Now Reading
E-Tunai RM100 Akan Dikredit Bermula Disember Ini – Steven Sim

E-Tunai RM100 Akan Dikredit Bermula Disember Ini – Steven Sim

Bantuan e-wallet oleh kerajaan bakal disalurkan kepada golongan B40 dan M40 berpendapatan RM100,000 ke bawah bermula Disember ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Terdahulu pada 27 Julai, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa bantuan e-wallet RM100 akan dikreditkan kepada semua rakyat Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas ketika majlis Peluncuran Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat.

Untuk info, bantuan e-wallet RM100 berkenaan adalah antara usaha baru kerajaan buat golongan B40 dan M40 yang berpendapatan RM100,000 ke bawah.

Sumbangan tunai tersebut dijalankan selepas melihat kejayaan dan impak besar program e-tunai sebelum ini kepada masyarakat setempat.

Baca Artikel Berkaitan: RM100 Kredit E-Tunai Akan Diberi Kepada Golongan Dewasa Bergaji Bawah RM100,000 Setahun


Sumbangan E-Tunai RM100 Akan Disalurkan Bermula Disember

Semalam (19 Oktober), Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong telah mengumumkan bahawa bantuan e-wallet RM100 kepada penerima yang layak akan mula dikreditkan pada Disember ini.

 “Rakyat diminta bersabar kerana kerajaan akan tunaikan janji,” kata beliau.

Sumber: X (Twitter @MOFmalaysia)

SARA 2024 Bakal Manfaatkan 700,000 Penerima STR

Steven Sim ketika sesi temu ramah program ‘Apa Khabar Malaysia’ berkata, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024 yang telah dimaklumkan dalam Belanjawan 2024 sebelum ini akan memanfaatkan seramai 700,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Tambah beliau, penerima yang layak akan menerima sumbangan sebanyak RM100 sebulan bagi tempoh 12 bulan.

“Kerajaan beri RM100 selama setahun kepada penerima setiap bulan, selain STR dan bantuan wang tunai secara langsung buat golongan sasaran. Justeru, mereka boleh menggunakan duit itu untuk membeli barang keperluan. ‘This is what we called direct cash transfer’,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: e-Pemula: RM150 Akan Dikredit Ke Dalam Akaun e-Wallet Golongan Belia

Baca Artikel Berkaitan: ePemula: Golongan Belia Boleh ‘Claim’ E-tunai RM150 Bermula Hari Ini


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd