Now Reading
Subsidi Bahan Api M40 & T20 Dijangka Bakal Dimansuhkan 

Subsidi Bahan Api M40 & T20 Dijangka Bakal Dimansuhkan 

Pengecualian pemberian potongan harga bahan api daripada golongan berpendapatan tinggi berpunca oleh keseluruhan kos subsidi yang dibelanjakan iaitu sebanyak 35% daripada RM77.3 bilion pada 2022.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pemberian subsidi oleh kerajaan sememangnya telah membantu ramai rakyat di luar sana untuk melangsungkan kehidupan.

Mana tidaknya dengan kadar inflasi yang semakin meningkat, harga barangan asas di pasar raya turut dilihat melonjak tinggi.

Subsidi ini bukan sahaja diberikan kepada warganegara yang berpendapatan rendah, malah mereka yang datang daripada golongan berada juga menikmati kemudahan tersebut.


Pengecualian Subsidi Bahan Api Daripada T20 & M40 Berpunca Daripada Peningkatan Kos Perbenjaan Kerajaan

Menurut kenyataan Kenanga Research, sebahagian daripada golongan berpendapatan pertengahan iaitu M40 mungkin tidak akan lagi menerima subsidi bahan api.

Menurut kenyataan penganalisis Cheow Ming Liang, kerajaan dijangka bakal memaklumkan info subsidi disasarkan bagi menggantikan subsidi bahan api pukal sedia ada yang berkemungkinan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2024.

Pengumuman ini bakal diuar-uarkan kepada orang ramai ketika pembentangan Belanjawan 2024 di Parlimen yang berlangsung pada 13 Oktober 2023 nanti.

Pengecualian potongan harga bahan api daripada golongan berpendapatan tinggi (T20) berpunca daripada keseluruhan kos subsidi yang tinggi dibelanjakan iaitu sebanyak 35% daripada RM77.3 bilion pada 2022.

“Dengan memanfaatkan Pangkalan Data Utama (PADU) baharu yang mengintegrasikan maklumat daripada pelbagai agensi kerajaan termasuk Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kerajaan berhasrat untuk mengenal pasti penerima menggunakan kriteria ‘pendapatan boleh guna bersih’,” ujar penganalisis itu.

Kriteria yang diperkatakan bertujuan untuk mengecualikan sebahagian besar penduduk dari kelompok T20 dan M40.


Kerajaan Mampu Berjimat Jika Subsidi Bahan Api Tidak Diberikan Kepada T20

Terdahulu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata bahawa pihak kerajaan boleh berjimat sehingga RM17 bilion sekiranya subsidi petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) tidak disalurkan kepada T20.

Menurutnya, penggunaan subsidi itu dalam kumpulan berpendapatan rendah (B40) hanya sekitar 24% sahaja manakala M40 sebanyak 41% dan kumpulan T20 adalah 35% pada tahun 2022.

Susulan itu, agensi penyelidikan berkenaan telah menyemak semula penggunaan subsidi oleh pihak swasta yang lebih rendah bagi 2023 iaitu 4.3% berbanding 6.1% sebelumnya berikutan keputusan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Walaupun golongan berpendapatan tinggi dijangka akan kekal dengan kewangan yang mencukupi, namun kumpulan berpendapatan sederhana berkemungkinan mengalami kemerosotan wang disebabkan subsidi bahan api yang disasarkan.

Baca Artikel Berkaitan: Subsidi Sebiji Telur Naik Kepada 10 Sen – Annuar Musa

Baca Artikel Berkaitan: Ibu Bapa Boleh Mohon Subsidi ‘Carseat’ Anak Mulai Mac 2022

Baca Artikel Berkaitan: RM300 Baucar Penerbangan Digital Buat Pelajar IPTA Ditawarkan Oleh Kerajaan

Sumber: Berita Harian


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd