Now Reading
Bukit Teletubbies Indonesia Dijilat Api Akibat Photoshoot Pra-perkahwinan. Suspek Tak Miliki Permit Masuk Lokasi

Bukit Teletubbies Indonesia Dijilat Api Akibat Photoshoot Pra-perkahwinan. Suspek Tak Miliki Permit Masuk Lokasi

Ketua Polis Probolinggo Wisnu Wardana berkata suspek kebakaran iaitu pengurus perancang perkahwinan tidak memiliki permit khas untuk memasuki kawasan konservasi Gunung Bromo.

gunung bromo terbakar

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Majlis perkahwinan adalah antara acara yang paling ditunggu-tunggu buat pasangan merpati dua sejoli yang bakal meraikan hari istimewa mereka.

Paling penting semasa majlis tersebut adalah mempunyai gambar yang cantik. Kalau dapat gambar yang tidak memuaskan hati, boleh jadi ‘bad mood’.

Bukan itu sahaja, sudah menjadi satu trend dalam kalangan masyarakat untuk mengadakan sesi penggambaran pra perkahwinan di pelbagai tempat yang unik dan cantik untuk dijadikan sebuah memori pada masa akan datang.


Penggambaran Pra-perkahwinan Guna Mercun Suar Faktor 50 Hektar Rumput Gunung Bromo Terbakar

Idea kreatif untuk mengambil gambar pra-perkahwinan oleh sepasang kekasih di Indonesia membawa padah apabila penggambaran telah menjadi punca kebakaran besar-besaran yang berlaku di kawasan savana dikenali sebagai Bukit Teletubbies.

Untuk makluman semua, Bukit Teletubbies merupakan antara kawasan di taman negara terkenal Gunung Bromo, Indonesia.

Menurut laporan, kejadian malang ini terjadi apabila seorang lelaki berumur awal 40-an bercadang untuk menyalakan flare (mercun suar) bagi memberikan ‘effect’ cantik dan sentuhan moden kepada gambar pasangan yang mahu diambil.

Sumber: Twitter (@brgsjks)/Disway

Memetik kenyataan Buletin TV3, individu tersebut kini ditahan oleh pihak berkuasa dan bakal didakwa selepas menyebabkan kawasan hamparan seluas 50 hektar rumput terbakar.

Dia juga berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda sehingga 1.5 bilion Rupiah (RM456,000) jika disabit kesalahan.

Susulan itu, pihak Taman Negara Gunung Bromo juga telah memberi keterangan bahawa kumpulan penggambaran itu langsung tidak mempunyai inisiatif untuk memadamkan api yang semakin marak ketika kejadian.

Sumber: TikTok (@acala_bromo)/(@jalankebromo)

Menerusi kenyataan daripada Ketua Polis Probolinggo Wisnu Wardana, suspek kebakaran iaitu pengurus perancang perkahwinan tidak memiliki permit khas untuk memasuki kawasan konservasi Gunung Bromo.

Wisnu dalam masa yang sama menjelaskan bahawa sesiapa yang memasuki kawasan berkenaan perlulah mendaftarkan dirinya dan membayar harga premit ditetapkan berdasarkan aktiviti dilakukan.

Terkini, seramai enam orang saksi kejadian sedang disoal siasat oleh pihak polis termasuk bakal pengantin dan kru penganjur perkahwinan yang terlibat.


Fakta Menarik Tentang Gunung Bromo Yang Anda Mungkin Tak Tahu

Bagi mereka yang kurang mengetahui fakta tentang Gunung Bromo, Indonesia, jom kami kongsikan beberapa info tentang gunung ini.

Untuk makluman, Gunung Bromo merupakan salah satu gunung berapi yang masih aktif di Jawa Timur. Berketinggian sekitar 2.329 meter di atas permukaan air laut, gunung ini termasuk dalam kawasan Taman Nasional Bromo Tengger Semeru.

Sumber: JNEWS/Travellers Cantik

Mengikut kepercayaan di sana, gunung ini dianggap suci oleh masyarakat Suku Tengger iaitu penduduk sekitar cerun gunung. Paling unik, upacara adat Yadnya Kasada juga bakal dianjurkan setiap tahun oleh mereka di kawasan tersebut.

Tujuan upacara itu dilakukan adalah untuk memohon keselamatan daripada para Dewa yang dipuja oleh masyarakat setempat.

Tambahan pula, gunung ini dikelilingi oleh pemandangan alam semula jadi berupa lautan pasir dan padang rumput yang sangat luas.

Baca Artikel Berkaitan: Pendaki OKU Jadi Rakyat Malaysia Pertama ‘Sampai’ Ke Puncak Gunung Kedua Tertinggi Dunia

Baca Artikel Berkaitan: Gelje Sherpa Selamatkan Pendaki Malaysia Dari ‘Zon Mati’ Di Gunung Everest

Baca Artikel Berkaitan: Mid Valley Megamall Terbakar, Punca Masih Belum Diketahui

Sumber: Buletin TV3 | Paragram | Kompas | Detik


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd