Now Reading
Permohonan Visa Pelajar Malaysia Pada 2022 Naik Ke Tahap Sebelum Pandemik

Permohonan Visa Pelajar Malaysia Pada 2022 Naik Ke Tahap Sebelum Pandemik

Permohonan dalam tahun 2022 adalah 38% lebih tinggi daripada 2021 dengan pembukaan sempadan antarabangsa dan penarikan balik protokol Covid-19.

visa pelajar malaysia

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Permohonan visa pelajar dari Malaysia bagi tahun 2022 telah kembali ke tahap sebelum pandemik dan menunjukkan bahawa pergerakan di peringkat antarabangsa sudah beransur pulih.

Menurut VFS Global iaitu pakar terbesar dunia dalam bidang perkhidmatan visa penyumberluaran dan teknologi untuk kerajaan dan misi diplomatik, permohonan visa pelajar bagi tahun 2022 adalah 4% lebih tinggi daripada jumlah bagi tahun 2019.

Permohonan adalah 38% lebih tinggi berbanding 2021, memandangkan kebanyakan sempadan antarabangsa ditutup kerana sekatan perjalanan akibat pandemik dan kampus universiti antarabangsa dikendalikan secara hibrid pada tahun tersebut.

Pemohon di kalangan pelajar merupakan kategori utama bagi VFS Global di Malaysia dan peningkatan permohonan menandakan keadaan kian pulih ke tahap sebelum pandemik dan momentum dalam pergerakan keluar di kalangan pelajar-pelajar negara ini. Oleh kerana lebih 75% daripada permohonan visa pelajar adalah untuk ke United Kingdom, kami masih meneruskan kerjasama erat dengan UK Visas and Immigration (UKVI) untuk memastikan urusan yang lancar dalam musim puncak yang akan datang. Memandangkan adanya permintaan terpendam yang tinggi, kami menyeru para pelajar supaya membuat permohonan untuk mendapatkan visa mereka seawal mungkin untuk mengelakkan kesesakan pada saat-saat akhir.

Kaushik Ghosh, Ketua – Australasia, VFS Global.

Jumlah Visa Untuk Tahun 2022 Naik Sebanyak 3,000

Lebih daripada 7,220 rakyat Malaysia diberikan visa pelajar untuk menyambung pelajaran di UK dalam tahun 2022 di mana ia merupakan jumlah hampir sama dengan jumlah sebelum pandemik pada tahun 2019.

Jumlah visa yang dikeluarkan bagi kategori ini pada tahun 2022 meningkat sebanyak 3,000 dan 500 berbanding tahun 2020 dan 2021, iaitu semasa sekatan perjalanan berkuat kuasa.

Sumber: EduReviews

Kami gembira kerana UK masih terus menjadi pilihan bagi ramai pelajar Malaysia sebagai destinasi untuk menyambung pengajian mereka. Walaupun beberapa tahun yang lalu merupakan satu tempoh yang begitu mencabar, permintaan kekal tinggi, dan kami berbesar hati kerana dapat bersama-sama dengan VFS dan rakan FCDO untuk membantu memudahkan urusan begitu banyak permohonan visa dalam segmen pasaran yang penting yang kini hampir kembali ke tahap sebelum pandemik. Bagi mereka yang merancang untuk ke luar negara pada musim panas ini, kami menyeru supaya anda membuat permohonan visa secepat mungkin. Sesiapa yang memohon visa pelajar boleh membuat permohonan enam bulan sebelum bermulanya kursus mereka, oleh itu pastikan anda menghantar permohonan sebaik sahaja anda menyediakan semua dokumen sokongan.

Charlotte Day, Ketua bagi UKVI International Network.

VFS Global dan UKVI dalam masa yang sama turut menyediakan langkah-langkah tertentu untuk memudahkan urusan dalam musim puncak perjalanan pelajar.

Menjelang musim puncak, VFS Global membuka Pusat Permohonan Premium di sekitar kampus-kampus universiti dan Lokasi Pendaftaran Sementara di Malaysia Timur supaya lebih mudah bagi para pelajar untuk mendapatkan perkhidmatannya.

Waktu operasi pusat permohonan visa juga akan dilanjutkan untuk menerima permohonan serta pengambilan pasport. Destinasi utama yang sering menjadi pilihan utama pelajar dari Malaysia adalah:

  • Australia.
  • Kanada.
  • Jerman.

Panduan Perjalanan Pada Musim Puncak.

Pihak VFS Global menjangkakan permintaan yang tinggi bagi visa pelajar UK pada musim panas ini, oleh itu mereka mengesyorkan supaya anda membuat permohonan visa pelajar seawal mungkin sebaik menerima ‘Certificate of Acceptance for Study (CAS)’ daripada penyedia pendidikan.

Pelanggan yang ingin ke UK boleh memohon untuk mendapatkan visa enam bulan sebelum tarikh kursus bermula. 

Pelanggan turut diingatkan bagi memastikan bahawa segala maklumat dan dokumen yang diperlukan untuk permohonan mereka telah disediakan, termasuklah maklumat mengenai sebarang sela masa dalam sejarah pengajian mereka.

Penilaian berkenaan keputusan anda akan mengambil masa lebih lama sekiranya permohonan anda tidak tepat atau tidak lengkap. 

KLIK SINI untuk maklumat lanjut termasuk cara untuk membuat permohonan.


Cakna Terhadap Penipuan!

Pemohon visa dinasihatkan supaya berwaspada terhadap penipuan oleh mana-mana pihak yang menggunakan nama VFS Global atau nama lain yang mengenakan bayaran kepada pelanggan untuk mengadakan janji temu atau menyediakan sebarang perkhidmatan lain.

Pihak mereka dalam masa yang sama menegaskan TIDAK mengenakan sebarang bayaran untuk mengadakan janji temu.

Sekiranya anda memerlukan bantuan, boleh terus menghubungi kakitangan VFS Global atau e-mel kepada customercare@vfsglobal.com.

KLIK SINI untuk maklumat lanjut.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd