Now Reading
Permohonan Undi Pos Untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 Akan Mula Dibuka 15 Jun Ini

Permohonan Undi Pos Untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 Akan Mula Dibuka 15 Jun Ini

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaklumkan permohonan undi pos akan dibuka mulai 15 Jun 2023 kepada tiga kategori pemohon.

PRN 6 Negeri_ Permohonan Undi Pos Dibuka 15 Jun Ini

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Menerusi mesyuarat antara Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri-negeri pada Februari lalu, enam buah negeri telah mencapai kata sepakat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada bulan Jun.

Negeri-negeri berkenaan adalah:

  • Selangor
  • Negeri Sembilan
  • Pulau Pinang
  • Kelantan
  • Kedah
  • Terengganu

Selepas pembubaran DUN, pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh tersebut.

Pulau Pinang telah mencapai kata sepakat untuk membubarkan DUN pada 28 Jun ini manakala Negeri Sembilan pula akan melakukan perkara sama pada 30 Jun.


Permohonan Undi Pos Untuk Pengundi Dalam Dan Luar Negara Bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) di laman Facebook mereka, permohonan untuk undi pos bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan dibuka pada 15 Jun 2023 (Khamis).

Permohonan undi pos tersebut akan dibuka kepada beberapa kategori seperti:

  • Kategori 1A
    • Petugas Pilihan Raya.
    • Anggota atau pegawai SPR.
    • Petugas Media.
  • Kategori 1B
    • Warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara.
  • Kategori 1C
    • Agensi atau organisasi.

Permohonan undi pos berkenaan boleh dilakukan secara atas talian dengan klik [DI SINI].

Sumber: MalayMail

Bagi anggota polis atau tentera di bawah Kategori 1A, kaedah permohonan undi pos masih dikekalkan secara manual iaitu perlu memuat naik Borang 1A di portal SPR mulai 15 Jun.

Borang tersebut kemudiannya perlu diserahkan kepada Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya selepas mendapat perakuan oleh Ketua Jabatan masing-masing.

Selain itu, pemilih yang layak dan berhasrat untuk mengundi secara pos juga perlulah mempunyai akaun MySPR sebelum membuat permohonan undi pos.


Tarikh Tutup Permohonan Undi Pos

Kesemua pemohon perlu mengambil maklum bahawa tarikh tutup permohonan undi pos adalah berbeza bagi sesetengah kategori seperti berikut:

  • Kategori 1A: 3 hari sebelum Hari Penamaan Calon.
  • Kategori 1B: 3 hari selepas Mesyuarat Khas.
  • Kategori 1C: 6 hari selepas Mesyuarat Khas.

Walau bagaimanapun, tarikh Mesyuarat Khas Urusan PRU DUN Ke-15 bagi penetapan tarikh-tarikh penting termasuklah penutupan permohonan undi pos dalam serta luar negara akan diumumkan kelak.

Sumber: MalayMail

Bagi penghantaran kertas undi pos kepada Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara, SPR menyeru kesemua daripada mereka untuk menghubungi SPR bagi menyemak alamat luar negara yang disimpan di dalam rekod.

Mereka juga perlu mengemas kini alamat sekiranya telah berpindah atau sudah kembali ke Malaysia.

Datuk Indera Ikmalrudin Ishak, Setiauasaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.

Untuk sebarang pertanyaan melibatkan PTH Luar Negara, mereka boleh menghubungi talian 03-8892 7218 atau e-mel ke pthluarnegara@spr.gov.my selewat-lewatnya 23 Jun ini.

Segala pertanyaan atau keterangan lanjut berkaitan PRN, anda boleh menghubungi talian 03-8892 7218 atau 03-8892 7200.

BACA JUGA: PRU15: Cara Mohon Undi Pos

BACA JUGA: PRU15: Pertama Kali Mengundi? Ikuti Panduan Dari Kami

BACA JUGA: Jangan Upload Gambar Kertas Undi Di Media Sosial!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd