Now Reading
Belanjawan 2024: Proses Sijil Halal Kini Hanya Ambil Masa 30 Hari Sahaja

Belanjawan 2024: Proses Sijil Halal Kini Hanya Ambil Masa 30 Hari Sahaja

Halal Development Corporation (HDC) bersama-sama JAKIM akan berusaha untuk memudahkan kaedah pemprosesan pensijilan halal tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Menerusi pembentangan Belanjawan 2024 yang baru sahaja diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini (13 Oktober), kerajaan akan memendekkan tempoh memproses pensijilan halal buat premis makanan kepada 30 hari sahaja.

Menurut Perdana Menteri, Halal Development Corporation (HDC) bersama-sama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan berusaha untuk memudahkan kaedah pemprosesan pensijilan halal tersebut khususnya untuk urusan mengeksport produk halal.

Sebelum ini, proses pensijilan halal akan mengambil masa sekurang-kurangnya 51 hari.


Jualan Produk Halal Cecah RM3 Bilion Mihas

Dalam pada itu Anwar berkata, Penganjuran Malaysia International Halal Showcase (Mihas) Ke-19 pada bulan lalu (September) telah mencatatkan jualan produk halal mencecah RM3 bilion iaitu 24% lebih tinggi daripada sasaran.

Pameran halal terbesar dunia tersebut telah disertai sebanyak 469 syarikat tempatan dengan sejumlah 231 pembeli antarabangsa dari 44 buah negara.

Tambah beliau, selaras dengan Pelan Induk Industri Halal 2030 yang menetapkan sumbangan industri halal sebanyak 11% kepada Keluaran Dalam Negara (KDNK) menjelang tahun 2030, sembilan institusi kewangan telah menawarkan program khusus untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) halal.

Menurut Anwar Ibrahim, inisiatif tersebut diperuntukkan di bawah platform bersepadu halal yang menawarkan akses kepada dana khas dan program bina upaya.

Baca Artikel Berkaitan: Belanjawan 2024: Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Bakal Ditambah Dari RM8 Bilion Kepada RM10 Bilion


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd