Now Reading
PRN: 12 Ogos Hari Mengundi & 29 Julai Penamaan Calon

PRN: 12 Ogos Hari Mengundi & 29 Julai Penamaan Calon

Tarikh penamaan calon dan pengundian awal telah ditetapkan pada 29 Julai dan 8 Ogos depan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telahpun menetapkan tarikh 12 Ogos 2023 sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang melibatkan enam buah negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, dan Terengganu.

Tarikh penamaan calon dan pengundian awal juga ditetapkan pada 29 Julai dan 8 Ogos depan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh memberitahu bahawa seramai lebih 9.7 juta pengundi yang layak akan menjalankan tanggungjawab pada PRN di enam buah negeri berkenaan.


Kenapa Hanya Enam Daripada 14 Buah Negeri Seluruh Malaysia Yang Perlu Bubar DUN?

Mesti ada yang tertanya-tanya, kenapa kita perlu mengundi sebanyak dua kali? Bukan ke hari itu baru je mengundi?

Pada November lalu, anda mengundi untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Untuk tempoh akan datang, ia adalah Pilihan Raya Negeri (PRN) pula. PRN yang bakal tiba ini hanya melibatkan enam buah negeri sahaja.

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter (@HermyRahim), dia menjelaskan negeri-negeri lain seperti Johor dan Melaka sudah melaksanakan PRN sebelum PRU15 pada tahun lalu kerana ketidakstabilan politik.

Negeri seperti Perlis, Pahang dan Perak pula mengikut kerajaan pusat untuk membubarkan Parlimen dan DUN serentak.

Walau bagaimanapun, enam negeri lain tidak bersetuju untuk membubarkan DUN kerana bimbang jika berlakunya kejadian banjir.

Namun, tiada kejadian banjir besar yang berlaku dan mengakibatkan negeri-negeri tersebut perlu mengharungi dua kali pilihanraya besar.

BACA LANJUT: Kenapa Hanya 6 Negeri Perlu Bubar DUN & Jalani PRN Tahun Ini? Ini Penjelasannya


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd