Now Reading
Rusia Umum Malaysia Antara 5 Negara Perjalanan Bebas Visa

Rusia Umum Malaysia Antara 5 Negara Perjalanan Bebas Visa

Menteri Pembangunan Ekonomi Rusia berkata cadangan untuk menjadikan Malaysia sebagai salah satu destinasi perjalanan tanpa visa adalah kerana jumlah trafik pelancong yang meningkat.

visa bebas malaysia

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Malaysia merupakan salah satu tempat pelancongan yang terkenal di mata dunia kerana keunikannya yang terdiri daripada pelbagai budaya, iklim hutan hujan tropika dan pulau-pulau yang indah.

Kalau dilihat, jumlah pelancong asing yang datang ke Malaysia telahpun bertambah sejak pintu sempadan dibuka pada tahun lepas sejak pandemik Covid-19 surut.

Berita baik buat pelancong antarabangsa dari Rusia yang ingin bercuti ke Malaysia, kerajaan negara tersebut telah mencadangkan perjalanan bebas tanpa visa!


Rusia Jadikan Malaysia Destinasi Perjalanan Bebas Visa

Baru-baru ini, Rusia telah mengutarakan rancangan menjadikan Malaysia sebagai salah satu destinasi untuk perjalanan tanpa visa.

Menurut Menteri Pembangunan Ekonomi Rusia Maxim Reshetnikov pada hari Isnin (11 September), negara lain yang turut dicadangkan adalah termasuk Kuwait, Oman, Bahrain, dan Arab Saudi.

“Kami sedang berusaha ke arah mewujudkan kerajaan bebas visa dengan negara-negara Asia Barat dan Asia Selatan. Kami telah mencadangkan pemansuhan sepenuhnya visa ke Kuwait, Oman, Bahrain, Arab Saudi dan Malaysia,” kata beliau lagi dalam satu panel di Forum Ekonomi Timur (EEF) di bandar Pasifik Rusia, Vladivostok.

Dalam pada itu, Reshetnikov turut menekankan bahawa cadangan ini dikemukakan atas faktor jumlah trafik pelancong yang menunjukkan pola peningkatan yang baik.

Untuk pengetahuan umum, EEF ke-8 kini sedang berlangsung bermula dari 10 hingga 13 September 2023 di kampus Universiti Persekutuan Timur Jauh.


5 Tempat Yang Perlu Dikunjungi Sekitar Malaysia

Sebenarnya terdapat banyak tempat di Malaysia ini yang unik dan menyeronokkan. Sudah pasti ada juga warga tempatan yang tidak sempat untuk meneroka seluruh kawasan ini kerana pilihan pelancongan yang tidak terkira.

Di bawah kami kongsikan beberapa destinasi menarik yang anda boleh lawati ketika berkelapangan. Antaranya:

1. Pulau Sipadan, Sabah

Pulau Sipadan, Sabah menyaksikan keindahan alam semula jadi yang menawan dengan air laut biru yang jernih.

Di sana, anda juga berpeluang untuk selam skuba untuk melihat pelbagai hidupan marin yang jarang ditemui depan mata seperti penyu dan batu karang yang unik.

Sumber: Sabah Travel Guide/Amazing Borneo Tours

2. Taman Negara Gunung Mulu, Sarawak

Kalau anda nak tahu, Taman Negara Gunung Mulu mempunyai antara ruang tanah terbesar di dunia. Tempat ini paling sesuai bagi mereka yang sukakan cabaran dan suka mendaki.

Kawasan ini mempunyai keluasan lebih 544 kilometer persegi dan dikelilingi oleh beberapa gunung iaitu Gunung Mulu, Gunung Api dan Gunung Benarat.

Sumber: Berita Harian/Putra International Centre

3. Gua Wang Burma, Perlis

Ini adalah salah satu tempat menarik di Perlis yang paling popular untuk mereka yang suka meneroka gua.

Gua ini terbahagi kepada dua laluan iaitu Wang Burma Satu dan Wang Burma Dua.

Laluan satu tidak begitu mencabar dengan latar belakang yang indah manakala laluan dua mempunyai lorong sempit dan terowong berlumpur.

Sumber: Flickr

4. Tokong Kek Lok Si, Pulau Pinang

Tokong Kek Lok Si adalah satu tokong Buddha yang terbesar dan terkenal di Malaysia, Ia merupakan pusat kehajian utama bagi banyak penganut agama Buddha di Asia Tenggara.

Dalam pada itu, tokong ini mempamirkan tanglung cantik yang menerangi bangunan tersebut.

Sumber: Heritage Sixteen

5. Muzium Warisan Baba Nyonya, Melaka

Muzium ini adalah sebuah bangunan tiga teres yang menyaksikan budaya Peranakan Cina atau lebih mesra dikenali sebagai Baba Nyonya. 

Selain dapat melawat tempat bersejarah, anda juga dapat memahami salasilah budaya Peranakan ini dan melihat ukiran unik serta tradisional yang memukau.

Sumber: UIC/Trip Karte Asia

Baca Artikel Berkaitan: Permohonan Visa Pelajar Malaysia Pada 2022 Naik Ke Tahap Sebelum Pandemik

Baca Artikel Berkaitan: YouTuber Jepun Terharu Terima Visa Jangka Panjang Dari MDEC, Janji Akan Buat Konten ‘Promote’ Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: Langkawi Diiktiraf Sebagai Pulau Percutian Terbaik Di Malaysia

Sumber: Astro Awani | Trixoli


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd