Now Reading
Belanjawan 2024: Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Dinaikkan Dari RM8 Bilion Kepada RM10 Bilion

Belanjawan 2024: Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Dinaikkan Dari RM8 Bilion Kepada RM10 Bilion

Hasil penjimatan subsidi dalam Belanjawan 2024 akan disalurkan sebahagiannya bagi peningkatan peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Sumbangan Tunai Rahmah Belanjawan 2024

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Menerusi pembentangan Belanjawan 2024 yang baru sahaja diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini (13 Oktober), kerajaan Perpaduan bersetuju untuk meningkatkan peruntukan bantuan tunai kepada masyarakat menerusi Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Sebelum ini jumlah peruntukan adalah sebanyak RM8 bilion, tetapi dalam Belanjawan 2024 ia akan dinaikkan kepada RM10 bilion mulai tahun hadapan.

Menurut Anwar, perbelanjaan subsidi dan bantuan telah dinaikkan sehingga mencecah RM81 bilion berbanding RM64 bilion pada tahun lepas.

Ianya bertujuan untuk mengekalkan harga barangan bersubsidi meskipun berdepan peningkatan luar jangka harga komoditi dunia. Namun jelas beliau, ianya lebih memberi manfaat kepada golongan kaya selain meningkatkan penyeludupan.

Sehubungan itu bermula tahun hadapan, pendekatan penyasaran semula subsidi akan dilaksanakan secara berfasa oleh kerajaan. Tambah Anwar lagi, hasil penjimatan subsidi inilah yang akan digunakan bagi menaikkan peruntukan bagi Sumbangan Tunai Rahmah.

Sekalipun barangan bersubsidi membantu rakyat dalam meminimumkan kos sara hidup, tetapi hakikatnya subsidi lebih memanfaatkan golongan kaya dan harga yang murah pula telah meningkatkan ketirisan dan penyeludupan ke luar negara. Malah, subsidi turut dihirup oleh lebih 3.5 juta orang asing.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd