Now Reading
Kenapa Hanya 6 Negeri Perlu Bubar DUN & Jalani PRN Tahun Ini? Ini Penjelasannya

Kenapa Hanya 6 Negeri Perlu Bubar DUN & Jalani PRN Tahun Ini? Ini Penjelasannya

Enam buah negeri yang akan terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 adalah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Terengganu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Enam buah negeri di Malaysia telah mencapai kata sepakat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) selewat-lewatnya hujung Jun ini. Selepas pembubaran DUN, pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh tersebut.

Negeri-negeri berkenaan adalah:

  • Selangor (23 Jun)
  • Negeri Sembilan (30 Jun)
  • Pulau Pinang (28 Jun)
  • Kelantan (22 Jun)
  • Kedah
  • Terengganu

Sehingga kini, Kedah dan Terengganu masih belum menetapkan tarikh rasmi untuk membubarkan DUN negeri mereka.


Kenapa Hanya Enam Daripada 14 Buah Negeri Seluruh Malaysia Yang Perlu Bubar DUN?

Mesti ada yang tertanya-tanya, kenapa kita perlu mengundi sebanyak dua kali? Bukan ke hari itu baru je mengundi?

Pada November lalu, anda mengundi untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Untuk tempoh akan datang, ia adalah Pilihan Raya Negeri (PRN) pula. PRN yang bakal tiba ini hanya melibatkan enam buah negeri sahaja.

Sumber: MalayMail

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter (@HermyRahim), dia menjelaskan negeri-negeri lain seperti Johor dan Melaka sudah melaksanakan PRN sebelum PRU15 pada tahun lalu kerana ketidakstabilan politik.

Negeri seperti Perlis, Pahang dan Perak pula mengikut kerajaan pusat untuk membubarkan Parlimen dan DUN serentak.

Walau bagaimanapun, enam negeri lain tidak bersetuju untuk membubarkan DUN kerana bimbang jika berlakunya kejadian banjir.

Namun, tiada kejadian banjir besar yang berlaku dan mengakibatkan negeri-negeri tersebut perlu mengharungi dua kali pilihanraya besar.


Penting Ke PRN Ini?

Pengundian di peringkat Negeri atau DUN ini amat penting kerana dari situlah ia akan menentukan pemimpin yang memerintah sesebuah negeri.

Pengundian di peringkat DUN ini tidak akan mengganggu Kerajaan pusat. Jadi, jangan pula anda berfikir proses pengundian kali ini boleh mengubah kerajaan pemerintah bahagian pusat.

Contoh, kau nak kekal Amirudin di Selangor. Pergi lah mengundi PH atau BN kenapa BN untuk Amir? Sebab mereka dah bersama di peringkat kerajaan pusat dan kerajaan Negeri. Berkongsi kuasa untuk rakyat. Contoh kau suka Sanusi di Kedah, balik lah undi PN pas atau bersatu ni parti terbesar mereka.

Pengguna Twitter, Hermy Rahim.

Kepada penduduk di enam buah negeri terlibat, jangan lupa untuk jalankan tanggungjawab anda ya!


Permohonan Undi Pos Untuk Pengundi Dalam Dan Luar Negara Bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) di laman Facebook mereka, permohonan untuk undi pos bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan dibuka pada 15 Jun 2023 (Khamis).

Permohonan undi pos tersebut akan dibuka kepada beberapa kategori seperti:

  • Kategori 1A
    • Petugas Pilihan Raya.
    • Anggota atau pegawai SPR.
    • Petugas Media.
  • Kategori 1B
    • Warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara.
  • Kategori 1C
    • Agensi atau organisasi.

Permohonan undi pos berkenaan boleh dilakukan secara atas talian dengan klik [DI SINI].

Bagi anggota polis atau tentera di bawah Kategori 1A, kaedah permohonan undi pos masih dikekalkan secara manual iaitu perlu memuat naik Borang 1A di portal SPR mulai 15 Jun.

BACA JUGA: Permohonan Undi Pos Untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 Akan Mula Dibuka 15 Jun Ini

BACA JUGA: Jangan Upload Gambar Kertas Undi Di Media Sosial!

BACA JUGA: PRU15: Pertama Kali Mengundi? Ikuti Panduan Dari Kami


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd