Now Reading
RM300 Baucar Penerbangan Digital Buat Pelajar IPTA Ditawarkan Oleh Kerajaan

RM300 Baucar Penerbangan Digital Buat Pelajar IPTA Ditawarkan Oleh Kerajaan

Tarikh akhir penebusan baucar digital bagi pembelian tiket kapal terbang ini adalah pada 31 Disember 2023.

subsidi bantuan baucar digital RM300 tiket kapal terbang

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sempena sambutan Bulan Kebangsaan, Kementerian Pengangkutan Malaysia telah mewujudkan satu bantuan bagi mengeratkan hubungan antara masyarakat Semenanjung Malaysia dan Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan di samping menangani isu kos sara yang hidup yang berlaku.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook pada 12 Julai lalu telah membuat pengumuman berkaitan pelaksanaan inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket kapal terbang khas untuk pelajar universiti awam bagi laluan domestik antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan.

Pelaksanaan inisiaitif tersebut telah bermula sejak semalam (15 Ogos) dan para pelajar universiti awam yang mahu membuat permohonan bantuan susbsidi ini boleh membuat semakan kelayakan di laman web Kementerian Pengangkutan Malaysia terlebih dahulu.

subsidi bantuan baucar digital RM300 tiket kapal terbangsubsidi bantuan baucar digital RM300 tiket kapal terbang
Sumber: MalayMail

Pelajar yang layak boleh membuat permohonan untuk subsidi pembelian tiket kapal terbang ini menerusi mana-mana syarikat penerbangan terlibat iaitu:

  • Malaysia Airlines
  • MASwings
  • AirAsia
  • Batik Air
  • Firefly
  • MyAirline

Selepas syarikat penerbangan menerima permohonan, mereka akan memberikan baucar digital tersebut bernilai RM300 kepada pelajar sebagai ‘credit shell’.

Jika harga tiket yang dibeli kurang daripada RM300, baki baucar akan kekal dalam ‘credit shell’ dan masih boleh digunakan untuk pembelian seterusnya.

Tarikh penebusan baucar digital berkenaan akan berakhir pada 31 Disember 2023. Tetapi jangan risau, anda masih boleh melakukan pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan.

Dengan jumlah kos yang dijangkakan sebanyak RM16.8 juta, inisiatif yang diluluskan oleh Kabinet ini dijangka dapat membantu lebih 56,000 pelajar di universiti awam di seluruh negara.


Bagaimana Jika Ada Pelajar Yang Tidak Layak Tetapi Mahu Membuat Permohonan Subsidi Ini?

Sekiranya hasil semakan menunjukkan pelajar tidak layak untuk melakukan permohonan subsidi ini, mereka boleh membuat rayuan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi melalui universiti masing-masing.

Buat masa ini, pelajar yang layak adalah pelajar yang berdaftar di universiti awam sehingga tahun akademik 2022/2023 pada 30 Jun 2023.

Sumber: Facebook Kementerian Pengangkutan Malaysia


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd