Now Reading
Agihan STR Fasa 4 Mula Diberi Selasa Depan, 7 November Ini

Agihan STR Fasa 4 Mula Diberi Selasa Depan, 7 November Ini

Agihan STR Fasa 4 ini merupakan pembayaran terakhir kepada para penerima bantuan bagi tahun 2023.

sumbangan-tunai-rahmah-str-belanjawan-2024-2.jpg

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dengan peruntukan sebanyak RM2.1 bilion kepada 5.5 juta penerima di Malaysia, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 akan mula disalurkan kepada penerima mulai 7 November ini.

Selain 5.22 juta penerima sedia ada, lebih 280,000 individu baharu yang telah diluluskan menerusi Rayuan STR 2023 juga akan menerima bantuan untuk pengagihan STR Fasa 4.

Memetik sumber Kosmo, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu lalu (1 November) berkata pembayaran ini adalah fasa terakhir pengagihan bantuan untuk tahun 2023.

Mereka akan menerima sehingga RM2,500 mengikut kategori kelayakan masing-masing dan pembayaran ini merupakan bayaran akhir baki nilai yang sepatutnya diterima pada tahun ini,

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Permohonan STR 2024 Akan Dibuka Sepanjang Tahun Mulai 1 November 2023

Menerusi pembentangan Belanjawan 2024 yang pada 13 Oktober lalu, peruntukan bagi STR 2024 bakal dinaikkan sebanyak 25% iaitu dari RM8 bilion kepada RM10 bilion.

Kadar maksimum bayaran kepada penerima juga meningkat daripada RM3,100 kepada RM3,700 manakala kadar minimum untuk golongan belia akan bertambah dari RM350 kepada RM500.

Sumber: MalayMail

Bayaran pertama STR 2024 dijangka akan mula diberi kepada penerima sebelum bulan Ramadan iaitu pada bulan Februari 2024.

Dalam pada itu, STR 2024 juga mengambil pendekatan berbeza iaitu kerajaan akan membuka permohonan baharu seawal November 2023 dan permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.


Maklumat Yang Anda Perlu Tahu Tentang STR 2024

Kepada anda yang baru pertama kali membuat permohonan untuk Sumbangan Tunai Rahmah, berikut ada maklumat penting yang perlu diambil tahu.

Syarat Kelayakan Bagi Kategori Isi Rumah

Pemohon

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
  • Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.

Pasangan

  • Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS).
  • Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS).

Anak

  • Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja.
  • Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad/MyKID) sahaja.
  • Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan yang berumur 18 tahun dan ke bawah atau 19 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di IPTA atau IPTS.

Syarat Kelayakan Bagi Kategori Warga Emas Bujang Atau Tiada Pasangan

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
  • Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah bagi yang berumur 60 tahun dan ke atas.

Syarat Kelayakan Bagi Kategori Bujang

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
  • Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah bagi yang berumur 21 tahun hingga 59 tahun dan OKU berumur 19 tahun hingga 59 tahun.
  • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.

Cara Permohonan STR 2024

  • Secara atas talian dengan klik [DI SINI].
  • Boleh menghadirkan diri ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL), Pejabat Satelit HASiL atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL dengan mengisi dan mengemukakan Borang Permohonan STR.
  • Borang Permohonan boleh dicetak oleh pemohon melalui Portal Rasmi STR.

Jadual pembayaran STR 2024 akan dibahagikan kepada empat fasa seperti berikut:

  • Fasa 1: Februari 2024
  • Fasa 2: April 2024
  • Fasa 3: Ogos 2024
  • Fasa 4: November 2024

Untuk maklumat lanjut tentang STR 2024, boleh klik [DI SINI].

Baca Artikel Berkaitan: Belanjawan 2024: Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Dinaikkan Dari RM8 Bilion Kepada RM10 Bilion

Baca Artikel Berkaitan: Belanjawan 2024: Penerima STR Dapat RM100 Dalam MyKad Melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA)


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd