jom Jalan-Jalan yang sering mendapat sambutan ramai di Petron Malaysia telah kembali lagi, kali ini dengan kerjasama Organisasi Pelancongan Korea (KTO) Malaysia serta ONE TV Asia.

Bermula 1 Disember 2023 hingga 29 Februari 2024, pelanggan Petron Miles (P-Miles) berpeluang memenangi percutian percuma ke Korea Selatan melalui ‘Jom Jalan-Jalan Seoul’, dan impian untuk menyaksikan K-Pop atau K-Drama akan menjadi kenyataan!

Shaliza Mohd Sidek, Ketua Perniagaan Runcit Petron Malaysia mengambil maklum mengenai fenomena ‘Hallyu’ yang telah menjadi gelombang dunia.

“Hari ini, Korea telah menjadi salah satu destinasi pelancongan utama untuk rakyat Malaysia. Kerjasama kami dengan KTO dan ONE TV Asia adalah tepat pada masanya kerana kami berhasrat untuk memberi ganjaran kepada pelanggan kami menerusi pendedahan kepada pengalaman budaya, lawatan ke lokasi pelancongan yang menarik, hidangan kulinari terbaik atau lawatan eksklusif ke studio TV.

“Pengalaman ini adalah sejajar dengan DNA jenama kami iaitu mendahulukan kegembiraan pelanggan, mengekalkan kualiti produk dan perkhidmatan yang cemerlang serta menjalinkan hubungan jangka panjang yang bermanfaat kepada pelanggan kami,” kata Shaliza.

Gambar berkumpulan Shaliza Mohd Sidek Ketua Perniagaan Runcit Petron Malaysia (keempat dari kanan), Encik Moon Sangho Pengarah Urusan Pejabat Organisasi Pelancongan Korea Malaysia (tiga dari kanan) bersama semua rakan kongsi yang dihormati. Alvin Chong, penyanyi dan pelakon Malaysia (tengah), telah membuat penampilan khas diikuti dengan pengumuman bahawa dia akan menemani semua pemenang ke Seoul.

Sejarah Bermulanya Kempen ‘Jom Jalan-Jalan’ Oleh Petron Malaysia

Kempen ‘Jom Jalan-Jalan’ pertama telah dilancarkan pada tahun 2021 dengan kerjasama Tourism Malaysia untuk menawarkan pelanggan setia Petron dengan pakej percutian menarik di Malaysia selepas pergerakan terbatas akibat pandemik.

Kemudian, ianya diteruskan melalui kerjasama dengan Lembaga Pelancongan Türkiye pada tahun 2022 untuk memberi peluang kepada pelanggan memenangi pakej percutian yang menakjubkan ke Türkiye melalui Turkish Airlines.

Tahun ini, ‘Jom Jalan-Jalan Seoul’ menyasarkan untuk menganugerahkan 62 pemenang bertuah dengan hadiah menarik yang bernilai lebih RM 250,000 dalam tepoh masa sepanjang tiga bulan.

Shaliza Mohd Sidek, Ketua Perniagaan Runcit Petron Malaysia (Kiri) dan Encik Moon Sangho, Pengarah Urusan Pejabat Organisasi Pelancongan Korea Malaysia (Kanan) memukul gendang untuk merasmikan pelancaran ‘Petron Jom Jalan-Jalan Seoul’.

Pengarah Urusan KTO Encik Moon Sangho berkata, “Kami amat teruja untuk berganding bahu dengan Petron Malaysia dalam meraikan Tahun Melawat Krea 2023-2024.

“Dengan budaya Korea yang semakin berkembang pesat, kami bercadang untuk mempromosikan idea kandungan pelancongan Korea untuk terus berjaya dan menyasarkan lebih ramai pelancong asing tahun depan.

Kami juga akan bekerjasama dengan rakan kongsi untuk memastikan keselamatan dan keselesaan di sekitar lokasi pelancongan, sebab kami difahamkan bahawa para pelancong amat menyanjungi acara kebudayaan serta  menghargai tawaran yang menarik bagi penerbangan dan penginapan.”


Cara Untuk Sertai Pam & Menang

Kempen ini terbuka kepada semua pemegang kad P-Miles dan boleh disertai di lebih 770 stesen minyak Petron di seluruh negara.

Dengan pembelian petrol minimum RM50, pemegang kad P- Miles akan mendapat satu penyertaan manakala pengguna aplikasi mudah alih P-Miles akan mendapat penyertaan lima (5) kali ganda.

Petron juga bekerjasama dengan Malaysian Airlines untuk menyediakan dua penyertaan bagi setiap penukaran mata ganjaran Enrich Miles sepanjang tempoh kempen.


Jom Jalan-Jalan Seoul

‘Jom Jalan-Jalan Seoul’ telah dilancarkan pada 14 Disember di Menara Hap Seng, Kuala Lumpur dan dirasmikan oleh Ketua Perniagaan Runcit Petron Malaysia Shaliza Mohd Sidek, Pengarah Urusan KTO Encik Moon Sangho dan Pengarah Eksekutif Media & Tajaan daripada One TV Asia Edith Goh.

Artis Malaysia yang berbakat dalam lakonan dan nyanyian, Alvin Chong turut membuat penampilan istimewa diikuti dengan pengumuman rasmi bahawa dia akan melancong ke Seoul bersama para pemenang. 

Petron juga bekerjasama dengan ONE TV Asia sebagai rakan kongsi media TV rasmi.

George Chien, Pengasas Bersama, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KC Global Media, rangkaian yang memiliki ONE TV Asia, berkata, “ONE merupakan saluran K-hiburan terkemuka yang mempamerkan program hiburan, drama dan pelbagai  lagi yang terbaharu di Korea Selatan.

“Kami teruja untuk meningkatkan perkongsian media kami dengan Petron Malaysia, dan ia adalah selari dengan visi kami untuk membawa hiburan Korea Selatan yang terbaik kepada setiap isi rumah di Malaysia dan juga untuk menambah pengalaman dan tawaran unik jenama kami kepada kempen menarik ini.”

Aktiviti di stesen minyak Petron yang terpilih juga akan berlangsung mulai Januari 2024 dengan pelbagai promosi, kedai Pop-Up serta aktiviti-aktiviti kebudayaan Korea Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen tersebut, boleh klik [DI SINI].


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd