Now Reading
Subsidi Sebiji Telur Naik Kepada 10 Sen – Annuar Musa

Subsidi Sebiji Telur Naik Kepada 10 Sen – Annuar Musa

Kenaikan subsidi sebiji telur kepada 10 sen diharapkan dapat menggalakkan lagi penternak memperbanyakkan bekalan mereka.

Farahin Fadzil

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Subsidi untuk sebiji telur ayam telah dinaikkan kepada 10 sen berkuat kuasa serta-merta, kata Pengerusi Pasukan Petugas Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa.

Memetik laporan Free Malaysia Today, kenaikan subsidi itu akan melibatkan lebih RM20 juta dalam perbelanjaan kerajaan dan ia dijangka memanfaatkan 338 ternakan ayam di Malaysia.

Sebelum ini, subsidi telur ditetapkan pada kadar lapan sen sebiji.

Kenaikan dua sen itu dikenakan kepada semua telur ayam Gred A, B dan C dalam usaha mengekalkan harga kawalan runcit telur dan mengawal kekurangan bekalan telur.

BACA JUGA: Malaysia Tak Mampu Import Telur Ayam, Menteri Cadang Subsidi RM20 Juta Sebulan

Sumber: Malay Mail

Purata kos pengeluaran sebiji telur berharga 51 sen manakala harga siling pula ditetapkan pada 41 sen.

Apabila subsidi dinaikkan daripada tiga sen kepada lapan sen setiap telur pada bulan lepas, masih terdapat jurang sebanyak dua sen untuk pengeluar.

Ini tidak menggalakkan pengeluar menghasilkan telur Gred A, B dan C yang mencukupi dan ini menyebabkan kebanyakan mereka memilih untuk menyembelih ayam yang masih belum matang.

Annuar berkata penyembelihan ayam yang belum matang akan menjejaskan bekalan telur dan mengakibatkan kekurangan kira-kira 100,000 telur sebulan.

Kenaikan subsidi diharap dapat menggalakkan penternak telur menambah bekalan mereka.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd