Now Reading
“5 Tekad 5 Tahun” – PH & BN Umum 52 Tawaran Manifesto Untuk Rakyat Selangor

“5 Tekad 5 Tahun” – PH & BN Umum 52 Tawaran Manifesto Untuk Rakyat Selangor

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari mengumumkan manifesto gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sempena Pilihan Raya Negeri pada 12 Ogos ini.

_5 Tekad 5 Tahun_ - PH-BN Umum 52 Tawaran Untuk Rakyat Selangor Bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Og

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tarikh 12 Ogos 2023 menjadi waktu yang paling ditunggu-tunggu oleh penduduk di enam buah negeri di Malaysia iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan untuk membuang undi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN).

Bermula pada 29 Julai lalu, kesemua calon parti politik yang bertanding telah mula berkempen di kawasan mereka selepas menghantar kertas penamaan calon kepada Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Artikel Berkaitan: PRN: 12 Ogos Hari Mengundi & 29 Julai Penamaan Calon

Debaran kian terasa apabila beberapa calon telah mula mengemukakan manifesto masing-masing untuk meraih undi dari orang ramai.


Gabungan Pakatan Harapan (PH) Dan Barisan Nasional (BN) Di Selangor Umum Tawaran Menarik Untuk Rakyat

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, beliau telah mengumumkan manifesto yang akan diberikan kepada rakyat negeri Selangor jika mengundinya pada PRN 12 Ogos ini.

Amirudin memaklumkan Pasukan Perpaduan Selangor gabungan Pakatan Harapan (PH) Dan Barisan Nasional (BN) telah melancarkan Tawaran Kita Selangor: 5 Tekad untuk 5 Tahun pada malam semalam (31 Julai).

Tawaran Kita Selangor: 5 Tekad untuk 5 Tahun adalah seperti berikut:

1. Ekonomi Unggul Dan Pendidikan Berkualiti

Sumber: MalayMail
  • Menawarkan 100,000 peluang pekerjaan bergaji tinggi kepada anak muda Selangor dengan menarik pelaburan tempatan serta luar negara.
  • Menawarkan peluang latihan industri (internship) dengan bayaran RM1,500 sebulan bagi 2,000 anak muda Selangor.
  • Melengkapkan keterhubungan 5G supaya Selangor menjadi negeri 5G tercekap di Asia Tenggara.
  • Bantuan Mahasiswa Kita Selangor berjumlah RM1,500 kepada setiap mahasiswa.
  • Menawarkan kelas pembelajaran bahasa percuma seperti Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil, Jepun dan Korea.

2. Agama Sebagai Cahaya Dan Inspirasi Kehidupan Bermaruah

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. (Sumber: TripAdvisor)
  • Subsidi tambang dan kos mengerjakan haji berjumlah RM2,000 kepada 3,000 jemaah yang pertama kali ke kota suci Mekah.
  • Menaikkan elaun bagi imam, bilal, siak, nazir secara berperingkat.
  • Meningkatkan peruntukan bagi komuniti Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao.
  • Mewujudkan peruntukan dan sumbangan khas sekolah agama dan KAFA.
  • Mewujudkan Biasiswa Al-Ghazali bagi pelajar tahfiz dan sekolah pondok untuk melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah.

3. Kerajaan Yang Cekap Dan Efisien

Sumber: Facebook Amirudin Shari
  • Mendigitalkan sepenuhnya perkhidmatan am.
  • Mewujudkan pentadbiran ‘Greater Klang Valley’ melibatkan Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam dan Klang sebagai model pentadbiran berteknologi tinggi.
  • Menubuhkan ‘One Stop Center’ bagi menyelesaikan masalah melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam tempoh 24 jam.
  • Membantu setiap perniagaan di Selangor untuk beralih ke sistem digital.

4. Pembangunan Mampan, Selesa Dan Berdaya Huni

Sumber: MalayMail
  • Mengurangkan kesesakan trafik di Selangor.
  • Menawarkan Kediaman Kita Selangor berjumlah 200,00 unit dengan harga RM250,000 ke bawah.
  • Meluaskan penggunaan bas mini dan van melalui Selangor Mobility ke setiap daerah bagi mengurangkan kebergnatungan kepada kereta.
  • Menawarkan sistem pengasingan sisa di kawasan perumahan.
  • Meningkatkan daya tahan taman awam sebagai dwi-fungsi untuk mengurangkan kejadian banjir kilat.

5. Selangor Negeri Penyayang Yang Membela Kepentingan Rakyat

Sumber: MalayMail
  • Mewujudkan Insentif Wanita Kita Selangor dengan jumlah RM1,000 setahun kepada wanita berkerja bagi mengurangkan kos pengasuhan kanak-kanak.
  • Pemberian baucar buku Kita Selangor berjumlah RM200 kepada mahasiswa anak Selangor.
  • Menyediakan Insentif Pertanian Kita Selangor berjumlah RM1,000 kepada petani dan pesawah.
  • Meningkatkan bayaran khairat kematian kepada RM1,00.
  • Memperluaskan program Roda Darul Ehsan (RIDE) kepada para pemandu e-hailing.

Melihat kepada prestasi rekod kerajaan negeri pada lima tahun sebelum ini, Amirudin yakin pemilih akan mengundi kesemua calon gabungan PH serta BN untuk kekal memerintah di Selangor.


Keperluan Untuk Mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Di Enam Buah Negeri Seluruh Malaysia

Mesti ada yang tertanya-tanya, kenapa kita perlu mengundi sebanyak dua kali? Bukan ke hari itu baru je mengundi?

Pada November lalu, anda mengundi untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Untuk tempoh akan datang, ia adalah Pilihan Raya Negeri (PRN) pula. PRN yang bakal tiba ini hanya melibatkan enam buah negeri sahaja.

Sumber: MalayMail

Negeri-negeri lain seperti Johor dan Melaka sudah melaksanakan PRN sebelum PRU15 pada tahun lalu kerana ketidakstabilan politik.

Negeri seperti Perlis, Pahang dan Perak pula mengikut kerajaan pusat untuk membubarkan Parlimen dan DUN serentak.

Walau bagaimanapun, enam negeri lain tidak bersetuju untuk membubarkan DUN kerana bimbang jika berlakunya kejadian banjir dan mengakibatkan negeri-negeri tersebut perlu mengharungi dua kali pilihanraya besar.

Artikel Berkaitan: Kenapa Hanya 6 Negeri Perlu Bubar DUN & Jalani PRN Tahun Ini? Ini Penjelasannya

Pengundian di peringkat Negeri atau DUN ini amat penting kerana ia akan menentukan pemimpin yang memerintah sesebuah negeri, tetapi tidak akan memberi kesan kepada Kerajaan Pusat.

Sumber: Kita Selangor | Facebook Amirudin Shari


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd