“Selangor Cuti Umum Isnin Ini Jika PH & BN Menang PRN2023” – Amirudin Shari
Gabungan Perpaduan terdiri daripada Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN) mengisytiharkan cuti umum kepada seluruh rakyat Negeri Selangor pada hari Isnin, 14 Ogos 2023 jika berjaya menawan Selangor.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Debaran untuk Pilihan Raya Negeri 2023 (PRN2023) buat calon-calon yang bertanding di enam buah negeri mewakili parti politik masing-masing semakin terasa.
Tarikh 12 Ogos iaitu esok merupakan hari penting yang akan menentukan tampuk kepimpinan kerajaan seterusnya bagi mentadbir negeri-negeri melibatkan Selangor, Kelantan, Pulau Pinang, Terengganu, Kedah dan Negeri Sembilan.
Kesemua calon juga telah membentangkan pelbagai janji dalam manifesto mereka untuk meraih undian daripada masyarakat.
Amirudin Shari Mahu Beri Cuti Umum Pada Isnin Depan (14 Ogos) Jika Pakatan Harapan (PH) Menang Di Selangor
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amiruddin Shari, beliau menganggap PRN2023 kali ini merupakan suatu yang mustahak dalam menentukan hala tuju Kerajaan Negeri dan berharap pengundi melaksanakan tanggungjawab masing-masing.
Sementara itu, Amiruddin turut mengumumkan bahawa Gabungan Perpaduan yang terdiri daripada Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN) akan memberikan cuti selama satu hari pada Isnin (14 Ogos) sekiranya berjaya menang di Selangor.
Sekiranya menang pilihan raya pada 12 Ogos, Kerajaan Perpaduan Selangor akan mengisytiharkan cuti umum kepada seluruh rakyat Negeri Selangor pada hari Isnin, 14 Ogos 2023.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amiruddin Shari.

52 Manifesto Di Bawah ‘5 Tekad 5 Tahun’ Oleh PH Dan BN Untuk Rakyat Selangor
Amirudin memaklumkan Pasukan Perpaduan Selangor gabungan PH dan BN telah melancarkan Tawaran Kita Selangor: 5 Tekad untuk 5 Tahun pada 31 Julai lalu kepada rakyat negeri Selangor.
Antara Tawaran Kita Selangor: 5 Tekad untuk 5 Tahun adalah seperti berikut:
- Menawarkan 100,000 peluang pekerjaan bergaji tinggi kepada anak muda Selangor dengan menarik pelaburan tempatan serta luar negara.
- Menawarkan peluang latihan industri (internship) dengan bayaran RM1,500 sebulan bagi 2,000 anak muda Selangor.
- Menubuhkan ‘One Stop Center’ bagi menyelesaikan masalah melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam tempoh 24 jam.
- Mengurangkan kesesakan trafik di Selangor.
- Menawarkan Kediaman Kita Selangor berjumlah 200,00 unit dengan harga RM250,000 ke bawah.
- Mewujudkan Insentif Wanita Kita Selangor dengan jumlah RM1,000 setahun kepada wanita berkerja bagi mengurangkan kos pengasuhan kanak-kanak.
- Pemberian baucar buku Kita Selangor berjumlah RM200 kepada mahasiswa anak Selangor.
Artikel Berkaitan: “5 Tekad 5 Tahun” – PH & BN Umum 52 Tawaran Manifesto Untuk Rakyat Selangor
Sumber: Facebook Amirudin Shari
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.