Now Reading
PLUS Bakal Perkenal Menu Rahmah Di Setiap Hentian R&R Tidak Lama Lagi

PLUS Bakal Perkenal Menu Rahmah Di Setiap Hentian R&R Tidak Lama Lagi

Pelaksanaan Menu Rahmah di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) akan dilakukan dalam masa terdekat bagi memanfaatkan pengguna lebuhraya.

Menu Rahmah Bakal Diperluas Ke R&R PLUS

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sebelum ini telah melancarkan satu program iaitu Menu Rahmah.

Menu Rahmah yang diperkenalkan oleh KPDN merupakan hidangan yang ditawarkan pada harga maksimum RM5 dan diwujudkan bagi membantu golongan B40 untuk membeli makanan di restoran dengan harga berpatutan.

Mengikut perancangan KPDN, Menu Rahmah ini akan merangkumi hidangan nasi, lauk ayam atau ikan dan sayuran.

Tinjauan team TRP di sebuah kedai makan mamak mendapati Menu Rahmah mendapat sambutan daripada masyarakat dan ramai yang mengatakan bahawa hidangan ini sangat berbaloi.

BACA JUGA: “Hidangan Yang Lengkap” – Pelanggan Sifatkan Menu Rahmah Berbaloi

Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)

Pihak PLUS Setuju Untuk Perkenalkan Menu Rahmah Di Hentian R&R

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam satu kenyataannya di laman Facebook (Alexander Nanta Linggi) memaklumkan bahawa Menu Rahmah yang menawarkan hidangan berharga RM5 juga akan diperkenalkan di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Cadangan tersebut yang akan dilakukan dalam masa terdekat ini merupakan tanda sokongan kepada program Menu Rahmah yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.

Hasil perbincangan mendapati PLUS bersetuju dengan cadangan tersebut dan pihak mereka juga telah mengadakan perbincangan dengan pengusaha gerai makan di R&R PLUS.

PLUS secara amnya telah bersetuju dengan cadangan itu dan menurut Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad Datuk Zakaria Ahmad Zabidi, pihak PLUS telah mengadakan perbincangan dengan pengendali gerai makanan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) lebuhraya PLUS berkenaan perkara ini.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Dalam pada itu, pihak PLUS juga akan menyediakan perancangan yang lebih rapi bagi melaksanakan Program Menu Rahmah ini di R&R PLUS.

Beliau turut berterima kepada pihak PLUS di atas kerjasama yang baik dalam menyokong Menu Rahmah ini dilaksanakan di hentian R&R bagi memanfaatkan pengguna lebuhraya.

Antara Restoran Dan Kedai Makan Sekitar Malaysia Yang Menawarkan Menu Rahmah

Ketika majlis pelancaran Program Menu Rahmah oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub, beliau memaklumkan lebih 15,000 buah restoran telah terlibat dalam inisiatif ini.

Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)
Sumber: MalayMail

Antara lokasi kedai makan sekitar Malaysia yang menawarkan Menu Rahmah adalah:

BACA JUGA: 15,000 Restoran Tawar Menu Rahmah RM5 Demi Bantu Golongan B40


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd