Now Reading
KTM Tawar Perjalanan Percuma Buat Pelajar Sekolah & OKU, Ini Cara Untuk Mohon Pas MyRailLife

KTM Tawar Perjalanan Percuma Buat Pelajar Sekolah & OKU, Ini Cara Untuk Mohon Pas MyRailLife

Dengan adanya pas perjalanan MyRailLife ini, golongan OKU dan pelajar sekolah dapat menggunakan perkhidmatan KTM secara percuma dan tanpa had.

OKU & Pelajar Sekolah Boleh Naik KTM Percuma Dengan Pas MyRailLife

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Selain Program Menu Rahmah, terdapat pelbagai inisiatif yang dilakukan oleh pihak kerajaan dalam usaha untuk mengurangkan kos sara hidup dalam kalangan rakyat.

BACA JUGA: PLUS Bakal Perkenal Menu Rahmah Di Setiap Hentian R&R Tidak Lama Lagi

Baru-baru ini, satu lagi inisiatif diwujudkan oleh kerajaan menerusi Kementerian Pengangkutan iaitu melibatkan perkhidmatan pengangkutan awam.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook (KTM Berhad), Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook hari ini mengumumkan satu inisiatif baharu yang dikenali sebagai MyRailLife.

Inisiatif ini diberikan kepada pelajar Sekolah Tahun 1 hingga Tingkatan 6 serta Orang Kurang Upaya (OKU) bagi perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU) dan KTM Komuter Sektor Lembah Klang dan Utara.

OKU-Pelajar-Sekolah-Boleh-Naik-KTM-Percuma-Dengan-Pas-MyRailLife-2
Sumber: Facebook KTM Berhad

Inisiatif ini diwujudkan bertujuan untuk membantu meringankan beban kos perbelanjaan pengangkutan awam yang perlu ditanggung oleh ibu bapa.

Dengan adanya pas perjalanan MyRailLife ini, golongan OKU dan pelajar sekolah dapat menggunakan perkhidmatan ini secara percuma dan tanpa had.

MyRailLife yang melibatkan kos RM4 juta setahun telah mula berkuat kuasa semalam (15 Februari) dan mencatatkan 320 pendaftaran di seluruh negara pada hari pertama.

Bagaimana Mahu Memohon Pas MyRailLife?

Pengguna yang layak perlu mendaftar dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi mendapatkan nombor Passenger Name Record (PNR) terlebih dahulu.

OKU-Pelajar-Sekolah-Boleh-Naik-KTM-Percuma-Dengan-Pas-MyRailLife-2
Sumber: Facebook KTM Berhad

Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian menerusi aplikasi KITS (KTMB Mobile) atau di laman web KTM. Selain itu, pengguna juga perlu mengemukakan beberapa dokumen berkaitan ketika membuat pendaftaran.

  • Permohonan bagi pelajar Tahun Satu sehingga Tingkatan Lima
    • Salinan asal Mykad/Mykid/sijil lahir
  • Permohonan bagi pelajar Tingkatan Enam
    • Salinan asal Mykad/Mykid/sijil lahir
    • Borang pengesahan pelajar dari sekolah
  • Permohonan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU)
    • Salinan asal Mykad/Mykid/sijil lahir
    • Salinan asal kad pendaftaran OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd