Now Reading
Penerima STR Fasa Ketiga Luah Rasa Syukur Terima Bantuan Di Cawangan Utama BSN Melaka

Penerima STR Fasa Ketiga Luah Rasa Syukur Terima Bantuan Di Cawangan Utama BSN Melaka

Pengagihan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah berlangsung di Bank Simpanan Nasional (BSN) Cawangan Utama Negeri Melaka bermula jam 10 pagi pada 26 Jun 2023.

sumbangan tunai rahmah (STR)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Umum sedia maklum, Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pendaftaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dibuka pada 1 Mac hingga 31 Mac 2023.

Oleh itu, rakyat Malaysia dilihat berpusu-pusu untuk mendaftar bagi melayakkan diri bagi menerima bantuan tersebut. STR ini juga difahamkan memanfaatkan kira-kira 8.7 juta orang dengan peruntukan sehingga RM8 bilion secara keseluruhan.

Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas.

Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Gambar sekadar hiasan.

BACA LANJUT: Pendaftaran Sumbangan Tunai Rahmah Bermula Hari Ini, 1 Mac

Untuk rekod, Fasa Pertama STR telahpun diagihkan pada 17 Januari 2023 secara berperingkat. Manakala, Fasa Kedua pula pada bulan April dan diikuti Fasa Ketiga iaitu pada 26 Jun 2023.

Golongan yang layak menerima STR adalah seperti berikut:

  • Pasangan suami isteri atau ibu bapa tunggal yang mempunyai anak dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM5,000. Golongan di bawah kategori ini akan menerima antara RM500 – RM2,500 berdasarkan bilangan anak yang mereka ada.
  • Warga emas tanpa pasangan berumur 60 tahun ke atas dan tanpa anak dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM5,000. Golongan di bawah kategori ini akan menerima RM600.
  • Bujang berumur antara 21 – 59 tahun dan bujang OKU berumur 19 hingga 59 tahun dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,500. Golongan di bawah kategori ini akan menerima RM350.

BSN Cawangan Melaka Mulai Agih Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Sejak 26 Jun 2023

Susulan pengagihan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berlangsung sejak Isnin, team TRP telah menemu ramah beberapa penerima STR di Cawangan Utama Bank Simpanan Nasional (BSN), Melaka.

Penerima bantuan STR mula hadir di Bank Simpanan Nasional Cawangan Utama Negeri Melaka di Jalan Munshi Abdullah pada awal pagi Isnin.
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Majoriti daripada penerima dilihat meluahkan rasa kesyukuran dengan bantuan yang disalurkan ini di mana ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban mereka di rumah.

Seperti seorang penerima STR, Encik Anuar Kasim, 57, menjelaskan bahawa semua bantuan yang diberikan oleh kerajaan ini dapat membantu keluarganya dan membolehkannya untuk membantu ahli keluarga lain yang berada dalam kesusahan.

“Dengan duit ini, saya ingin membeli barangan dapur, barangan harian yang penting. Tambah pula nak dekat Raya Haji ini, dapatlah beli ayam dan semua keperluan hari raya nanti,” jelasnya.

Encik Anuar yang bekerja sebagai seorang pekerja kontrak juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas bantuan yang disalurkan ini.

Penerima STR, Encik Anuar Kasim, 57.
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Seorang lagi penerima STR iaitu Affendy, 23, yang bekerja di Jonker Walk berharap bantuan STR ini akan diteruskan oleh pihak kerajaan bagi membantu pelbagai golongan yang memerlukan di Malaysia.

Penerima STR, Affendy (kanan), 23.
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Seorang warga emas, Ang Ho Tong, 75, yang tidak lagi bekerja, berkata bantuan STR ini akan digunakan untuk membeli barangan keperluan dan barangan dapur di rumah.

Penerima STR, Ang Ho Tong, 75.
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Seorang lagi individu penerima STR ialah Daud Rashid, 53, yang bekerja sebagai maskot panda di Bangunan Merah. Beliau berkata sumbangan STR ini akan digunakan untuk dirinya sendiri kerana pendapatan yang diperolehinyai seringkali tidak menentu.

“Kalau ada job di mana-mana, saya pergilah,” jelasnya.

Daud dalam masa yang sama turut memberitahu bahawa pendapatannya secara purata sebagai seorang maskot adalah bergantung kepada sumbangan orang ramai pada hari tersebut.

Oleh itu, dia merasakan bantuan ini amatlah membantu meringankan bebannya.

Penerima STR, Daud Rashid, 53.
(Sumber: Siti Murni/TRP)

“Saya hanya ingin menghiburkan kanak-kanak walaupun ada individu yang mengambil gambar dengan maskot saya, tetapi tidak memberikan apa-apa sumbangan,” jelasnya.

Dia juga berharap agar bantuan ini akan diteruskan oleh pihak kerajaan kerana ia dapat membantu dirinya dalam meneruskan kehidupan dengan lebih selesa.

Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah & Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran bermula tarikh yang sama. Mereka yang tidak mempunyai akaun bank boleh membuat pengeluaran tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Semakan status pembayaran boleh dibuat di portal rasmi STR.

Maklumat lanjut mengenai inisiatif Belanjawan 2023 lain boleh didapati di belanjawan.mof.gov.my/manfaat.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd