[Terkini] Suspek Tikam Wanita Guna Gunting Di Dobi Layan Diri Telah Ditahan Polis
Wanita yang ditikam oleh suspek menggunakan gunting di dobi layan diri itu turut dipukul dan ditendang sebelum ditinggalkan dalam keadaan kesakitan.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
[KEMASKINI]
Suspek lelaki dipercayai terlibat dalam kes tikam wanita yang merupakan pelanggan di dobi layan diri pada Sabtu lalu (30 September) telah pun ditahan oleh pihak polis.
Memetik sumber Buletin TV3, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Wan Mohd Zaki Wan Ismail memaklumkan suspek berusia 25 tahun itu telah ditahan semalam (1 Oktober) kira-kira jam 3:30 petang di Kampung Mengabang Telipot, Kuala Nerus , Terengganu.
Hasil ujian air kencing ketika tahanan dilakukan mendapati suspek positif dadah.
Buat masa ini, kami masih menyiasat motif jenayah tersebut. Namun, kami tidak menolak berkemungkinan suspek cuba untuk melakukan samun terhadap mangsa yang berusia 31 tahun itu.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Wan Mohd Zaki Wan Ismail.
Tambah beliau lagi, kedua-dua mangsa dan suspek tidak mengenali antara satu sama lain.
Suspek Ditahan Reman Selama 4 Hari
Suspek pada hari ini (2 Oktober) telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu bagi mendapatkan perintah reman.
Majistret Yuhanis Mohd Roslan membenarkan suspek untuk ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga Khamis (5 Oktober) bagi membantu siasatan.Â
Kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 393 di bawah akta yang sama.
Kejadian Lelaki Tikam Wanita Di Dobi Layan Diri
Terdahulu, satu kejadian malang berlaku kepada seorang wanita yang mahu membasuh pakaiannya di sebuah lobi layan diri di Kampung Seberang Takir, Terengganu sekitar jam 3:00 petang pada Sabtu lalu (30 September).
Menerusi perkongsian video daripada rakaman kamera litar CCTV yang dimuat naik semula di laman X (Twitter @jilmisai), mangsa dilihat sedang berjalan ke penghujung dobi sebelum seorang lelaki tidak dikenali secara tiba-tiba berlari dari arah belakang dan menikamnya.
Geramnya tengok.. Bukan kata wanita, lelaki pun tak sempat buat apa-apa bila laju dia datang dari belakang macam ni.. Nampak macam orang tempatan.. Semoga cepat ditangkap.. Seeloknya dipukul dulu sebelum serah kepada polis..pic.twitter.com/9LAbJo7REo https://t.co/2zgqJWZRHd
— Jalal Misai (@jllmisai) September 30, 2023
Memetik sumber Berita Harian, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Wan Mohd Zaki Wan Ismail mengesahkan bahawa mangsa berusia 31 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian belakang badan.
Selain ditikam menggunakan gunting, mangsa turut dipukul dan ditendang sebelum ditinggalkan dalam keadaan kesakitan oleh suspek.
Suspek kemudiannya melarikan diri dengan menaiki kereta jenis Proton Wira yang diletakkan bersebelahan premis dobi terbabit.
Mangsa telah dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) bagi menerima rawatan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
Kita juga tidak menerima sebarang laporan kerugian daripada mangsa dan kes tersebut kini disiasat mengikut Sekatan 324/393 Kanun Keseksaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Wan Mohd Zaki Wan Ismail.

Pihak Polis Cuba Mengesan Suspek
Sebelum kejadian, seorang pekerja kedai serbaneka 24 jam yang terletak bersebelahan dengan dobi melihat suspek berusia linkungan 20an itu berada hampir dua jam di hadapan lokasi insiden terbabit.
Sebaik melihat wanita terbabit (mangsa) memasuki premis dobi berkenaan, suspek kemudian terus masuk ke dalam.
Pekerja kedai serbaneka 24 jam.
Pemakaian suspek juga dilihat dalam keadaan normal seperti individu biasa dan tidak mencurigakan.
Sumber: X (Twitter Jalal Misai) | Berita Harian | Buletin TV3
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.