Now Reading
[Video] 5 Housekeeper Maut Akibat Tali Lif Terputus Di Ayuterra Resort Bali, Indonesia

[Video] 5 Housekeeper Maut Akibat Tali Lif Terputus Di Ayuterra Resort Bali, Indonesia

Melalui siasatan pihak polis, kejadian tali lif terputus di resort Bali, Indonesia adalah disebabkan tali yang diperbuat daripada baja tidak mampu menahan beban yang berat sehingga menyebabkan rem tidak berfungsi.

lif terputus di resort bali indonesia

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Adalah satu lumrah bagi setiap pekerjaan yang dilalui oleh setiap daripada kita pada masa kini mempunyai risikonya tersendiri. Sama ada kecil ataupun besar.

Inilah yang berlaku kepada lima individu pembantu resort (housekeeper) yang terletak di Bali, Indonesia selepas mereka dilaporkan maut dalam sebuah insiden di mana tali lif yang dinaiki telah terputus.


Rem Tak Berfungsi Menyebabkan Tali Lif Di Resort Ayuterra, Ubud, Bali Putus

Pada hari jumaat yang lepas (1 September), satu kejadian menyayat hati telah dilaporkan berlaku di sebuah resort 4 bintang iaitu Ayuterra Resort, Bali selepas lima daripada pekerja hotel tersebut meninggal dunia akibat kecelakaan yang berlaku di sana.

Lima mangsa yang telah dikenal pasti adalah Sang Putu Bayu Adi Krisna, 19, Wayan Aries Setiawan, 23, Ni Luh Supernigsih, 20, Kadek Hardiyanti, 24 dan Kadek Yanti Pradewi, 19.

Menurut CNN Indonesia, insiden malang ini terjadi apabila tali lif yang diperbuat daripada baja terputus dan menyebabkan lif meluncur ke bawah dengan laju yang berketinggian 100 meter dari darat.

Lima mangsa berkenaan dikatakan sedang menaiki lif untuk menuju ke lobi hotel. Seorang daripada saksi kejadian yang dikenali sebagai Ketut Suwiarta mengatakan bahawa dia terdengar suara jeritan daripada mangsa dan bunyi dentuman yang sangat kuat seperti ada benda yang terjatuh.

Kemudian, Suwiarta bersama rakannya yang lain membuat keputusan untuk menjengah ke tempat kejadian telah terkejut apabila melihat kelima-lima mangsa terbaring di bawah. Sewaktu kemalangan ini berlaku kira-kira jam 1 petang, dua daripada mereka dipercayai telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala tiga mangsa yang dilihat masih bernafas terus dibawa ke Hospital Payanga, Gianyar.

Walau bagaimanapun, dua orang mangsa yang dibawa ke hospital tersebut tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia sekitar jam 2.30 petang.

Susulan itu, hasil siasatan pihak polis mendapati bahawa tali lif yang diperbuat daripada baja itu tidak kuat untuk menampung beban yang berat dan menyebabkan rem tidak berfungsi sehingga tidak mampu mengawal kelajuan lif dan terluncur ke bawah.

Video kejadian yang telah dimuat naik oleh saksi di laman X (Twitter).

Tonton penuh di bawah:


Apa Anda Perlu Buat Sekiranya Tersekat Dalam Lif?

Situasi tersekat dalam lif adalah sesuatu yang biasa berlaku. Namun bak kata pepatah, “sediakan payung sebelum hujan”. Sebelum perkara yang tidak dingini berlaku, adalah penting untuk mengetahui serba sedikit info tentang apa yang perlu dilakukan sekiranya situasi ini berlaku kepada kita. Take note! 

  • Bertenang dan jangan panik. 
  • Tekan butang intercom untuk beri notis kepada pusat pengawalan. 
  • Tekan butang loceng yang tersedia dalam lif sekerap mungkin. 
  • Elakkan cuba membuka pintu lif secara paksa. 
  • Jangan panjat atau lompat keluar melalui siling lif.

Sumber: CNN Indonesia | Twitter (X)

Baca Artikel Berkaitan: “Sabar Itu Indah” – 19 Pelajar Perempuan Tersekat Dalam Lif, Pihak Bomba Sempat ‘Selit’ Nasihat

Baca Artikel Berkaitan: “Kaki Saya Kat Kubur Yang Sakit” – Bengang Lif Rosak, Wanita OKU Ini Bagi Kata-kata ‘Pedas’

Baca Artikel Berkaitan: “Berjam Tunggu Lif Dengan Stroller!” – Netizen Luah Rasa Tak Puas Hati Individu Sihat Naik Lif


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd