Now Reading
Ini 4 Golongan Yang Tak Sesuai Buka Akaun Fleksibel KWSP

Ini 4 Golongan Yang Tak Sesuai Buka Akaun Fleksibel KWSP

Bagi mereka yang mempunyai tabiat suka membeli-belah, pemindahan wang ke dalam Akaun 3 dibimbangi boleh menyebabkan pengguna ingin berbelanja tanpa memikirkan masa hadapan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada 25 April lalu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan Akaun 3 kepada para pengguna yang mahu membuat pengeluaran simpanan.

Dengan adanya akaun ini yang juga disebut sebagai Akaun Fleksibel, ahli KWSP boleh mengeluarkan penyimpanan mereka pada bila-bila masa bermula 11 Mei ini.

Inisiatif Penstrukturan Semula Akaun ini dilakukan dengan tujuan untuk menambah baik keselamatan pendapatan persaraan dan juga memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.

Baca Artikel Berkaitan: KWSP Bakal Perkenal Akaun 3 Bagi Tujuan Pengeluaran Segera


Individu Yang Tidak Sesuai Untuk Miliki Akaun 3 KWSP

Memetik laporan Kosmo, kelonggaran yang diberikan untuk membolehkan pemindahan wang simpanan dalam akaun KWSP ini tidak sesuai dilakukan oleh beberapa golongan dengan sikap seperti berikut:

#1. Boros Berbelanja
Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Pexels)

Bagi mereka yang mempunyai tabiat suka berbelanja dan sukar untuk mengawal setiap pembelian, pemindahan wang ke dalam Akaun 3 dibimbangi boleh menyebabkan pengguna ingin berbelanja tanpa memikirkan masa hadapan.

Keadaan ini menjadi semakin merisaukan dengan adanya kemudahan untuk membeli-belah secara atas talian serta tawaran harga yang lebih murah jika dibeli secara online.

#2. Mementingkan Jenama
Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Pexels)

Mereka yang lebih mementingkan jenama mewah dalam kehidupan seharian seperti penggunaan kereta, pakaian, barangan peribadi dan sebagainya tidak sesuai untuk memiliki Akaun Fleksibel.

Ini kerana golongan sedemikian berpotensi menggunakan wang daripada akaun berkenaan dengan tujuan untuk memuaskan keinginan meskipun mempunyai jumlah pendapatan hanya mencukupi bagi menjalani kehidupan.

#3. Suka Berhutang
Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Pexels)

Seseorang yang mempunyai tabiat suka berhutang dipercayai kurang sesuai untuk menggunakan akaun 3 KWSP ini kerana berkemungkinan memiliki hutang-hutang lain seperti kad kredit dan juga pinjaman peribadi dengan pihak bank.

Ditambah pula dengan adanya pilihan untuk ‘beli dahulu, bayar kemudian’ di beberapa platform atas talian menjadikan hutang individu semakin bertambah.

#4. Berbelanja Tanpa Mengikut Keperluan
Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Pexels)

Selain itu, mereka yang tidak mengamalkan sikap membuat senarai perbelanjaan bulanan berpotensi untuk berbelanja sesuka hati meskipun tidak mnegikut jumlah pendapatan.

Keadaan ini juga mengakibatkan seseorang itu tidak mempunyai simpanan kewangan untuk digunakan ketika waktu kecemasan.


Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Akaun 3 KWSP

Bagi anda yang masih tertanya-tanya tentang apa itu Akaun 3, jom kami ringkaskan supaya lebih mudah untuk difahami.

Penstrukturan Semula Akaun KWSP

Berikut adalah penstrukturan semula akaun melibatkan ahli KWSP:

  • Akaun Persaraan (Akaun 1) : 75%
    • Fungsi: Mengumpul simpanan sebagai pendapatan sewaktu persaraan
  • Akaun Sejahtera (Akaun 2): 15%
    • Fungsi: Menangani keperluan kitaran hayat yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan.
  • Akaun Fleksibel (Akaun 3): 10%
    • Fungsi: Menyediakan fleksibiliti untuk keperluan kewangan jangka pendek.

Semasa pelaksanaan Penstukturan Semula Akaun KWSP, baki semasa Akaun 1 dan Akaun 2 akan kekal di dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera manakala Akaun Fleksibel akan bermula dari RM0.

Sumber: MalayMail

Selepas tarikh pelaksanaan, ahli mempunyai pilihan untuk memindahkan sebahagian daripada baki simpanan dalam Akaun Sejahtera sebagai amaun permulaan ke dalam Akaun Fleksibel.

Namun penstrukturan ini hanya melibatkan ahli KWSP berumur bawah 55 tahun sahaja.

Di Mana Boleh Melakukan Perkara Ini?

Bagi anda yang mahu melakukan pemindahan ke dalam akaun ketiga ini, ia boleh dilakukan menggunakan dua platform iaitu:

  • KWSP i-Akaun.
  • Self Service Terminal (SST) di mana-mana pejabat KWSP.

Pilihan ini hanya boleh dibuat sekali sahaja pada bila-bila masa sepanjang tempoh tersebut dan tidak boleh dibatalkan.

Bila Anda Boleh Memilih Pindahan Amaun Permulaan?
  • 12 Mei sehingga 31 Ogos 2024.

Semoga perkongsian ini boleh membantu anda untuk memahami tentang kewujudan Akaun 3 KWSP.

Baca Artikel Berkaitan: Ini Apa Yang Anda Perlu Ambil Tahu Tentang Akaun 3 KWSP Yang Bakal Bermula 11 Mei


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd