Mid Valley Megamall Terbakar, Punca Masih Belum Diketahui
Media sosial juga dipenuhi dengan gambar dan video dikongsikan oleh netizen yang melihat kejadian kebakaran di Mid Valley Megamall.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!
Terbaharu, satu kejadian kebakaran dilaporkan berlaku di sebuah pusat membeli-belah Mid Valley Megamall pada pagi hari ini (17 Mei).
Api marak daripada kebakaran yang berlaku itu sedang dipadamkan oleh pihak bomba dan tiada jalan yang terhalang berikutan insiden terbabit.
Atas dasar keselamatan, polis trafik telah menutup dua lorong kiri di Lebuhraya Persekutuan berhampiran Mid Valley Megamall bagi memberi laluan kepada kenderaan pihak bomba.
Media sosial juga dipenuhi dengan gambar dan video dikongsikan oleh netizen yang berada di kawasan berhampiran selepas melihat kepulan asap berwarna hitam dan api marak pada bangunan tersebut.
Midvalley terbakar . Dengar kata puncanya daripada Api gaissssss pic.twitter.com/M58PNyKcWR
— Yousoft (@Yusufnotyusoff) May 17, 2023
MV (Mid Valley) terbakar pagi ni pic.twitter.com/bUYhBYasbg
— PG™ (@Melodystick) May 17, 2023
Mid Valley terbakar. pic.twitter.com/sATvyjbB5a
— HH (@hazirahharun) May 17, 2023
Terbakar #midvalley #midvalleyterbakar pic.twitter.com/4PXHzPKohr
— wahc al (@wahc_al) May 17, 2023
Mid Valley Megamall Beri Respon Tentang Insiden Kebakaran Yang Berlaku
Menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook (Mid Valley Megamall), pihak pusat membeli-belah tersebut mengesahkan kejadian kebakaran yang berlaku pada awal pagi hari ini (17 Mei).
Kebakaran tersebut yang melibatkan bilik pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di dalam Mid Valley City kemudiannya dikawal oleh Pasukan Tindak Balas Kecemasan sebelum anggota bomba tiba di lokasi kejadian sekitar jam 10:42 pagi.
Sehingga kini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia kini berada di tempat kejadian bagi menyiasat punca kebakaran.
Dalam pada itu, Mid Valley City akan ditutup buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak.
Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku dan ingin menegaskan bahawa keselamatan pengunjung kami akan sentiasa menjadi keutamaan kami.
Mid Valley Megamall.
Kongsi cerita viral dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.