Now Reading
Ini Cara-cara Untuk Pindahkan Wang Simpanan KWSP Ke Akaun Fleksibel & Tips Untuk ‘Withdraw’

Ini Cara-cara Untuk Pindahkan Wang Simpanan KWSP Ke Akaun Fleksibel & Tips Untuk ‘Withdraw’

Pemindahan wang simpanan ke dalam Akaun 3 boleh dilakukan bermula semalam (12 Mei) hingga 31 Ogos 2024.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat anda yang tidak tahu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada 25 April lalu telah memperkenalkan Akaun 3 kepada para pengguna yang mahu membuat pengeluaran simpanan.

Fungsi utama Akaun 3 itu adalah untuk menyediakan fleksibiliti bagi keperluan kewangan pengguna dalam jangka masa pendek.

Pemindahan duit ke dalam Akaun 3 ini boleh dilakukan menerusi dua platform iaitu KWSP i-Akaun dan Self Service Terminal (SST) di mana-mana pejabat KWSP bermula semalam (12 Mei) sehingga 31 Ogos 2024.

Baca Artikel Berkaitan: KWSP Bakal Perkenal Akaun 3 Bagi Tujuan Pengeluaran Segera


Cara-cara Pindahkan Simpanan Ke Akaun 3 KWSP

Baru-baru ini, seorang lelaki dikenali sebagai Imran Wafi menerusi akaun TikTok (@imrnwfi), telah berkongsi langkah-langkah bagi memindahkan wang simpanan KWSP ke Akaun 3. Berikut adalah cara-caranya:

#1. Log Masuk Ke Aplikasi Atau Laman Web i-Akaun

Yang pertama sekali adalah log masuk ke aplikasi atau laman web i-Akaun. Kemudian, tekan butang ‘Ketahui Lanjut’.

Sumber: TikTok (@imrnwfi)
#2. Pilihan Pindahan Wang Ke Akaun 3

Selepas klik ‘Ketahui Lanjut’, pilihan pindahan amaun permulaan akan tertera di skrin anda.

Sekiranya baki dalam Akaun 2 (Akaun Sejahtera) anda melebihi RM3,000, 10 bahagian daripada akaun dipindahkan ke Akaun 3 manakala 5 bahagian akan masuk ke Akaun 1 (Akaun Persaraan).

Namun jika baki kurang dari RM3,000, maksimum sebanyak RM1,000 akan dipindahkan ke Akaun 3.

Sumber: KWSP
#3. Klik ‘Pindah Sekarang’

Selepas pilihan pindahan amaun selesai, anda harus klik butang ‘Pindah Sekarang’ yang berada di bahagian bawah skrin. Anda akan melihat beberapa nota peringatan penting buat setiap pengguna yang ingin memindahkan simpanan ke Akaun 3.

Antaranya adalah pemindahan wang ke Akaun Fleksibel itu boleh dilakukan sekali sahaja dan proses pindahan akan mengambil masa 3-5 hari.

Sumber: TikTok (@imrnwfi)
#4. Semak Amaun Sebelum & Selepas Pindahan

Anda juga boleh menyemak simpanan sebelum dan selepas pemindahan amaun ke Akaun 3 diluluskan. Jika anda bersetuju dan berpuas hati dengan jumlah berkenaan, pengguna boleh menekan butang ‘Teruskan’ kemudian butang ‘Terima’.

Sejurus semua langkah tersebut dilakukan, anda hanya perlu menunggu wang simpanan dimasukkan ke Akaun 3.

Sumber: TikTok (@imrnwfi)
@imrnwfi Cara Pindahkan Duit KWSP ke Akaun 3 #akaunfleksibel #akaun3kwsp #iakaun ♬ Bronze – Chris Alan Lee

Langkah-langkah Keluarkan Duit Dari Akaun 3

Imran menerusi perkongsian seterusnya turut berkongsi cara-cara keluarkan duit KWSP daripada Akaun 3 yang telah dipindahkan.

Berikut adalah langkah-langkahnya:

  1. Log masuk ke i-Akaun dan tekan menu ‘Pengeluaran’.
  2. Tekan ‘Mohon Pengeluaran’ dan klik Akaun Fleksibel.
  3. Tekan butang ‘Keluarkan Simpanan’ dan masukkan jumlah yang ingin anda keluarkan.
  4. Tekan Butang ‘Tambah Bank’ dan melengkapkan butiran maklumat mengenai bank anda (jenis bank dan nombor akaun).
  5. Akhir sekali semak semua maklumat dan tekan butang ‘Terima’ untuk sahkan pengeluaran.

Untuk info, wang akan masuk ke dalam bank pilihan anda selepas 7 hari waktu bekerja.

@imrnwfi Cara Keluarkan Duit Akaun 3 KWSP #akaunfleksibel #akaun3kwsp #kwsp #iakaun ♬ Asian style warm tropical house – Future Oriented Triad

Baca Artikel Berkaitan: Ini 4 Golongan Yang Tak Sesuai Buka Akaun Fleksibel KWSP


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd