Now Reading
Bayaran STR Fasa 1 Mula Diagihkan Isnin Ini, 29 Januari 2024

Bayaran STR Fasa 1 Mula Diagihkan Isnin Ini, 29 Januari 2024

Kadar bayaran STR Fasa 1 2024 juga akan dinaikkan sehingga RM500 kepada isi rumah berbanding bayaran maksimum sebanyak RM300 pada tahun lalu.

str 2024

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kementerian Kewangan Malaysia menerusi kenyataan terbaharu yang dimuat naik di laman X (Twitter @MOFmalaysia) pada hari ini (26 Januari) telah membuat pengumuman tentang tarikh pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1.

Pengagihan STR Fasa 1 2024 itu akan bermula pada Isnin depan (29 Januari) kepada penerima berdaftar dengan mengkreditkannya ke dalam akaun bank atau diberikan secara tunai menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN).

Pada masa yang sama, kadar bayaran STR Fasa 1 ini juga akan dinaikkan sehingga RM500 kepada isi rumah berbanding bayaran maksimum sebanyak RM300 pada tahun lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihak kerajaan akan terus prihatin dengan tahap ekonomi rakyat bagi menjaga kebajikan serta kos sara hidup mereka.

Dengan ini, peruntukan bagi Fasa 1 telah bertambah sebanyak 26% kepada RM2.1 bilion daripada RM1.67 bilion pada tahun lepas dalam usaha untuk membantu sebilangan besar rakyat menangani peningkatan kos sara hidup.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selaras dengan pendekatan Ekonomi Madani untuk ‘meninggikan lantai’ daripada segi kualiti hidup rakyat, kerajaan juga akan mengutamakan dan memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.

Sehingga kini, seramai 8.2 juta rakyat Malaysia yang layak telah berdaftar bagi mendapatkan bantuan STR 2024 dan angka tersebut dijangka meningkat kepada 9 juta pada tahun ini.


Kenaikan Kadar Bayaran STR Fasa 1 Selari Dengan Belanjawan 2024

Menerusi pembentangan Belanjawan 2024 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Oktober 2023 yang lalu, kerajaan Perpaduan telah bersetuju untuk meningkatkan peruntukan bantuan tunai kepada masyarakat menerusi Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Sebelum ini jumlah peruntukan adalah sebanyak RM8 bilion, tetapi dalam Belanjawan 2024 ia akan dinaikkan kepada RM10 bilion mulai tahun 2024.

Baca Artikel Berkaitan: Belanjawan 2024: Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Dinaikkan Dari RM8 Bilion Kepada RM10 Bilion

Baca Artikel Berkaitan: Belanjawan 2024: Penerima STR Dapat RM100 Dalam MyKad Melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Sumber: MalayMail

Maklumat Yang Anda Perlu Tahu Tentang STR 2024

Kepada anda yang baru pertama kali membuat permohonan untuk Sumbangan Tunai Rahmah, berikut ada maklumat penting yang perlu diambil tahu.

Syarat Kelayakan Bagi Kategori Isi Rumah

Pemohon

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
  • Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.

Pasangan

  • Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS).
  • Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS).

Anak

  • Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja.
  • Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad/MyKID) sahaja.
  • Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan yang berumur 18 tahun dan ke bawah atau 19 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di IPTA atau IPTS.

Syarat Kelayakan Bagi Kategori Warga Emas Bujang Atau Tiada Pasangan

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
  • Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah bagi yang berumur 60 tahun dan ke atas.

Syarat Kelayakan Bagi Kategori Bujang

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
  • Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah bagi yang berumur 21 tahun hingga 59 tahun dan OKU berumur 19 tahun hingga 59 tahun.
  • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.

Cara Permohonan STR 2024

  • Secara atas talian dengan klik [DI SINI].
  • Boleh menghadirkan diri ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL), Pejabat Satelit HASiL atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL dengan mengisi dan mengemukakan Borang Permohonan STR.
  • Borang Permohonan boleh dicetak oleh pemohon melalui Portal Rasmi STR.

Jadual pembayaran STR 2024 akan dibahagikan kepada empat fasa seperti berikut:

  • Fasa 1: Februari 2024
  • Fasa 2: April 2024
  • Fasa 3: Ogos 2024
  • Fasa 4: November 2024

Untuk maklumat lanjut tentang STR 2024, boleh klik [DI SINI].


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd