Now Reading
Jangan Upload Gambar Kertas Undi Di Media Sosial!

Jangan Upload Gambar Kertas Undi Di Media Sosial!

Sebelum korang upload gambar kertas undi pada PRU15 nanti, baca dulu artikel ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum bahawa penggunaan media sosial secara meluas dalam kalangan generasi muda telah menjadikannya sebahagian daripada kehidupan kita.

Penyiaran tentang pilihan raya juga agak penting kerana 21.1 juta (agak ramai sebenarnya) rakyat Malaysia yang layak mengundi tahun ini setelah lima tahun.

Lepas mengundi, tanda dakwat pada jari kita perlu dimuat naik di media sosial untuk menggunakan hashtag #donecontribute atau #doneundi. Kan? 👀

Walau bagaimanapun, tanda dakwat pada jari serta kertas undi adalah dua perkara yang berbeza ya. Satu boleh dimuat naik di media sosial, satu lagi tak boleh.

Sumber: MalayMail.

Persoalannya, adakah kita dibenarkan untuk memuat naik gambar kertas kecil berkenaan di media sosial?

Jawapan Mudahnya; TIDAK BOLEH.

Seperti yang dilaporkan oleh The New Straits Times pada 2018 (kali terakhir Pilihan Raya Umum diadakan), Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini iaitu Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata bahawa pengundi berdaftar, terutamanya pengundi pos (mereka boleh mengundi awal melalui pos) diberi amaran supaya tidak mengambil gambar kertas undi, borang atau dokumen lain berkaitan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan dikongsi di media sosial.

BACA JUGA: PRU15: Cara Mohon Undi Pos

Larangan ini demi menjaga kepentingan awam dan terpakai kepada semua pengundi.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini iaitu Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.

Beliau seterusnya menyatakan bahawa ia adalah untuk memastikan ketelusan dan melindungi kerahsiaan undi. Di bawah Seksyen 3 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5), pesalah jika disabit kesalahan, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau didenda tidak melebihi RM5,000, atau kedua-duanya sekali.

Tambahan pula, mengambil gambar undi anda adalah sama seperti membawa kertas undi ke luar dewan pilihan raya dan individu terlibat boleh didakwa di bawah undang-undang pilihan raya, menurut Borneo Post.


Telefon Masih Dibenarkan Dibawa Masuk Ke Dalam Dewan Mengundi

Walaupun peraturan menyatakan demikian, sesetengah orang didakwa masih mempunyai cara tersendiri untuk mengambil gambar kertas undi mereka. Jadi bagaimana pula jika anda berjaya mengambil gambar kertas berkenaan?

Untuk rekod, ia sebenarnya boleh membawa kepada perbuatan rasuah.

Seperti yang dijelaskan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, pengundi boleh menggunakan telefon mereka untuk menunjukkan bahawa mereka telah mengundi parti tertentu sebagai balasan wang daripada parti tersebut.

Menurut laporan MalayMail, pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) itu melahirkan kebimbangan terhadap kelemahan yang wujud pada SPR ketika ini.

Beliau turut mengutarakan persoalan sama ada SPR boleh mengharamkan amalan membawa bersama telefon bimbit untuk pengundi semasa berada di dalam bilik mengundi.

Contoh kertas mengundi.
(Sumber: MalayMail)

Ia boleh mengancam kerahsiaan pengundi dan seterusnya boleh menyebabkan maklumat digunakan sebagai bentuk rasuah. Beliau dalam masa yang sama menyatakan bahawa terdapat banyak kelemahan lain dalam sistem itu – yang tidak dinamakan – dan kelemahan itu harus ditangani oleh pihak SPR sebelum pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Jadi pada asasnya, anda boleh mengambil gambar untuk membuktikan bahawa anda telah mengundi (dakwat jari) tetapi anda tidak boleh mengambil gambar kertas undi anda.

Malah, anda juga dibenarkan untuk membawa masuk telefon tetapi tidak boleh menggunakannya untuk mengambil foto dan video tentang apa jua yang berlaku di dalam dewan mengundi – TERMASUK kertas undi anda (melainkan anda ingin merancang ‘percutian’ ke penjara selama dua tahun).

Fikir baik-baik sebelum membuat sesuatu, OK?!

BACA JUGA: PRU15: Bakal Mengundi Pada 19 Nov Nanti? Kami Sediakan 5 ‘Checklist’ Penting Ini Untuk Anda

BACA JUGA: PRU15: Pertama Kali Mengundi? Ikuti Panduan Dari Kami

BACA JUGA: Nak Beli Tiket Flight Balik Mengundi PRU15? Ini 5 Tips Untuk Anda


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd