Now Reading
PRN: Baucar Tiket Kapal Terbang & Servis Bas Percuma Untuk Pelajar IPTA Balik Mengundi

PRN: Baucar Tiket Kapal Terbang & Servis Bas Percuma Untuk Pelajar IPTA Balik Mengundi

Pelajar universiti awam yang berminat untuk mendapatkan subsidi pembelian tiket kapal terbang boleh memohon di laman web Kementerian Pengangkutan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Terbaharu, pelajar Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) yang ingin pulang mengundi pada bulan Ogos ini sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) boleh mendapatkan subsidi tiket penerbangan bernilai RM300 daripada kerajaan.

Inisiatif itu diumumkan oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook semalam (12 Julai).

Subsidi tersebut dikhaskan bagi pembelian tiket penerbangan bagi pelajar universiti awam melakukan perjalanan dalam negara antara Semenanjung, Sabah, Sarawak, dan Labuan bermula pada 15 Ogos.


Subsidi Pembelian Tiket Kapal Terbang Bagi Pelajar Universiti Awam

Memetik laporan Sinar Harian, subsidi tiket penerbangan itu akan dilaksanakan melalui mekanisme kredit di mana setiap pelajar yang layak akan menerima baucar digital bernilai RM300 daripada syarikat penerbangan yang mengambil bahagian.

Subsidi ini hanya sah untuk pembelian tiket penerbangan kelas ekonomi sehala dan pergi balik antara tempat tinggal mereka dan lokasi pengajian pelajar.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Baucar ini hanya boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan dari beberapa syarikat seperti:

  • Malaysia Airlines
  • AirAsia
  • Batik Air
  • Firefly
  • MyAirline
Sumber: MalayMail

Jika harga tiket kurang daripada nilai baucar, baki jumlah baucar boleh digunakan untuk menempah penerbangan lain sebelum tarikh akhir penebusan pada 31 Oktober 2023.

Pelajar universiti awam perlu memenuhi kelayakan yang ditetapkan di laman web Kementerian Pengangkutan kelak sebelum memohon subsidi ini.

Dengan jumlah kos yang dijangkakan sebanyak RM16.8 juta, inisiatif yang diluluskan oleh Kabinet pada mesyuarat semalam dijangka dapat membantu lebih 56,000 pelajar di universiti awam di seluruh negara.


Bas Percuma Untuk Pelajar IPTA Yang Mahu Balik Mengundi Di Kelantan

Terdahulu, perkhidmatan bas percuma telah ditawarkan oleh kerajaan negeri Kelantan yang berhasrat bagi memudahkan pelajar berada di luar Kelantan untuk membuang undi semasa PRN.

Pejabat Kemajuan Negeri dan Pejabat Perbendaharaan Kelantan akan mengendalikan perkhidmatan bermula dari 6 sehingga 11 Ogos manakala perjalanan pulang pula dijadualkan pada 13 sehingga 15 Ogos.

Sumber: Astro Awani/ Kereta Sewa Murah Kuala Lumpur

Memetik laporan New Straits Times, inisiatif yang ditawarkan oleh kerajaan negeri Kelantan itu dikatakan bertentangan dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Timbalan Ketua Pemerhati Rasuah Malaysia Noor Mohamad Shakil Hameed menjelaskan bahawa kenyataan dikeluarkan oleh Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man yang meminta negeri lain untuk mengikut jejak langkah Kelantan adalah tidak sesuai dan tidak wajar dilakukan.

Beliau menasihati parti politik dan calon masing-masing supaya lebih peka terhadap perkara yang boleh dikenakan tindakan termasuklah membatalkan keputusan pilihan raya.

Selain melanggar undang-undang, tindakan sebegitu juga boleh mencetuskan pelbagai spekulasi dan dilihat sebagai elemen dorongan untuk menarik pengundi menyokong parti tertentu.

Timbalan Ketua Pemerhati Rasuah Malaysia Noor Mohamad Shakil Hameed.

Namun begitu, ahli parlimen Kubang Kerian Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan perkhidmatan bas percuma itu tidak bertujuan untuk merasuah pelajar.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkhidmatan bas untuk pelajar ini, anda boleh terus hubungi Pejabat Pembangunan Negeri di talian 09-748 1180.

BACA JUGA: PRN: Kelantan Sediakan Bas Percuma Untuk Pelajar IPT Pulang Mengundi Pada Ogos Ini

BACA JUGA: Kenapa Hanya 6 Negeri Perlu Bubar DUN & Jalani PRN Tahun Ini? Ini Penjelasannya


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd