Now Reading
Belanjawan 2024: Yuran Maksimum Pendaftaran Universiti Awam Dihadkan Kepada RM1,500

Belanjawan 2024: Yuran Maksimum Pendaftaran Universiti Awam Dihadkan Kepada RM1,500

Penetapan harga maksimum pendaftaran masuk ke UA iaitu sebanyak RM1,500 adalah selari dengan pemberian Wang Pendahuluan Pinjaman oleh PTPTN.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini (13 Oktober) mengumumkan kerajaan telah menetapkan yuran bagi tujuan pendaftaran masuk ke Universiti Awam (UA) dihadkan tidak melebihi RM1,500.

Penetapan harga tersebut yang akan bermula pada 1 Januari 2024 ini adalah selari dengan nilai pemberian Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjumlah RM1,500 kepada semua bakal pelajar baharu yang layak.

Beliau berkata demikian sewaktu pembentangan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat.


UA Tak Boleh Halang Pelajar Baru Daftar Kerana Masalah Kewangan

Perdana Menteri dalam masa sama, menegaskan bahawa kerajaan tidak akan memberi kelulusan kepada UA untuk menghalang pendaftaran pelajar baharu hanya kerana mereka mempunyai kekangan kewangan.

“Tidak ada duit untuk bayar yuran tidak boleh dijadikan alasan untuk menghalang
mahasiswa mengambil peperiksaan,” kata Anwar.

Susulan itu, pelajar sedia ada yang tidak mampu membayar yuran pengajian tidak akan disekat bagi mendaftar subjek pada setiap semester akan datang.

Manakala bayaran yang masih tertunggak boleh dilunaskan selepas pendaftaran subjek.

“Sebarang peraturan pembayaran oleh universiti hendaklah mengambil kira kebajikan pelajar,” jelas PMX.

Selanjutnya, beliau turut mengingatkan Bahagian Hal Ehwal Pelajar universiti dan PTPTN atau badan lain untuk mencari jalan mudah bagi membantu mahasiswa dan bakal pelajar yang mempunyai masalah pembayaran yuran.

Baca Artikel Berkaitan: Belanjawan 2024: Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Dinaikkan Dari RM8 Bilion Kepada RM10 Bilion

Baca Artikel Berkaitan: Belanjawan 2024: Kerajaan Setuju Terus Biayai Lesen Motosikal Kelas B2, e-Hailing & Teksi

Baca Artikel Berkaitan: Belanjawan 2024: Proses Sijil Halal Kini Hanya Ambil Masa 30 Hari Sahaja


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd