Now Reading
e-Pemula: RM150 Akan Dikredit Ke Dalam Akaun e-Wallet Golongan Belia

e-Pemula: RM150 Akan Dikredit Ke Dalam Akaun e-Wallet Golongan Belia

Program e-Pemula ialah Skim Transaksi Tanpa Tunai khas untuk golongan belia berumur 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi (IPT).

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Belia berumur antara 18 dan 20 tahun, termasuk pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi akan menerima RM150 yang akan dikreditkan secara one-off ke dalam e-wallet masing-masing di bawah cadangan program e-Pemula bernilai RM300 juta.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, program e-Pemula yang akan dilancarkan tidak lama lagi akan memberi manfaat kepada lebih dua juta belia di negara ini.

Tambahnya, terdapat juga sejumlah dana dan kemudahan pembiayaan disasarkan untuk membantu golongan belia dalam Bajet 2022.

“Sebagai contoh, jika anda seorang usahawan muda, terdapat Pelan Pembiayaan Usahawan Muda RM150 juta yang ditawarkan oleh Bank Simpanan Nasional dan Agrobank.

“Selain itu, sejak 2019, kerajaan telah menyediakan elaun RM900 kepada pelajar yang mengikuti program latihan industri bagi meringankan beban kewangan mereka,” katanya.

Tengku Zafrul menasihatkan golongan belia untuk membiasakan diri dengan pelaburan dan juga kepentingan mengamalkan pengurusan kewangan yang baik.

“Untuk mencapai kesejahteraan kewangan, anda perlu membiasakan diri dengan konsep kawalan diri dan membiasakan dengan dunia pelaburan, serta pelan takaful dan insurans yang sedikit sebanyak akan membantu memastikan perkara ini.”


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

seven + 13 =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd