Now Reading
Belanjawan 2024: Penerima STR Dapat RM100 Dalam MyKad Melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Belanjawan 2024: Penerima STR Dapat RM100 Dalam MyKad Melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan sebanyak RM100 selama 12 bulan kepada 700,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

sumbangan tunai rahmah str belanjawan 2024 (2)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pembentangan Belanjawan 2024 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari ini (13 Oktober) memberi berita gembira kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Selain sumbangan STR, kerajaan juga bersetuju memperluaskan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada 700,000 penerima STR dengan mengkreditkan RM100 sebulan ke dalam MyKad mereka untuk tempoh 12 bulan.

Melalui SARA, penerima hanya perlu ke kedai-kedai runcit untuk memberi keperluan asas hanya dengan menggunakan MyKad.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Keputusan ini diambil selepas kerajaan mendapat maklum balas positif dari masyarakat.

Dengan ini mereka akan menerima RM100 sebulan dalam MyKad untuk tempoh 12 bulan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM1,200.

Sumber: MalayMail

Sumbangan Tunai Rahmah 2024

Bagi peruntukan STR 2024, ia dinaikkan sebanyak 25% iaitu dari RM8 bilion kepada RM10 bilion.

Kadar maksimum juga meningkat daripada RM3,100 kepada RM3,700 manakala kadar minimum untuk golongan belia akan bertambah dari RM350 kepada RM500.

Bayaran pertama STR untuk isi rumah biasanya maksimum RM300. Untuk STR 2024, bayaran pertama STR dinaikkan kepada RM500 yang insya-Allah akan disalurkan sebelum Ramadan iaitu pada bulan Februari 2024.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, STR 2024 juga mengambil pendekatan berbeza iaitu kerajaan akan membuka permohonan baharu seawal November 2023 dan permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.

Artikel Berkaitan: Belanjawan 2024: Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Dinaikkan Dari RM8 Bilion Kepada RM10 Bilion

Artikel Berkaitan: Belanjawan 2024: Kerajaan Peruntuk Amaun Lebih RM8 Bilion Untuk Kerja Baik Pulih Jalan Di Malaysia


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd